Jenis Tungku Yang terbaik untuk Ibu yang bakal berpantang

4:11 AM

Bagi ibu yang bakal bersalin, saya nak kongsikan sedikit tips menarik untuk kecutkan rahim, rawat balik urat yang kembang dengan bertungku.

Sebenarnya ini memang dah jadi turun-temurun dari nenek moyang kita lagi. Katanya bagus untuk memulihkan tenaga yang hilang dan memberi keselesaan pada badan selepas melahirkan anak. Salah satu teknik asas yang patut diamalkan ketika pantang untuk mengelakkan penyakit meroyan sebab bentan katanya.

Kalau mencari carian ggogle, sebenarnya terlalu banyak jenis tungku yang boleh didapati dipasaran, ada tungku herba untuk ibu dan bayi, tungku besi, tungku batu sungai dan sebagainya. Tapi yang mana pilihan hati dan mana yan berkesan atau mana yang lebih menepati ciri-ciri badan sendiri ? Sudah tentu terpulang untuk masing-masing kan ?

Kalau mengikut saya, saya dah mencuba tungku batu sungai dan juga tungku bantal panas, masih belum mencuba lagi tungku besi( rasa macam tak sabar nak pakai) - saya juga pernah menerima rawatan urutan batu panas ( Hot Stone Massage ) di Amante, memang rawatan terbaik sekali saya pernah cuba, beberpaa biji batu kecil diletakkan pada setiap badan dan diutamakan bahagian tulang belakang.

Bila dah terlalu moden - jadi banyak pilihan yang ibu-ibu bakal berpantang untuk pilih, ada yang murah - ada yang mahal - dan juga ada yang percuma. Mana satu pilihan ibu-ibu ?

Kalau saya semestinya saya nak percuma sebab kos hidup sekarang terlalu mahal sampai untuk keperluaan pun tidak mencukupi jadi saya rasa percuma lah adalah yang terbaik untuk masa bakal berpantang akan datang.

Jadi saya akan share sikit tungku mana yang jadi pilihan hati saya.

Batu yang saya kutip dekat Sungai Lubuk Kelubi

Yang ni batu sungai, saya ambil yang cukup syarat lah bulat-bulat. Masa ambil kat sungai tu saya ambil banyak sebab ingat nak buat dekorasi rumah sekali, jadi selit-selitkan mana-mana boleh muat untuk bertungku.

Sepanjang kehamilan 6 bulan untuk anak kedua ni, saya terstop 2 hari untuk ambil ostematrix - jadi mulalah urat kat betis makin tegang dan kebas, jadi alternatifnya untuk kurang kesakitan yang terlampau amat - saya panaskan batu sungai yang saya ambil dekat atas api. Api boleh guna apa-apa pun letak tempat dapur api yang kita masak selalu tu pun boleh. Jadi saya panaskan selama 10 minit, mandi-mandi badan bersih baru tuam slow slow kat betis yang kejang tu. Haba kepanasan batu sungai boleh tahan lah dalam sejam dua jam. Letak dekat kulit boleh sampai ke tulang haba nya. Pastikan balut dengan kain 2 kali lapis sebab memang panas sangat memang betul2 batu tu menangkap haba.   (Kain yang saya gunakan kain napkin anak je - biarlah terbakar sikit sebab memang akan pakai ulang-ulang tungku batu sungai ni mungkin sampai pantang 3 bulan). Pantang kali kedia ni memang nak betul-betul bertungku habis. Kalau badan dah sihat kuat balik baru larat buat kerja dengan aktif lagi bukan sahaja untuk menambahkan tenaga dan kecantikan macam anak dara kembali. Jadi ibu-ibu yang bukan orang kaya kat luar sana bolehlah carilah alternatif  macam saya ni, tak mampu lah nak beli yang mahal-mahal, pakai yang Allah dah sediakan secara semulajadi.

Kalau nak tungku beherba, masih boleh gunakan tungku batu kemudian letakkan daun mengkudu ke daun sireh ke, apa-apa je daun daun herba yang boleh dapat kan dekat hutan atau kedai herba. Tak sabar rasanya nak kembali cantik dan sihat bertenaga lepas bersalin anak kedua ni.

Orang kata pantang elok-elok badan nak guna lama. Hee ;) Selamat berjaya ibu-ibu yang bakal bersalin nanti. kisses*

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸