Alhamdulillah pengalaman bersalin di Hospital Ampang harini haha

2:37 AM

#38minggu Tanda-tanda bersalin sudah bermula lepas aku tengok star wars yang latest ni dekat beanie hall. Tempat of course lah selesa lembut macam katil je tapi bila dah landing atas beanie chair tu kau nak bangun bukan main payah ! Yer lah tempat lembut sangat.

Sambil tengok sambil makan Hot dog berkeju. Uiyoo sedapnya. Sampai satu masa tiba-tiba ada kontraksi pula. Kerap tak kerap. Tengok tanda dah start spot berdarah Woo. Nasib baik tak beranak dalam hall tu. GlAmour aku kang. HahA.

Balik  rumah cam biasa kontraksi agak kerap cuma tak yakin lagi nak pergi ke tak hospital. Jadi aku gosok gigi mandi sikit. Terus tidur sampai pukul 10 pagi. Memang aku kuat tidur sejak Pregnant Anak kedua ni haha !

Okay bila bangun tidur aku sempat sidai kain and so on haha Hebat tak ? Lepas tu rasa cam banyak la pulak bleeding spot non-stop. Uwaaa. Sakit  kontraksi agak kerap, jadi aku suruh laki aku balik hantar aku p hospital. Sampai kat rumah. Aku suruh dia picit kaki yang sememangnya kembang cam badak lembu haha.Dia cakap dia nak hantar tapi lepas  solat Jumaat.jadi aku pun menahan je la kontraksi ni dalam sejam lebih 5x kontraksi. Korang rasa kontraksi macam mana ? Kalau aku rasa macam renjatan elektrik 2000 watt. Fuh tapi aku masih boleh tahan lah sebab masa Pregnant sulung dulu pun dah jadikan sebagai pengalaman. Perit ada semua ada.

Bila suami dah balik dari sembahyang Jumaat. Boleh lagi duduk Relax Relax lagi. Sebab nak biar dulu kekerapan kontraksi tu. Karang pergi hospital tak pasal pasal kena balik sebab tak  ada pembukaan rahim lagi.

Bila dah kerap baru decided nak pergi terus ke hospital Ampang. Sampai je kena daftar dulu semua, kena cek pembukaan rahim dan ctg and so on. Bila cek rahim dah 3cm ! Jadi terus kena hantar ke wad menunggu. Saya ambil wad kelas 3 je. Okay lah hihi.

Layanan pun okay cuma kau kena banyak self-service lah tak ada lah layanan macam kelas pertama. Katil pun selesa, dalam 1 bahagian tu dimuatkan dengan 6 buah katil. Semua full - saya duduk bahagian tepi sebelah warga asing dan hujung sekali warga Malaysia. Bahagian depan orang Melayu dan sorang orang Arab. Tapi tak banyak borak pun just senyum-senyum adalah tengah tahan sakit mana nak cakap banyak haha.

Jadi dalam 6 orang dalam bilik tu lebih kurang 7-9 malam. Aku punya kekerapan kontraksi semakin menggila. Selagi tak 4 cm tak leh hantar ke labor room. Jadi aku pergi cek lagi sekali rupanya dah 4cm jadi nurses kat situ suruh pakai baju putih siap sedia ke labor room. Adoi tapi tak dilayan sebab dia suruh duduk dulu kat katil wad menunggu dulu. Mungkin sebab labor room tengah penuh. Jadi dia suruh sabar tunggu dulu.

Aku dah tak tahan dah pergi balik dekat dorang. Nak cek bukaan lagi rupanya dah 8cm around pukul 10 malam macam tu. Baru dorang pergi ambil katil nak bawa ke labor room. Tapi dalam bilik tu aku rasa macam dah terberanak kot. Dia suruh sabar dulu HahA. Budak dah nak keluar kena sabar lagi sabar je la. 😡

Sampai kat labor room dia suruh tukar katil yang dalam kat labor room tapi faham2 lah dah sakit nak beranak tu nak bangun tak leh..rasa kepala baby dah macam  dekat Area tempat keluar dah tu. Dia suruh bangun juga tukar katil. Aku cakap tak boleh. Dia cakap cuba kuat sikit boleh punya aku pun tak nak lah manja manja terus bangun. Dalam labo room Hospital Ampang ni best semua perempuan yang sambut kan and alunan al Quran dibuka.

Lepas tu dah tak tahan sangat rasa nak meneran, bidan dalam tu tak bagi dia masih mengadap pc. Mungkin dia tengah mengisi laporan pasal aku. Adoi tak tahan lagi. Masuk labor room pukul 10 malam. Sabar punya sabar. Baru 8cm dia tak bagi teran aku dah tak peduli dia nak kata apa. Aku cuba teran sebab dah sakit HahA. Apa lagi pecah air ketuban macam keluar air kelapa secara sendirian berhad. Lepas tu bidan tu marah awak cuba beristighfar sikit. Punya lah aku istighfar tapi kesakitan tu buat aku teran lagi. Dia pun cakap awak kena tunggu 10cm baru teran. Aku dah tak boleh jadi aku sendiri teran dia pun okay je la. Lepas tu bila dah teran 3 -4x juga terus baby keluar haha.

Lepas baby dah keluar. Dia pun cuci la baby tu haha. Aku nak berehat dah dalam otak aku tu.penat Woo. Tapi dia suruh kangkang lagi nak keluarkan uri. Masa keluarkan uri tak rasa apa-apa. Tapi bila Start keluarkan darah beku and dijahit hidup hidup pergh gila lah terasa macam apa dah. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan juga aku bersalin tanpa sebarang epidural atau ubat, semuanya normal. Mungkin ada hikmah bersalin ni. Dosa terhapus paling best bayaran kos rawatan pun agak mampu !  Sebab bajet untuk bersalin ni agak limited hanya rm350 je. Alhamdulillah tak ade perlu c-section. Kalau tak lari bajet. 😐

Gambar bayi aku dah besar sikit baru aku share. Kalau boleh nak rahsiakan lagi dari semua orang tapi ramai pula yang tak sabar nak tengok. Alahai bukannya artis pun Anak aku. Sedara mara dah sebok tanya. Aku kalau boleh taknak dorang tahu aku dah beranak pun hAhaha.

Tapi ada yang tak sabar dah share kat orang lain. Sedehnya itu la the power of telefon. 😢 kamera ada. Yang datang ambil gambar pos kat orang hhaha. Tapi tak kisah lah yang penting Anak tu cukup sifat dan cantik wajahnya, Alhamdulillah. Moga dijauhkan dari pujukan  syaitan yang direjam. Jadilah Anak penyejuk hati Mama papa dan solehah. Berat dia 2.92kg je. Kalau Anak sulung 3.1kg. Mungkin aku kurang makan sebab Yer la ikat perut dengan membayar hutang kerajaan melalui gst barang pun mahal jadi makan sikit je time mengandung anak kedua ni. Sedih kan haha.

Lepas dah beranak tu dalam 10.20 malam hari Jumaat tu. Lepas Keluarkan uri dan sebagainya.  Tak sampai beberapa minit tu aku kena keluar dari labor room sebab ramai sangat yang nak beranak time ni. Jadi kau tengah sakit sakit dengan mengigil badan tu memang kena bangun juga bagi orang lain nak beranak juga.

Sakit gila nak bangun tapi semua tolong jadi tak ada masalah. Dia suruh tukar pad sebab darah kotor dok sebok mengalir keluar macam air terjun. Tapi aku terus baring je dekat katil wad. Dan baring sampai badan selesa sikit dan boleh menyusukan bayi. Tapi bayi aku tak banyak karenah sebab dia kenyang lagi kot. Sebab sebelum beranak aku dah makan banyak dengan makanan hospital bagi. Yahoo. Mungkin dia kenyang lagi kot dalam perut.

Selepas aku bersalin terus yang gang gang dalam room aku tu bersalin tapi ada 2 orang je lagi tak settle dorang kena induce mungkin  tengah menunggu nak kena bedah or not.

Yang penting aku dah selesai beranak tak sabar nak balik rumah untuk teruskan pantang di rumah bersama suami dan Anak. Huhu Alhamdulillah.

Sepanjang berada di Hospital Ampang selama sehari je


Bayaran semua kos bersalin hanya RM33 je, Alhamdulillah makanan sedap, layanan pun okay walaupun banyak buat self service dan wad kelas 3. Hihi.

Lepas balik rumah. Rahim ni masih bergoyang2. Terus ambil batu sungai tuam  kat rahim tu dan pakai bengkung terus Alhamdulillah sedap sikit badan ni.

Emak ada sekejap tolong masak lauk ikan masak asam jawa dan kunyit. Serious sangat sedap. Thanks emak. Yang lain lain pantang aku dah kena berusaha buat sendiri. Tapi sekarang suami aku mungkin ada sampai Selasa. Alhamdulillah dia banyak juga membantu. Wee.

P/s :

Dekat hospital ampang suami dibenarkan masuk tapi budak tak boleh. Kesian aku laki aku tak ada terpaksa jaga sI sulung ni. Emak pun tak sampai rumah lagi jadi beranak lah sorang sorang tanpa suami huwaaa. Lagi waktu korang nak beranak nanti tolonglah bawa benda benda essentials macam stoking baju sejok minyak panas lepas bersalin tu badan nak kena panas. Kecian aku tengok orang sebelah aku tak pakai apa apa badan cam masuk angin je. Hee.

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸