Kurang selera makan menjelang puasa #

3:12 PM


Assalamualaikum semua,
Dah berkemundang dah azan Subuh
Baru lepas menjamah sedikit makanan - ikan selar asam pedas ngan sayur campur.
Tapi aku hanya mampu makan sedikit je,
Hari ni aku puasa, hampir penuh, walaupun kandungan dah berusia nak dekat 37 minggu,
Memang aku dah tak ada selera nak makan,
Tekak rasa macam tak kena je bila aku makan masakan aku sendiri,
Suami aku makan relax je,
Aku dah tak larat,
Betul-betul tak larat,
Tadi pun anak aku dalam perut yang kejutkan aku untuk bersahur,
Pandai anak mama tendang kuat-kuat,
Semalam malam memang aku terseksa sebab aku sembelit, teruk sangat, nak keluarkan seketul tahi pun payah, sampai aku teran-teran macam orang dah nak bersalin, kesian anak aku, dia pon ubah-ubah posisi badan dia tu,
Pagi ni aku alami - seperti urat di antara payudara dan rehat macam tertarik-tarik, tak sakit tapi rasa macam nyilu sangat-sangat,
Aku takut urat aku putus atau pun terenggang ataupun tersimpul,
Adakah ini tanda awal untuk masuk labor room ?
Aku memang tak sabar menanti anak aku,
Sebab aku dah tak larat menanggung kesakitan semasa kehamilan,
Bukannya aku mengeluh tapi ini luahan hati aku,
Suami selalu suruh aku bersabar,
Sebab kesakitan ni boleh hapuskan dosa-dosa silam,
Aku harap sangat selama nak dekat 9 bulan menanggung beban,
Aku nak anak aku sihat walafiat dan selalu menghormati aku sebagai ibunya.
Aku nak sangat dapat berslain Normal macam orang lain,
Sebab aku nak merasai kesakitan seperti Ibuku semasa melahirkan aku nie.
Sejak aku di umumkan aku kencing manis semasa hamil,
Aku terus control pemakanan aku,
Memang mula-mula aku tak leh terima,
Tapi baru beberapa hari je,
Aku berjaya control dan atas dorongan suami jugak,
Sampai aku dah tak ada selera nak makan sekarang,
Bagus betul la badan aku,
Walaupun aku dah tukar pemakanan aku secara sihat,
Sekarang cek BSP,
Cantik je result,
Bawah 5 ke 4 dah,
Apa-apa pun aku harap kandungan aku sihat dan semoga anak aku cukup sifat,
Dan Ya Allah kau jauhkanlah anak aku dari sebarang penyakit,
Amin Ya Robal Alamin.

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸