Amboi Gempaknya Raya kita kali ini bersama JAKEL 2015 !

4:18 AM

Hi semua, Assalamualaikum, belum puasa lagi ni tapi promosi hari raya bukan main besar-besaran gitu. Hari Sabtu lepas sempat lah saya dan suami dan anak melawati Kota Raya Kuala Lumpur, bukan main ramai lah rakyat Malaysia berkunjung especially bahagian pakaian raya. Katanya nak bershopping sakan sebelum tibanya Ramadan mungkin tak larat nak pergi keluar kalau time Ramadan.. jangan risau simpan tenaga anda untuk berpuasa dengan penuh makna tahun ni.

Saya sebagai Ibu muda kali ni sangat sangat nak berterima kasih pada travel blogger, Kisah tatie sebab menjemput saya pergi ke Jakel Mall kali ni. Saya datang agak lambat terlepas persidangan utama, hanya sempat kejar Puan Rozita Che Wan je tapi tu la ramai sangat orang nak tangkap gambar dengan Che Ta pun tak sempat.

Dengan moto Jakel sempena perayaan ini - INGAT RAYA INGAT JAKEL. Promosi gila-gila hari raya kali yang dianjurkan oleh Jakel untuk Gempak Raya telah melancarkan Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad, Koleksi Raya Rozita Che Wan dan tidak ketinggalan untuk kanak-kanak Koleksi Baju Raya Upin dan Ipin oleh Jakel.

Harga yang ditawarkan harga mampu milik dan berbaloi, Korang minta je nak lagi murah InshaALLAH Jakel akan cuba bagi lagi murah, tak percaya pergi buat ? Sebab I buat kot, Harga baju Koleksi Rozita Che Wan RM1200, tapi Jakel baik hati tawarkan RM900 pada saya, tengok berapa banyak diskaun boleh dapat, jangan minta murah lagi sebab kualiti kain dan manik-manik sangat kemas oo memang macam pakaian dari designer betul lah, tak rugi kalau nak cantik tau !

Pengekalan Aaron Aziz sebagai duta baju melayu masih dijalankan kerana sambutan yang teramat memberangsangkan dari koleksi pakaian raya jakel pada tahun 2013 hingga 2014.

Selain itu, tahun ini Jakel tidak melepaskan peluang mereka untuk koleksi pakaian raya kanak-kanak iaitu bertemakan Upin dan Ipin, bukan main suka lah budak budak kali ni, dari butang baju raya sampai lah ke trademark semua ada gambar upin dan ipin. Bergayalah anak-anak kita nanti dengan kartun Nombor 1 di Malaysia. Koleksi pakaian kanak-kanak kali ini sangat lah berkualiti dari segi kain dan sebagainya.

Masa Pelancaran Sabtu lalu 13 Jun, sangat sangat bertuah kerana Jakel telah menawarkan pelbagai diskaun dan "happy hour", bukan main suka pengunjung waktu tu sampai berpusu-pusu nak dapatkan tawaran hebat. Tapi paling seriknya bila terpaksa berebut lift dengan orang lain. Memang tersangat ramai waktu itu. Dan sangat suka pekerja di JAKEL teramat "friendly" dan sanggup ikut kita tanya bajet kita dan berusaha nak bagi lagi murah untuk kita - Ibu muda kali ni sangat terharu dengan servis Jakel, Padanlah selalu maju selalu, dari bangunan lama ke bangunan baru yang jauh lebih gah disebalik Menara Kuala Lumpur.

Jakel kini telah menjadi sebuah pusat membeli-belah keluarga dan sesuai dengan konsep one-stop-centre.


Gambar ni laki aku yang tangkap, semata-mata nak kasi nampak menara Kuala Lumpur tu.

Dah habis baru aku sampai, sedeh sebab terlalu ramai orang di KL, gempak betul raya kali ni.
Tu dia, Rozita Che Wan tengah memperagakan tudung RM49.90 waktu sale haritu.

Waktu jualan laku dan happy hour, bukan main masing-masing nak dapatkan harga murah.

Antara Koleksi Baju Raya Rozita Che Wan.


Baju- baju yang aku nak sangat dari Koleksi Raya Rozita Che Wan, RM900 je waktu dari RM1200.

Koleksi baju raya kanak-kanak Upin dan Ipin.

Tengok tu ramai betul orang.

Antara harga yang ditawarkan untuk Pakaian Upin dan Ipin.

Yang ni yang nak buat pembayaran cuba tengok berplastik-plastik diaorang pergi borong di Jakel Mall.

Untuk maklumat lanjut mengenai kumpulan JAKEL
sila layari

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸