RM120,945.64 - Kutipan terkumpul #AirAsiaMakna

8:16 AM

Harini syafierayamin.com berkesempatan hadir untuk memberi sokongan kepada #AirAsiaMakna sebagai inisiatif kesedaran kanser di Malaysia melalui Kempen ini.

Sebagai tanggungjawab sosial untuk MAKNA, syarikat Penerbangan Air Asia telah berjaya mengumpul sebanyak RM 120,945.64 dimana baju-T edisi istimewa dengan rekaan ikonik uniform krew penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia dijual bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser.

Baju-T edisi ini adalah terhad dan direka oleh AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) dijual pada RM30 sehelai di 23 lokasi serta Malaysia, serta membeli-belah MAKNA.

Bekas pengidap kanser turut hadir untuk memeriahkan majlis dan juga selebriti tanah air yang terkenal antaranya Sasha Saidin dan juga Maya Karin. Ada yang masih hidup sampai 20 tahun walaupun seorang penghidap kanser jadi kanser bukanlah salah satu penghalang bagi setiap insan yang mengidapinya untuk hidup bahagia disamping keluarga dan rakan malahan mereka jauh lebih gembira dari yang bukan penghidap kanser. 

Sesi gambar bersama selebriti, penaja dan juga pengidap kanser.


Terima kasih pada penaja yang terlibat dalam kempen kesedaran Kanser untuk #AirAsiaMakna

Penaja Lokasi Farenheit88 : Farahida Mohd Farid
 
 Kempen ini bukan sahaja untuk mengumpul Dana malahan ianya  juga adalah untuk memberi kesedaran pada orang ramai.
 
Selain itu, kempen ini juga telah mewujudkan satu pertandingan iaitu dengan mengambil gambar dengan pakaian Baju-T edisi terhad yang telah dikumpulkan sebagai dana.
 
Kutipan yang berjaya dikutip, terima kasih rakyat Malaysia !
 
Tahniah kepada pemenang di instagram ! @Shaarin dan @Suzanekassim - dengan tag #AirAsiaMakna mereka telah memenangi tiket penerbangan ke Maldives dan juga Sapporo !

Media Prima juga telah memberi kerjasama menyokong "Traveling Beruang" khas untuk memberi kesedaran kanser di kalangan kanak-kanak dimana ianya bukan salah satu halangan untuk kanak-kanak yang mengidap kanser untuk menjelajah dunia atau melancong. 
 
Maya Karin telah menpersembahkan 3 buah lagu antaranya senyum, Let It Be dan lagu laskar pelangi.
 
"Traveling Beruang di jual dengan harga RM65 sahaja dan boleh didapatkan di dalam penerbangan Air Asia. Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung MAKNA dan anda boleh hash tag #travellingberuang di laman sosial.
 
Antara tulisan pengunjung yang hadir untuk memberi sokongan kepada pemgidap kanser.
 
Kalau mengikut kisah syafierayamin.com, Alhamdulillah selepas mengikuti pelbagai check-up dari hospital, rupa-rupanya saya bebas dari kanser payudara. Cuma masih perlu berhati-hati dan jaga pemakanan ye kawan2.

Ikuti perkembangan terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) serta ketahui lebih lanjut fakta pantas mengenai kanser.

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸