Kos Bersalin di Hospital Ampang dan Bajet barangan bersalin tahun 2015

3:15 AM

Dah nak masuk #30minggu mengandung anak kedua ni. jadi banyak betul lah dalam kepala ni nak beli apa nak beli itu ini, aduhai bajet dah lari sana sini. Pening wooh dengan GST lagi dengan cukai lagi dengan hutang rumah lagi dengan prudential lagi. Wowowo macam-macam nak kena bayar. Dengan orang cakap kita kedekut lagi aduhai, seriously ! Banyak nya nak pakai duit - everything money dah sekarang.. tak ada duit jangan harap dapat servis bagus. Nanges*

Jadi ini antara persiapan Kos-kos untuk syafierayamin.com - anda bagaimana ? Harap-harap anda semua boleh manage kewangan sendiri sebab kita semua tak sama, yang ini mengikut bajet keluarga syafierayamin.com. Jadi dah kena sediakan duit untuk kos hospital. Suami syafierayamin.com ni bukan kerja kerajaan jadi tak de la FREE of Charge kalau guna servis dari kerajaan. Hu3. Nak pergi hospital swasta sudah tentu jauh panggang dari api- takkan mampu punya la kalau ribu-raban tu. Hu3.

So bila dah pening - jadi syafierayamin.com Kol Hospital Ampang bahagian wad bersalin -  
+603-4289 6000 nanti ada orang jawap terus cakap je nak tahu kos bersalin nanti dorang transfer la ke bahagiaan pembayaran.

Bawah ni ada list kos bersalin untuk kelas 2 dan ke 3 - wad kelas pertama tak disediakan di Hospital Ampang tadi baru pembantu tu beritahu. 


Kos Bersalin di Hospital Ampang untuk tahun 2015
 Ini baru kos bersalin bajet kena ada dalam RM500 lah nampaknya, doakanlah syafierayamin ni bersalin normal and anak tak ada jaundice supaya nanti tak adalah duduk lama-lama dalam hospital, Amminn.

Itu baru kos bersalin. Lain-lain Kos. Kos selepas bersalin. Kos urut lepas bersalin. Barang untuk berpantang. Memandangkan ini anak kedua jadi rasanya boleh 'recycle' je abang punya barang. Cuma nak kena tambah sikit lah barang-barang macam barut bayi sebab yang lama punya tinggal 2 je entah mana hilang. Baju tak ada masalah rasanya semua dah ada hihi. Tak tahu lagi jantina tapi rasanya baju-baju newborn bolehlah muat  and bayi boleh pakai sebab Unisex kan. Hehe.

Untuk Pam susu semua dah ada pakai yang lama punya je, dah letak dalam bag bersalin dah, mudahkan, botol-botol dan detergents untuk bayi semua dah ada, Alhamdulillah.

Untuk urutan dalam pantang - syafierayamin.com dah jumpa. Tanya awal-awal dia cakap sehari RM50 - Bila mentioned nak urut bersalin dia cakap dia caj sampai RM60 tapi tak ikut masa dia kata ikut sampai lega badan. Jadi syafierayamin.com akan ambil 3 hari berturut-turut lebih kurang RM180. Yang ni hanya urut-urut tak termasuk pengurusan makanan, mandi bayi and so on. Jadi semuanya syafierayamin.com dah sediakanlah. Yang lain-lain syafierayamin.com akan suruh husband bantu lah. - Urutan bahagian Hulu Langat syafierayamin.com suggest Kak Lela - no telefon dia  0173895657

Tungku semua ada kecuali tungku besi tak ada. Syafierayamin.com dah sediakan tungku sungai batu semua saiz ada dan juga bantal tungku panas - beli dekat GM Klang RM15 sebantal. Kalau tempat lain mahu tak RM40 sebiji, mahal sungguh !

Mandian herba syafierayamin.com dah decide nak beli 3 kantung haha. Boleh pergi sini www.bedungbarutbayi.com Semua ada dalam tu - supplement pun syafierayamin.com dah restock - syafierayamin.com akan guna supplement shaklee dan mungkin jamu kunyit dan halia serta lada hitam serta madu dan habastus sauda. Kalau boleh telan je semua tu - yer la pantang nak betul - nak sihat dan cantik balik kena bersungguh-sungguh, tapi kali ni tekad nak jaga pemakanan 100 hari. Nak pantang betul-betul bila badan dan kuat baru sedap nak bersenam, nak berjalan jauh-jauh. Hihi.

Bawah ni ada lah list sikit.
Memang bajet tak boleh mahal bawah RM1 ribu je. Kalau boleh lagi murah lagi bagus. Nak senangkan suami - yang lain-lain tu biar dulu kemas rumah semua kena suruh suami buat. Biar dia jadi MAID temporary. Hehe. 


Selamat Maju Jaya ibu-ibu hamil dan bakal berpantang nanti, Okay !
Good Luck !

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸