I am pregnant anak pertama dapat tahu masa 7 weeks

10:12 PM


Salam semua. Hmm, walaupun cerita dah lama baru aku nak meng-update kan cerita awal 'pregnancy' aku.
burung terbang2 bawak baby

Waktu ni aku tak tahu pon aku pregnant, yer la aku dah kahwin lama. Tak de rezeki lagi, sampai member aku cakap aku merancang, padahal aku ta de la sebok-sebok makan pil perancang atau pun tak buat hubungan 'tut' ngan my husben langsung. Eh pandai-pandai je kan member-member aku cakap aku merancang.
Aku waktu ni tengah bekerja tolong tangkap gambar orang kahwin, tak silap aku waktu tu 24/12/2011 kot. Waktu ni aku terpaksa bekerja seorang diri, tak da orang mahu tolong. Waktu ni aku memang tak tahu apsal 'BODY' aku ni macam lembik semacam, paling bagus walaupun aku tak pergi breakfast- aku masih gagah bekerja sampai lewat malam dan AKU TAK MAKAN LANGSUNG sebab aku tak lapar or mungkin aku tak ada selera makan @-@.
Waktu ni aku tak nak jumpa lagi doktor. So aku buat life aku macam biasa je. Macam anak dara je aku ni- dah la muka lawa lagi dan CUN, Bergetah. Kalau aku cakap aku dah kahwin pun orang tak pecaya - dorang ingat aku ni macam budak sekolah lagi. Haha. Perasan jap :)
Last-last aku punya badan punya lembik asyik demam panas. Husben aku bawa dulu jumpa doktor sakit puan - sebab aku cakap bahagian bawah perut cam sakit. And aku punya period pun delayed.
Pergilah bawa jumpa doktor, lepas tu aku cerita la apa yang patut. Last- last doktor tu pun pegi test air kencing aku pakai pregnancy test - Dia cakap aku dah pregnant selama 7 minggu tapi air kencing aku KOTOR, bagus kan ;) .
Lepas aku keluar dari bilik doktor, aku pandang muka suami aku, Aku cakap lah doktor bagitau yang aku pregnant 7 weeks. Suami aku punye tak percaya, senyum lebar sampai nampak gigi dia yang kuning macam emas. Hahahaha !! Yeke sayang pregnant ! Punye lah rasa macam tak percaya.
Aku punya tak yakin doktor dengan doktor tu - aku cakap aku nak pergi beli pregnancy test lagi - padahhal husben aku bayar mahal kot untuk servis doktor tu sampai berpuluh-puluh ringgit - aku ni dah la seorang yang jenis berkira kalau servis cam tak best. Doktor tu pong kasi aku folic acid, so aku pong makan la.
Aku rasa camni kot baby 7 minggu

Lepas tu 2-3 hari kemudian - Aku pon pergilah buat buku merah di klinik kerajaan ibu dan anak. Walaupun lama menunggu tapi berbaloi sebab aku tak payah keluarkan duit pun. Memandangkan aku ni menyimpan duit nak beli rumah - al-maklumlah rumah sekarang beratus-ratus ribu, so better aku berjimat-cermat. Lepas dah check-check tu, ni aku punye info kesihatan sikit lah :
Antenatal Details
The risk code is No Risk
Pregnancy Details
Gravida : 1 Parity : 0
LMP/EDD Details
LMP : 21/11/2011
EDD : 27/8/2012
POA : 7 Week(s) + 0 day(s)
Dietary history : Adequate
Sleeping pattern : Poor
Domestic Violence : Absent
Physical Activity : Normal
Lab History
1 : Urine on 09/01/2012
Report : alb - nil sugar - blue Physical Examination
BP (Sitting) : 110/70 mmHG
Weight : 47.2KG
General : Looks Well
Lepas tu aku dapat Vitamin Free ( aku bayar melalui cukai je )
1.Ascorbic acid 50mg tab ( vitamine C)
2.Ferrous Femurate (Iron tablet) Taik jadi hitam
3.Folic Acid
4.Vitamin B Complex Tab
Okay aku pun makan je la ubat nie and di ikuti with susu Anmun.
Pembelajaran hari ni tamat.
Sudokollah Al-Azim.

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸