Produk Biodex Semasa Hamil

7:59 AM


Salam 1 Malaysia.
Sekejap je mahu upload cerita baru,
Saya tengah hamil ni pun masih nak Cuba cuba produk kecantikan
Tapi nak cuba-cuba kena cari produk yang boleh dipercayai dan sesuai untuk ibu hamil
Bahaya kalau tersalah takut tereffect kat bayi,
Sian bayi dah besar dah dalam perut ni,
Mama tak nak amek risiko apa-apa jadi kat bayi nanti,
tapi mama nak masih mahu cantik Oh al maklumlah umur pun masih muda,
Takkan nak nampak macam orang tua,
So mama punye google-google,
mama jumpa produk biodex,
Mama nak try jap produk ni,
Baru je beli tadi, huauhauuahu,
So nak kenalkan sikit lah produk yang saya nak cuba nie,
Bio Selusuh dan Bio Collagen

Ni la yang saya nak amalkan waktu 36 minggu ni, Bio selusuh tu dah nak abes dah sebab saya sapu kat perut sampai kaki, sapu kat bahagian kesan rekahan, Alhamdulillah setakat ni OK la, rekahan pun beransur pulih, harga haritu beli bawah RM 69 kot, beli kat kedai jamu, sebab malas nak beli online memang murah tapi mahalnya bila masuk pos laju. Ni ada info sikit saya curi dari www.biodex2u.com.my#
KETERANGAN
Produk berasaskan minyak kelapa yang dicampur dengan herba-herba terpilih khusus untuk ibu hamil.
Kandungan
Minyak Kelapa Dara, Minyak Habbatus Sauda dan Herba Terpilih
Panduan

Hanya untuk ibu yang hamil tujuh (7) bulan ke atas.
Sapuan

Sapukan minyak Bioselusuh di bahagian perut, pinggang, pinggul hingga ke kaki setiap hari sehingga bersalin.
Boleh digunakan bersama Body Whitening Lotion dan Bio Spa Lotion.
Minuman
Hamil 36 minggu: Minum 1 sudu besar pada waktu malam.
Hamil 37-38 minggu: Minum 1-2 sudu besar pada waktu pagi dan malam.
Kekerapan dan pertambahan dos lebih digalakkan di hari-hari terakhir menanti hari bersalin.
Boleh dicampurkan ke dalam Supreme Diet untuk bagi menyedapkan rasa dan menambah tenaga, selain membekalkan mineral, zat, vitamin dan enzim yang diperlukan oleh badan.
Perhatian
Produk ini hanya boleh digunakan apabila kandungan berusia lebih tujuh (7) bulan sahaja.
Sertakan niat yang baik dan berdoa supaya dipermudahkan bersalin setiap kali menggunakan Bioselusuh

BIO COLLAGEN pulak info dia curi kat sini Bio Collagen#
KETERANGAN
Serbuk pemakanan yang dihasilkan dari ekstrak tumbuhan yang membantu ibu hamil mengekalkan tisu eperdemise kulit dalam keadaan baik. Ia juga membantu mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit khususnya dari sebarang alahan semasa hamil. Ia juga berfungsi untuk mengurangkan rekahan kulit (strech mark), membina tisu otot serta mengurangkan keguguran rambut.
Kandungan
Dextrosa, Maltodextrin, AMIN Bio-Collagen, Acerola Cherry Powder, Asid Citric, Serbuk Oren, Serbuk Tomato, Astareal, Astaxanthin, Ekstrak Aloe Vera, Ekstrak Teh Hijau dan Ekstrak Biji Anggur.
Panduan
Kemam satu (1) sachet tanpa dibancuh dan minum satu (1) gelas air kosong atau jus buahan. Dicadangkan satu (1) atau dua (2) sachet setiap hari (pagi dan malam).


Saya nak test dulu produk ni, kalau kulit saya jadi cantik,putih dan gebu, saya bagi tahu dunia tau.
Cau~

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸