Kesan terlalu banyak pergi Acara (events) kepada blogger cukup cukup makan.

7:28 PM

Hi semua,

Assalamualaikum,
hari ni nak update sementara tengah banyak kuota internet ni. Ya Allah cepatkanlah servis unifi di kawasan rumah ku ini, Amin. Nanti hari-hari uolls baca cerita gosip kehidupan I ni.

Okay harini nak update, masa pembukaan cik-limau-nipis, saya buka masa zaman belajar jurusan diploma grafik. Tak banyak pun update stories, yer la dulu busy buat kerja  sampai tak sempat nak menaip cerita.

Tapi kali ni my laki bagi green light top update more tentang beauty products, tempat kitaorang melancong dah sebagainya. Sebenarnya buat blog untuk share pengalaman bukan sekadar omongan kosong sahaja. Jadi saya boleh cerita apa sahaja saya nak pasal tempat melancong, pasal makan minum, pasal apa dah jadi dekat dunia ni. Tapi dulu memang best sebab hamil anak pertama asyik update pasal kehamilan je la. Tak pernah rasa nak reveal muka sendiri kot dalam dunia berblogging.

Jadinya macam ni, saya memang terlalu suka alat mekap, benda benda untuk cantik, biasalah perempuan, bukan nak pikat orang tapi untuk pikat diri sendiri, tengo cermin muka cantik tengok cermin muka teratur.. memang tak gemar lah kelihatan selekeh sebenarnya cuma lately dah anak sorang memang selekeh lah sikit.. haha.

Disebabkan terlalu suka kan alat mekap, tapi dulu yer lah mana ada banyak duit lagi macam sekarang haha, Alhamdulillah.. join lah contest produk produk kencatikan yang mahal mahal tu, Alhamdulillah rezeki menang, dapat lah mekap branded ribu raban tu, rasa macam nak share pengalaman lepas pakai mekap mekap tu, jadi terkeluar lah idea untuk buat blog khas pasal beauty stuff, tu la sebabnya ada www.syafierabeauty.blogspot.com  sejak reveal muka sendiri terus banyak jemputan dari PR melalui e-mail, tapi masa awal2 kena nuffnang je dulu, tak kenal yang lain lagi, masa dulu ada events pun tak rajin pun nak pergi, lama-lama makin banyak cuba lah pergi 1 1 events. Menarik kan. Dari situ lah makin ramai berjumpa dengan orang makin banyak oo invitations.

Jadi setiap kali pergi events mesti dapat satu press release. yeap informasi untuk blogger update. Ambillah info-info yang menarik dalam press release tu, tak perlu pun copy bulat bulat, boleh ubah ayat sendiri. Tapi kadang2 ada orang takkan puas hati dengan apa yang kita buat, walaupun kita dah ubah ayat sendiri pun dia tetap kata kita curi/ copy paste ayat orang lain.. pokok pangkalnya kita tahu kita boleh buat ayat sendiri cuma info itu kita boleh ambil kan kan..

Sorry banyak lari tajuk pulak, Kesan buruk dan kesan baik pergi banyak acara.

Kesan baik pergi acara majlis(events)

  • Dapat jumpa ramai orang.
  • Kenal macam macam orang. Korang tengok dia macam orang kaya tapi biasa biasa je, orang yang biasa biasa je tapi duit banyak, cam mane tu? Haha.
  • Korang akan jumpa blogger ada yang baik ada yang berlagak ada yang bangga dengan apa yang dia buat. Korang akan jumpa blogger kaki selfie( macam saya)
  • Korang akan jumpa macam macam jenis fashion bloggers dari yang seksi tak cukup kain hinggalah yang alim terlebih kain.
  • Korang akan dapat ilmu tentang produk yang ada semasa events.
Kesan Buruk pergi acara majlis (events)
  • Korang terpaksa spend duit korang untuk travel ke tempat events. (saya nasihatkan baiklah korang pergi events yang berbayar, yang tak berbayar pastikan ianya berbaloi untuk diri korang sendiri)
  • Terpaksa jumpa orang yang sama dalam satu events. Yang blogger korang suka no hal, yang korang tak suka, korang rasa menyampah. haha.
  • Korang rasa apa lagi keburukan ? korang add la sendiri.
Kesimpulannya, ikutlah kemampuan korang dalam kehidupan alam maya korang, yeap semuanya berbayar dari penggunaan elektrik, internet, dan hardware yang korang guna untuk update blog korang, lebih lebih lagi blog yang ada domain sendiri, every 1-10 years nak kena bayar tau. So pandai-pandailah korang mencari wang saku lebih melalui blog korang. 

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸