Baru-baru ni I berpeluang untuk mencuba sendiri siri rangkaian kanta lekap berwarna dari Horien Eye Secret iaitu 38% 3 Months Color contact lenses dimana terdapat 6 warna yang korang boleh bergaya iaitu :
- Rome Grey
- New York Green
- Vancouver Pink
- Berlin Gold
- Kiev Blue
- Madrid Grey
Warna yang I dapat cuba adalah Vancouver Pink, Kiev Blue dan juga Madrid Grey. So far kanta lekap dari Horien Eye Secret ni sangat selesa walaupun I pakai dalam sekitar 3 - 4 jam. Memandangkan I ni seorang yang mempunyai masalah rabun jauh dan seorang yang berspek mata especially ketika nak tengok TV memang spek mata tu la kawan baik I. Tapi bila pergi jalan-jalan I kurang gemar pakai spek mata satu sebab tak nampak stylo dan nampak macam Nerdy je. Haha. Tapi nasib baiklah I jumpa kanta lekap yang sangat selesa tak rasa macam pakai apa-apa dekat mata I.
Horien Eye Secret menggunakan kaedah BMW 3D Wrap coloring di mana ianya selamat, lebih jelas dan boleh menjadikan anda nampak lebih cantik.
- Tiada warna tambahan
Dengan adanya formula yang unik dan kaedah pengilangan yang selamat, pewarna aditif diselaputkan dengan HEMA. Teknik ni digunakan untuk memastikan pewarna aditif itu tidak bocor dan memberikan pengguna pemakaian kanta lekap yang lebih selesa. - Mesin Cetak Pad Canggih
Mesin ni mengikut acuan corak mata wanita, dimana warna yang ada pada kata lekap tu akan memastikan ketajaman dan ketepatan visual lebih tinggi. - Permukaan yang lembut
Horien Eye Secret menghasilkan kanta lekap melalui proses pengisian dan terma berbanding kaedah tradisional Sandwich. Kanta Lekap Horien Eye Secret mempunyai permukaan yang rata dan tidak retak dengan mudah.
Bahan : Polymacon
Kandungan Air : 38%
BC : 8.6 mm
DIA : 14.0 mm
SPH: 0.00, -1.00~-6.00 (0.25 steps), -6.00~-8.00 (0.50 steps)
Sodium Hyaluronate & Trehalose
BMW 3D Wrap Technology
UV Protection Function
Artificial Intellectual
Bigger Tinted Area
7-9mm Wide Optic Zone
Warna : Rome Grey, New York Green, Vancouver Pink, Berlin Gold, Kiev Blue, Madrid Grey
Horien Optic ( Malaysia) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berpusat di Malaysia dimana perniagaan utamanya adalah mengimport dan mengedarkan kanta lekap dan produk penjagaan kata di bawah jenama Secret Eye yang dihasilkan oleh Yun Sheng Optical Co. Ltd di Taiwan.
Yung Sheng Optical Co, Ltd telah ditemui pada tahun 2011. Mereka telah menghasilka kanta sentuh dan penjagaan mata sebagai perniagaan utama. Mmepunyai bahagian R&D yang inovatif, kemudahan pembuatan, pemasaran dan penjualan yang maju dan profesional. Yun Sheng telah menerima ISO 9001 :2008 dan ISO 13485 :2003 bersijil FMA Jepun ( Akreditasi Pengeluar Asing), CE dan Taiwan GMP ( Pengilangan terbaik ) untuk membantu meluaskan pemasaran dalam dunia pasaran global.
Memandangkan mata I ni rabun jauh jadi dengan adanya Kanta lekap berwarna dari Horien Eye Secret I rasa sangat selesa dan boleh melihat dengan dunia lebih jelas tanpa ada kesan kaburan. Malahan kalau nak pergi majlis ataupun nak pergi Parti Cosplay I rasa kanta lekap Horien Eye secret so far not bad la untuk dimuatkan dalam biji mata I.
Tips dan cara pejagaan Kanta Lekap Horien Eye Secret :
- Pastikan tangan dalam keadaan bersih kalau boleh basuh tangan dengan anti-bacterial soap.
- Pastikan Kanta lekap dibersihkan dengan Horien Multi-purpose Solution sebab dia ada kuasa untuk menyahkan bakteria, menjadikan kanta lekap lebih lembab.
- Kalau korang beli casing dekat drug store akan sediakan sekali pengepit dan batang untuk pakai kanta lekap maknanya korang dah tak payah guna jari lagi hygenic.
- Semasa pemakaian kanta lekap, kalau kanta lekap Horien Eye Secret ni memang dah selesa. Kadang-kadang kalau mata tu jenis cepat kering korang boleh beli eyedrop yang sesuai untuk penggunaan kanta lekap untuk meningkatkan lagi keselesaan.
Vancouver Pink |
Sangat sesuai digayakan kalau ada majlis yang girly feminine tu.
Rome Grey |
Kiev Blue |
Cuba tengok yang Kiev Blue ni memang mata nampak seram kan haha |
Before dan after : Vancouver Pink, Kiev Blue, Rome Grey |
Mana nak dapatkan produk Horien Eye Secret ni? Aku rasa ada dekat kedai optik tapi nak lebih jelas mana store dorang.
Korang boleh layari :
Website: http://www.eyesecret.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/HorienOpticMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/horieneyesecret/