5 Sebab kenapa ibu hamil mudah beremosi dan menangis

1:43 PM

Gambar sekadar hiasan

1. Terasa seperti tidak dihargai
Sebagai ibu hamil, ini adalah perkara yang mampu membuatkan kita terlebih beremosi, kalau boleh semuanya mestilah dalam keadaan sempurna, tengok suami selekeh kita jadi tak waras, kemudian ada sahaja nak mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan  pada orang sekeliling kita apabila melihat mereka dalam keadaan tidak terurus dan selekeh malahan meminta mereka menguruskan diri dengan baik. Kadang-kadang jadi ibu hamil dah jadi macam queen control sehinggakan orang sekeliling berasa tidak selesa berada dekat dengan ibu hamil sekali gus membuatkan ibu hamil rasa tidak dihargai dan tidak disayangi.

2. Cepat merasa letih
Simptom yang selalu terjadinya pada ibu hamil, mudah terasa letih, penat sekali gus menghasilkan perasaan emosi yang cepat marah kemudian menangis tanpa sebab. Selalunya terjadi pada ibu hamil yang ingin mengemas rumah tapi tidak mampu untuk menyiapkan dalam masa yang suntuk, kemungkinan rumah masih tunggang-langgang lagi 30 minit suami nak sampai rumah tapi tak mampu menyudahkan kerja kerja di rumah sebab badan terasa beban dengan keletihan.

3. Masih nak makan walaupun sudah makan
Antara simptom kebanyakan ibu hamil yang sudah melepasi trimester pertama ialah menjadi pelahap, makan tak boleh berhenti, sampai satu masa dah makan 1 buku roti tapi masih mengajak suami makan di luar sebab nak makan benda lain pulak. Harap para suami bertabahlah.

4. Tidak boleh melakukan aktiviti berat
Aktiviti seperti berbasikal, mendaki, bermarathon tidak digalakkan untuk ibu hamil malahan angkat barang berat pun tidak boleh kerana boleh memberi risiko yang tinggi pada janin dalam kandungan. Jadi ibu hamil janganlah berasa beremosi sebab tak dapat lakukan aktiviti kegemaran satu masa dahulu. Boleh tukarkan aktiviti yang selamat contohnya berenang, yoga dan bersenam secara perlahan-lahan.

5. Risau keguguran dan pembentukan janin
Perkara yang paling di risau oleh ibu hamil ialah bayi dalam kandungan mereka, tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika hamil semuanya adalah kerana tidak mahu keguguran malahan masa untuk bersama suami juga sangat terhad kerana mungkin akan berlaku pendarahan kecil walaupun ianya dikatakan Selamat jika bersama suami. Di sosial media juga ramai juga yang rajin pos gambar bayi yang dibuang, tidak cukup sifat yang mengakibatkan ibu hamil rasa tidak selesa dan takut apa sahaja berlaku pada pembentukan janinnya dan kebanyakan mereka mengambil keputusan untuk scan 3d/4d untuk melihat janin yang dikandung.

Catatan berdasarkan pengalaman : Syafierayamin.com

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸