Marigold HL - Susu Lemak Rendah untuk ibu hamil yang ada kencing manis.

10:58 AM

Hi semua ! Nak update entri kali ni pasal susu rendah lemak - susu khas untuk diri sendiri. Bukan sebab nak kurus tapi ada sebab lain.

Ingat tak masa dulu pernah cerita tentang kehamilan yang pertama ? Tiba-tiba pulak kena "gestational diabetec" dahla muda lagi anak pertama pulak. Sabar je la. Antara sebab aku kemungkinan kena kencing manis ketika hamil dulu : mungkin sebab makan roti gardenia terlalu banyak and tak pernah skip minum susu friso dan anmum.

Bila dah masuk bulan ke 8 hamil anak pertama, misi kat klinik suruh stop minum susu tepung untuk ibu hamil, dia suruh minum susu rendah lemak, so minum la, maknanya terselamatlah dari kes serious anak besar dalam perut nanti.

Yang penting bila anak pertama dah lahir Alhamdulillah sihat walafiat budak Rayyan tu sampai sekarang. Hihi.



Kenapa saya kata susu rendah lemak elok untuk orang yang ada kencing manis ni :
  • Kita kena minum susu, kalau tak boleh minum susu kita kena cari alternatif lain untuk topup kehilangan kalsium dalam badan. ( saya suggest shaklee ostematrix -kalsium tinggi )
  • Bagi yang suka minum susu segar HL Marigold low fat milk memang the best.
  • Kawan kata dia minum susu ni sekarang dia dah kurus. blink-blink mata tengok dia sekarang.
Kebaikan yang boleh dapat dalam Susu Marigold HL Low Fat Milk.
  • Susu yang bukan sekadar susu biasa
  • 25% susu yang amat bernutrisi dan lebih 56% kalsium dan protein sekali gus memberi nutrien yang penting untuk badan untuk kekal sihat dan aktif.
  • Selain itu, susu HL LFM mempunyai 9 vitamins : A, B1, B3, B6, B12, C, D, E dan asid folik yang baik untuk keperluaan badan.
Yang paling seronok sekali :
  • Rendah lemak - hanya mengandungi 1% lemak berbanding susu biasa yang mempunyai lebih kurang 4% lemak untuk memsatikan kita lebih sihat, semestinya nampak slim dan cantik.
  • Rendah lactose - 75% kurang laktosa, memudahkan perut senang hadam dan sesuai untuk orang yang alergik dengan laktosa yang menyebabkan perut berangin, sebu dan cirit birit dengan susu biasa. 

    KANAK-KANAK PUN BOLEH MINUM 
    ( rayyan yang 3 tahun suka sangat susu ni, dia berak senang )

    Ada 3 perasa Susu Marigold HL Low Fat Milk yang korang boleh jumpa di pasaraya Malaysia ni
    1. Original ( susu putih)
    2. Coklat
    3. Strawberry
    • Simpan susu bawah 4C/ Lepas buka please minum dalam masa 3 hari.
    Disebabkan dalam seminggu 3 kotak Susu Marigold HL Low Fat Milk 1 liter pun boleh habis, jadi laki aku buat stok untuk seminggu 3 paket.

    Mana nak beli? Better beli dekat AEON Taman Maluri yang dekat dengan korang, murah sikit, dapat lah dalam RM12 ke bawah untuk 2 kotak.

    Kalau 7e mahal sangat kadang2 samai RM7++ sekotak. Harga retail tak tahu sebab lain kedai lain harga. Tak ada harga tetap. Memang susah nak anggarkan harga untuk susu ni.



    STOK Susu Marigold HL Low Fat Milk dalam peti ais, harap tahan lama.


    Untuk maklumat lanjut pasal susu ni, sila layari
    http://www.marigold.com.my/hl.html

    You Might Also Like

    0 comments

    🌸Blog Followers🌸