Anak kena chicken pox@ Cacar Air

10:33 AM

Salam and hi !
Entri kali ni pasal chicken pox.

kalau mengikut pemahamam aku
demam campak : measles tu sebab kena amik MMR masa 2 tahun
chicken pox : cacar air.. tak silap kena amek varicella vaksin.. tapi kkm tak provide rasanya..

Sebelum anak aku kena chickenpox aku yang kena dulu..
aku kena lama juga seminggu..
aku ingat aku berjangkit dengan siapa ?
masa aku beli buah kat food court dekat jaya grocer bangi..
ada sorang pekerja kat situ aku tengok tangan dia banyak gelembung penuh dengan cecair..
aku tak syak apa-apa lagi.. aku amek duit baki dari dia..

lepas tu aku kena chicken pox... perit gila... gatal woo...
aku tak tahu cara apa tau...
dorang suruh aku minum air kelapa, letak daun semambu dekat tempat tidur dan mandi dengan air daun semambu...
jangan makan kicap jangan mandi air hujan..nanti berparut...

tapi aku tak makan kicap tak mandi hujan ada je parutnya masih tak hilang lagi... hahah hebat !!

nak cari daun semambu jangan harap la laki aku nak carikan dia tak tahu kat mana nak cari..
lepas tu dia belikan air kelapa.. aku pun minum...
lepas tu aku jumpa doktor..
aku banyak minu airr,,,

doktor bagi anti-faval, ubat demam dengan ubat alergik..
alhamdulillah makan kering terus cecair di badan and jadi kudis..
aku pun suka la mengopek-kopek...
lepas tu nak hilangkan parut nya aku letak bio-oil... okay lah..

lepas tu seminggu anak aku pulak kena...dia umur 2 tahun...
cepat juga reda dia .. dia banyak minum air susu badan wooo...
makan sikit lak...

 Barang yang kena sediakan sekiranya terkena chickenpox and tak jumpa daun semambu..

  • Pinetarsol RM30 ke bawah, sebab aku pergi semua farmasi harga lain-lain ada rm RM21.90. Paling mahal aku dapat RM27.90.. Guardian ada Watson tak silap memang ada kat mana mana farmasi..
  • Bedak manjakani dekat kedai jamu boleh dapat
  • Calamine lotion
  • Minyak gamat
  • Bedak anakku tu just optional tak payah pun tak pe, berdebu satu rumah aku..
Aku campur semua bahan ni.. lepas anak aku mandi dengan air suam + pinetarsol..letak dettol sikit pun boleh kasi kuman virus tu mampus cepat..

Masa kena chickenpox tak boleh pakai sabun biasa nanti pedih.. pakai pinertarsol boleh kurangkan sakit..

anak aku punya bath up dia kat rumah nenek so aku letak dia dalam baldi dengan air suam..

Wooo penuh ...

Masa tengah nak sapu bedak campuran tu better kasi dia letak sendiri sambil kita letakkan, kalau tak berlari sana-sini.. so bagi dia sibuk jugak hehe...

Suka lepas mandi sebab tak gatal dah...
Kalau nak kata orang dewasa kena cikenpox lagi teruk sebab kita punya badan banyak protin so sukalah virus tu nak hidup dalam badan kita kalau budak... cepat sikit sebab dia tak ada banyak sumber yang buat virus tu hidup lama.. so sekian... 

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸