Pakai seksi sampai nampak lurah dendam bila ibu menyusukan anak kau suruh tutup tak pun suruh susukan anak dalam toilet.

12:20 AM

Ini perkara yang selalu terjadi rasanya dekat negara luar dalam negara Malaysia tak tahu lah macam ni. Sebenarnya isu ni jadi sensitif bagi masyarakat kat negara orang putih, Tak sangka kan emak-emak orang putih pun ada masalah yang sama macam emak-emak dekat Malaysia alami. Mungkin sifat keibuan memang ada untuk orang yang jenis-jenis keemak-emakan ni. Kalau nak dikatakan ramai ibu orang putih ni berkeputusan nak susukan anak dorang 2 tahun tanpa susu formula, terror tak diaorang walaupun dorang bukan orang islam pun sebab kalau dalam islam bayi digalakkan menyusui susu ibu tanpa sebarang susu formula, tak gitu ke ?

Kisah benar : Jadi ceritanya sebegini, ada ibu orang putih ni dia pergi restoran nak makan hamburger, pada yang masa yang sama ada juga orang lain pun duduk makan dalam tu, ibu orang putih ni bawa anak lelaki dia mungkin anak dia dalam lingkungan setahun macam tu, anak lelaki ibu orang putih ni dah start lapar, korang faham-fahamlah pakaian orang putih macam mana kan pakai singlet ngan seluar je bagi diaorang normal kalau pakai baju macam ni. Ceritanya ibu orang putih ni sambil makan sambil susukan lah anak dia depan public. Yerlah baby pun lapar nak makan juga ingat orang yang dewasa je ke lapar. So bila dia susukan anak dia ni, adalah seorang lelaki dewasa pergi ambil gambar dia terus pos ke laman sosial dan tulis 

'saya nak makan burger sambil terpaksa tengok orang menyusukan anak' dia kata dia geli sangat tengok ibu menyusukan anak. tolonglah jangan buat orang lain tak berselera makan gara-gara ibu ini susukan anak di tempat awam'

Jadi si ibu orang putih ni perasan gambar dia dalam laman web sosial tu, apa lagi dia pun dengan baiknya menulis surat terbuka supaya orang awam lain juga dapat baca, ramai yang memberi sokongan pada ibu menyusu ini dan ramai marahkan lelaki tersebut sebab tu la benggong sangat.
Dia siap kata juga saya akan susukan anak saya dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Dan sama sekali taknak susukan anak dalam bilik tandas, cuba bayangkan kita makan dalam tandas selerakah kita ? Macam itu jugalah anak yang menyusu.

Fuh, memang panas je ayat laki ni, kita yang duduk kat Malaysia ni pun geram kalau nak menyusu anak kena pergi tempat tertutup, ye saya akui saya memang susukan anak saya di tempat awam, tapi saya tahu banyak mata-mata gatal jadi saya tutup pakai kain, tapi anak saya pula tak suka  pula kena tutup, kalau pergi bilik menyusu pulak, dia bukan nak menyusu tapi dia bermain adalah, so cem mana tu, bila kita tengah dok sedap makan, anak kita ni sebok pulak nak menyusu bagai jadi memang la terpaksa susukan secara direct pulak !  hi hi hi. Ada juga bapak-bapak kat Malaysia yang faham situasi ibu menyusu ni jadi mereka alihkan pandangan mereka tak pandang pun tapi bagi yang lain yang tak faham ingat kita dok nak tayang tetek kita kat dorang pulak, alamak stressnya haha ! Tak tahu lah apa penyebabnya gatal mengenyam mungkin payudara untuk menyusu pun boleh rasa macam isu seksual bagai bagi dorang ni, orang kata ada masalah mental kalau orang macam ni. haha. Benda natural menyusukan anak kot !

Tapi dekat Malaysia dah seronok kalau pergi shopping mall, rata-rata dah sediakan tempat untuk ibu menyusu dan boleh dikatakan amat selesa cuma shopping mall lama je tak ada, jadi yang kat Malaysia, dah ada tempat menyusukan anak dan tak boleh create alasan tak nak bagi anak makan, sian baby tu lapar. Hihi ! ;)



http://bit.ly/1cWOjEI
Posted by Hot Moms Club on Tuesday, 8 September 2015


You Might Also Like

2 comments

🌸Blog Followers🌸