Gabungan Vitamin C untuk mencerahkan kulit dan kurangkan Parut Kasar.

4:36 AM

Harini saya nak update di ruangan Kisah Kecantikan. Siapa sini peminat tegar VITAMIN C?
Saya lah seorang daripada peminat tu.

So Saya sangat suka bila menang 2 botol DECLÉOR Aroma White C+ Extreme Brightening Essence ni lebih kurang RM200++ sebotol, mampu nak beli untuk botol kecil ni je ? Of course mampu tengok je tapi Alhamdulillah menang jadi jimat lah duit.

Cara nak guna : Botol ni korang kena tekan dulu kuat-kuat yang bahagian atas tu sampai ada macam bunyi "pop" kalau tak dalam penutup atas tu ada serbuk, tak tahu serbuk apa tapi lepas dah bunyi "pop" goncang kuat-kuat so serbuk tu akan sebati dengan liquid dalam botol tu.

Lepas tu bolehlah sapukan setitik- 4 titik kat muka. Kalau aku jangan cakap bukan setitik segengam rasanya nak sapu kat muka, haha !

Bau dia biasa-biasa je, tapi bila pakai kulit, kulit macam shock.. dari kasar terus jadi lembut gila. Suka kot, Parut jerawat yang obvious semakin pudar, liang roma semakin tertutup. Suka sangat-sangat ! Kalau sayang campur sikit dengan produk anti-aging lain baru lah rasa macam tak habis cepat ! Haha !

Fungsi DECLÉOR Aroma White C+ Extreme Brightening Essence 
  • ini sebenarnya di reka khas untuk merawat masalah pigmentasi dan mengekalkan keseimbangan kulit dan mencerahkan.
  • Kulit akan bertambah berseri dan ber"glowy" katanya.
  • Gabungan antioksida yang tinggi dan Vitamin C asli membantu mencatikkan kompleksi kulit dan mengurangkan tompok-tompok gelap.
  • Ada Chamomile Essential Oil untuk mengurangkan keresangan kulit serta melindungi kulit wajah dari masalah pencemaran dan juga radikal bebas.
*Kena pakai selama 30 hari setiap pagi dan malam untuk kesan yang lebih dramatik.*

+Ada ekstrak Peony dalam botol ni.


 
Vitamin Shaklee tu saja je tunjuk, yang tu saya makan sebiji sehari, Memang terbukti kulit makin berglowy glowy. ( Pembawakan bayi mungkin ? )
Info pasal Vitamin C Shaklee boleh baca kat sini : http://www.syafierayamin.com/2015/06/nak-putih-sangat-tapi-cara-yang.html




Ini ha penutup dia, baik korang tekan kuat kuat sebelum guna, kalau tak berterabur serbuk dalam penutup tu, haha..

Sapu sikit, dia cecair kena urut urut untuk pastikan vitamin C tu masa dalam kulit.

Memang seronok dapat cuba produk dari Paris, dah lah mahal kualiti pun terjamin, suka sangat sangat !

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸