"My Beauty Pick" for XMas from Althea.Kr !

9:55 AM

Hi semua, harini syafierayamin.com dah dapat parcel dari Althea.Kr, salah satu laman web yang menjual produk kecantikan 100% dari Korea tapi yang paling best harga yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding dari yang jual secara butik.

Di musim perayaan XMAS ni, Althea.Kr telah membuka tawaran yang hebat untuk peminat kecantikan dari Korea di luar sana unuk membeli-belah secara berhemah ! Seronok kan !

syafierayamin.com sudah beli sikit-sikit barangan kecantikan dari Althea.Kr yang rasanya bersesuian dengan kulit. JOM Tengok apa yang syafierayamin.com beli untuk diri sendiri - sebab nak kelihatan cantik juga time XMAS, mungkin dalam labor room dah waktu tu, haha.

Thank you husband tolong jadi Photographer untuk wife sendiri.

TADAAAAA - Percaya tak semua barangan yang syafierayamin.com pilih ni total cost : RM100 !

 

Dinoplatz Dear Brachiosaurus Oil Paper to the Sponge

 
Dinoplatz adalah kertas yang boleh menyerap lebihan minyak pada muka. Tengok packaging dia cute sangat tu sebab syafierayamin.com teruja nak cuba, lagi pun muka syafierayamin.com memang jenis berminyak, lebih-lebih kalau pakai mekap lagi la, minyak keluar entah dari mana - tapi dengan adanya kertas penyerap minyak ni, lepas ni muka tak adalah nampak berkilat. Sangat friendly dengan mekap. Tempek-tempek je kat muka nanti dia seraplah minyak tu. Dia punya jenis melekat dekat sponge lembut.

Dalam 1 kotak Dinoplatz ni ada 50 keping. Lukisan dia dilukis oleh Hotori Sando dan direka khas oleh Crosspoint New York - of course made in Korea.

TONY MOLY Tony Tint 02 Red

 

Memang suka sangat lip tint sebab dia umpama menggantikan lipbalm, lipstick dan juga lip gloss. Sekali sapu je lepas tu gunakan jari tempek tempek kat bibir terus bibir nampak mungil dan seksi. syafierayamin.com memang suka warna yang merah pekat, lip tint ni memang sangat trendy dekat Korea. Jenis cecair dan mempunyai gabungan warna yang macam sirap, pekat.

Cuba tengok gambar kat bawah syafierayamin.com dah cuba dan sangat puas hati dengan warna tu. Memang suka lah - amacam seksi tak bibir kita ?

 

MATT Cushion No 23 : Medium Beige


Kalau pergi Althea.kr sekarang - Matt cushion ini adalah salah satu pilihan Editor ! syafierayamin.com teruja sebab tujuan utama matt cushion ini adalah untuk menyerap lebihan minyak dan mampu  memberikan 'coverage' penuh untuk muka yang banyak jerawat tu. Mempunyai kandungan SPF 35+++ Untuk melindungi kulit dari cahaya matahari. Packaging dia sama macam kebanyakan produk "cushion." Rata-rata ramai yang suka matt cushion ni mungkin sebab trend kot.

Cuba tengok muka syafierayamin.com lepas pakai matt cushion ni.

 

  1. Memang mempunyai "coverage" yang terbaik sampai boleh tutup jerawat bekas jerawat dan benda aib dekat muka.
  2. Lembut je bila sapu dekat muka
  3. Agak rasa melekit ;( Nay.
  4. Warna medium beige dia tak sesuai langsung dengan syafierayamin.com sebab lebih cerah - tapi tu separuh je pakai mungkin kena blend. Hihi.
  5. Sponge disediakan - yay !
  6. Boleh dijadikan sebagai "Oil blotter" juga ;) - Yay !
ETUDE HOUSE BAKING POWDER  Pore Cleansing Foam

Yang ni pencuci muka yang tersangat nak cuba sebab nak suruh dia bersihkan liang pori syafierayamin.com yang tersekat dengan lebihan minyak dan kotoran bintik hitam, tadi dah cuba dah tenyeh tenyeh dekat muka, Okaylah best je dapat rasa skin jadi lembut dan bersih ! Harap dia tolong bersihkan sekali parut jerawat yang membiak macam apa dah.

Untuk korang yang masih berjinak dalam bidang kecantikan terutamanya produk dari Korea, boleh lawat www.Althea.Kr atau facebook Althea Malaysia

Sekarang Althea tengah jualan Untuk XMAS tau ! Boleh menang lagi hadiah untuk Ke Korea ! Best tak ? Jadi janganlah lepaskan peluang ! Banyak tawaran istimewa korang boleh grab !
Cuba baca flyer bawah ni :


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸