Majlis Rumah Terbuka Mydin USJ - Girang Syawal Tiba !

5:26 AM

Baru-baru ini pada 7 Ogos 2015 yang lalu sempena masih lagi menyambut bulan Syawal, Mydin USJ telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka MYDIN 015 selepas diadakan di Mydin MiTC, Melaka dan Mydin Meru.

Umat Islam menyambut hari raya setiap tahun seelah ramadan dan merupakan satu agenda wajib untuk umat islam menyambut hari yang penuh bermakna iaitu Hari Raya Aidilifitri setelah berjaya menjalankan ibadah wajib berpuasa selama sebulan. Pakaian sedondon, rumah yang dihiasi dengan lampu berkelipan, berbagai aneka kueh mueh serta jamuan makan adalah perkara yang sentiasa akan berlaku pada setiap tahun untuk masyarakat islam sedunia. Ziarah-menziarahi sera bermaaf-maafan sesama keluarga adalah salah satu budaya yang telah dipupuk dari zaman nenek moyang kita lagi.

Tujuan Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ 2015 diadakan adalah mengeratkan hubungan silatulrahim, memupuk semangat kemasyakatan dan menyemai nilai-nilai murni dengan menyambut dan berkongsi rasa kemeriahan syawal tahun ini bersama komuniti setempat khususnya para pelanggan setia Mydin.

  • "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! Sambutan hari-hari perayaan besar seperti Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ - Girang Syawal Tiba ini adalah manifestasi MYDIN untuk menghargai masyarakat setempat yang multinasional khususnya para pelanggan setia MYDIN. Saya sangat yakin majlis komuniti yang berasaskan sabutan perayaan ini mampu memupuk nilai-nilai murni khususnya rasa hormat-menghormati, bertolak ansur dan mewujudkan kesefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat majmuk USJ khususnya dan masyarakat Malaysia amnya, Yanh hidup secara harmonis."
    Datuk WIRA (dR.) Hj. Ameer Ali bin Mydin
    Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.
Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ telah diserikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti cabutan bertuah, kuiz, persembahan Junior Clown, Persembahan Stilt Walker ( berbaju melayu), Street Magician dan persembahan dari artis-artis jemputan serta pemberiaan duit raya kepada anak-anak yarim dan anak-anak fitrah. Adam Corrie juga dijemput untuk melaungkan azan Maghrib dan Isyak di Majlis Rumah Terbuka Mydin USJ 2015.  Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Aznil Hj. Nawawi bersama 15 orang anak-anak fitrah Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dan 25 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal kasih bestari Kasih Bestari, Subang Jaya.



Majlis ini juga telah menyediakan makanan yang enak dan lazat di 14 gerai secara percuma seperti nasi hujan panas, nasi tomato, nasi goreng, sate, asikrim goreng dan banyak lagi.





Semoga adanya majlis sambutan hari raya yang melibatkan artis, meida, rakan-rakan blogger, pelanggan mydin serta anak-anak yatim dapat memupuk nilai ukhuwah yang tinggi dan ikatan silatulrahim yang kuat antara satu sama lain.

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸