Tanda-tanda hampir bersalin

6:33 AM


Tajuk nieeee.... best tak ?
Bilalah aku nak bersalin ni dah masuk 38 minggu dah nie,
Adik ipar aku baru je selamat bersalin anak lelaki tadi.
Jelesnya aku..
Aku kalau boleh nak anak aku keluar cepat sebab aku tak nak tunggu 40 minggu-
Aku risau kalau lambat aku terus kena INDUCE sebab aku ada Kencing manis.
Ni anak 1st aku - aku tak tahu camna tanda-tanda nih.
Aku impot sikit dari page-page lain tanda bersalin nie.

Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
-Bayi turun ke bawah : yang ni memang aku rasa dia dah ke bawah
-Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. ringanlah sikit
Anda mungkin terasa:
-sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. yang ni dah ada rasa
-kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing selalu jugak malam-malam
-sakit perut, memulas nak berak tapi sembelit keluar pun 1-2 ketul
-kerap buang air besar
-kerap terkentut
-Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir setakat ni keluar lendir kuning cair, tak tahu apa maksud nie
-Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
-Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
-Sakit belakang
-Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
-Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
-Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
-Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
-Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
-Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
-Kontraksi yang tetap dan berterusan
-Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel “Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu”
Bila Perlu ke Hospital?
-Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
-kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. )
-keluar air ketuban.
-pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
-keluar darah dari vagina.

You Might Also Like

4 comments

🌸Blog Followers🌸