Yes ! IKEA Cheras bakal dibuka akhir tahun 2015

12:13 AM


Yeah akhirnya dekat Cheras akan ada cawangan Ikea. Saya sangat gembira sebab apa ? Sebab dekatlah dengan rumah dekat Hulu Langat Batu 14 ni lebih kurang 20minit je perjalanan ke sana berbanding IKEA Damansara. Tapi haritu saya dan suami pergi site masih dalam construction progression.

Saya masih tertanya-tanya IKEA kali ni memang dekat dengan kawasan penduduk PPR dan juga ada kemudahan easy access MRT. Nampaknya jalan agak sempit kot. Eloklah IKEA sediakan tempat parking banyak sikit. Untung orang yang duduk dekat dengan IKEA, hari hari boleh tidur dekat tempat pameran bilik tidur siap ada air-cond lagi haha !


Yang ni gambar yang sempat aku ambil masa jalan-jalan tengok IKEA Cheras. Lagi 4 bulan tu - moga workers buruh korang kerahkan tenaga siapkan kemudahan dan kemewahan untuk rakyat Malaysia. Gaji  uolls mesti besarkan Ikea bayar. Ikea Kaya kot. Haha ! Dekat Jalan Kokrin katanya.

Memang lah tak sabar lepas ni boleh makan ais krim 80 sen IKEA dengan meatballs, sebab dah dekat katanya. Yahoo.

IKEA menyediakan pelbagai jenis produk untuk kemasan Dapur, Ruang makan yang mewah, Ruang memasak yang selesa, Tempat bilik Tidur bagai raja dan permaisuri, tempat untuk kanak-kanak belajar dengan tenang dan selamat, malahan IKEA menyediakan tempat storan yang paling ideal untuk ruang rumah yang kecil. Dah boleh cari idea nak buat rumah macam istana lepas ni.

IKEA cheras masih cari pekerja korang boleh lah apply bagi sesiapa yang nak bekerja dekat situ. :)

Okay nanti kita jumpa dekat IKEA Cheras la ye.

Info lebih lanjut dekat sini : http://www.ikea.com/ms/ms_MY/cheras/index.html

Salam Sayang,
Syafiera Yamin



You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸