Apa yang tak boleh makan ketika hamil ? with 6 Weeks Second baby in Trimester.

3:23 AM

Hi semua so hari ni genaplah, minggu ke 6 pregnant, Alhamdulillah, masih awal lagi kan, tapi nak update. Masih belum daftar kat klinik kerajaan lagi. Alahai risaunya macam 1st pregnancy haritu sebulan 2 x naik turun Klinik Kesihatan ibu dan anak sebab diabetic. 1 hari ambil darah 4 x. Sabar jer lah kan.

Nak cerita my simptom, rasa macam lebih kurang macam pregnancy pertama.
Kali ni sakit kepala sangat sangat setakat ni masih belum ada sesi muntah-muntah atau loya.
Telapak kaki selalu nak sejuk je.
Tak lalu nak makan ayam. Nak makan yang macam seafood kadang kadang nak makan asam je. Benda yang boleh hilangkan rasa sakit kepala tu.

Tapi google punya google. Banyak pulak pantang-larang tak boleh makan ketika hamil.

Antaranya :

Jangan makan daging mentah.
Setakat ni masih belum lagi makan daging mentah sebab tak lalu kot, tapi haritu dekat RTM 1 ada pulak bab daging rusa, tu terkejut tu, takut mengidam nak makan daging rusa. Dah la Chef tu siap masak daging rusa masak kicap letak daun saderi lagi. Walaupun dalam TV tapi bau tu Ya Allah je tahu.. Boleh rasa bau tu dalam minda tak tahan tu. Tapi lepas ni nak makan daging kambing masak salai. Macam best je ! ;)

http://us.images.detik.com
Sushi
Alahai kasihan saya, saya suka betul makan sushi seriously I tak tipu ! Kalau nak tahu masa saya pregnant yang pertama dulu saya makan kot sushi with salmon yang mentah-mentah. Sedap je, Alhamdulillah anak yang pertama tu sihat bila lahir tapi sekarang dia pula yang gila makan salmon mentah pulak. Orang kata salmon mentah tu ada parasit kot, seramnya... tapi makan juga.

http://www.dreamersradio.com/lifestyle/article/1949/jangan-cuci-salmon-setelah-dipotong
Alkohol
Nasib baiklah saya bukan jenis alcoholic dan memang tak pernah lagi minum arak, bir atau yang memabukkan sebab saya bukan duduk kat luar negara konon nak panaskan badan, tapi sebab mungkin ada agama yang melarang pengambilan minum alkohol ni kan. Semua orang tahu keburukan minum alkohol sedangkan kat negara orang puteh pun doktor dorang tak kasi minum alkohol waktu mengandung ataupun waktu nak bawa kereta. Bukan membahayakan diri sendiri malahan bahayakan nyawa orang juga !

Sayur-sayuran yang tidak di basuh
Alahai jangan la pemalas sangat,  tak tahu la macam mana dorang jaga sayur tu, kadang kadang ambil dari tanah terus jual kita beli, terus makan, kadang-kadang sayur tu ada yang tumbuh melalui bahan kimia tau, kalau boleh cari sayur-sayuran yang organik banyak dah sekarang jual especially kat tesco dengan jaya grocer. Basuhlah dulu sebelum nak makan ye, semua nak sihatkan bukan je bayi dalam perut.

Oyster Mentah
Tak tipu ni betul, hari tu ada food review, main bedal je 1 oyster yang mentah tu. Sedap tu je nak kata. Alhamdulillah la tak de ape ape jadi, tapi memang dorang kata tak boleh makan, boleh ke nak tahan selera nafsu dari makan oyster ni. Alahai kasihan saya !

So itulah serba sedikit yang tak boleh makan, kalau nak list out banyak-banyakkan kasihan pulak mommies kat luar sana, banyak pulak tak boleh makan nanti kempunan bayi, pokok pangkalnya tak pe makan je selagi tak de benda buruk berlaku tapi pandai-pandailah tanggung ye kalau apa-apa jadi nanti.

Lama tak masak sendiri di awal trimester ni. Tak larat dan sakit kepala. Sambil menaip sambil sakit kepala. Ha ha nasiblah.

Semoga ibu ibu di sana tabah menghadapi dugaan ketika hamil dan salam GST dari saya.

Cik-Limau-Nipis.


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸