8 Hidangan yang menarik di Rasa Utara.

6:31 AM

Hi semua, lama tak update Kisah Makan-makan di laman sesawang syafierayamin.com biasalah baru lepas 'delivered' jadi ambil masa sedikit untuk berehat. Jadi baru baru ini pada minggu lepas syafierayamin.com sempat menjenguk restoran yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Restoran Rasa Utara. Bila dikaitkan dengan bahagian Utara di Malaysia sememangnya memang akan terkenal dengan negeri Jelapang Padi iaitu negeri Kedah, jadi konsep makanan nya juga lebih kepada konsep di negeri itu lebih-lebih lagi yang makanan yang amat popular di situ adalah Laksa Kedah.

Terdapat banyak pilihan makanan yang boleh di dapati di Restoran ini, bukan sahaja makanan dari Kedah - Rasa Utara juga telah memperkenalkan seberapa menu yang berasaskan makanan barat seperti 'chicken chop.' Masakan lemak lemak manis dan berlada juga boleh didapati di restoran ini.

Gabungan rasa, kulinari dan kepelbagaian warna di dalam setiap menu makanan di restoran ini telah menjadikan restoran ini amat dikenali oleh segelintir masyarakat di Malaysia tidak kira bangsa dan peringkat umur.

Berkonsepkan restoran yang memberi fokus kepada kekeluargaan jadi apa kata anda membawa ahli keluarga anda untuk menjamu selera di Rasa Utara selain dapat merapatkan hubungan silatulrahim, anda juga boleh bertukar pandangan terhadap menu masakan di Rasa Utara.

Antara menu yang dapat dirasa oleh syafierayamin.com adalah menu masakan tradisi yang sememangnya masakan yang sudah umum bagi bangsa melayu lebih-lebih lagi masakan lemak pucuk paku, ayam berlada dan juga rendang daging tapi Chef Mohamad telah memberikan kelainan dan keunikan dalam setiap hidangan. Oleh itu marilah kita terjah beberapa menu masakan yang dapat syafierayamin.com kongsikan.

Hidangan yang bakal menepati citarasa pelbagai bangsa di Malaysia

Ayam Goreng Cili Lagenda
Ayam goreng Cili Lagenda adalah satu menu makanan yang amat sesuai bagi mereka yang menggemarkan rasa pedas dan manis, isi daging ayam yang lembut pasti membuatkan anda bertambah selera terutama sekali apabila dihidangkan dengan nasi jagung.

Udang Asam Goreng
Udang yang digunakan adalah udang harimau bersaiz besar, di salut dengan resepi rahsia kemudian di goreng, hasilnya isi udang yang 'crunchy' dapat dirasai dengan sekali kunyahan yang dicicah dengan sambal.

Set Nasi Rasa Utara
Set nasi bersama lauk Ayam Goreng Cili Lagenda bersama sup begedil serta nasi jagung - sesuai untuk anda yang sukakan menu yang ringkas dan jenis hidangan yang lengkap.

Daging Rendang Utara
Antara menu hidangan yang popular di Rasa Utara, pasti anda akan teruja dengan kelembutan isi daging rendang ini.

Laksa Kedah
Laksa Kedah ini sememangnya berbeza dengan laksa lain di luar sana, rasa kuah yang pekat isi ikan kembong yang banyak telah menjadikan hidangan ini sebagai hidangan penambah selera - kalau sesiapa yang singgah Rasa Utara jangan lupa order Laksa Kedah ye - bukan saya sahaja yang rekomen malahan kawan serta suami saya.

Kiddo Chicken Chop
Menu hidangan untuk kanak-kanak dilengkapi dengan kentang goreng, sos BBQ dan Coselow dan paling menarik isi ayam yang lembut digoreng - isi ayam tu 'totally homemade!'

“Nasi Jagung” , “Nasi Rasa Utara”, “Nasi Putih”
3 Jenis nasi yang anda boleh pilih jika anda ingin menjamu selera di Rasa Utara.

Pucuk Paku Masak Lemak
Bagi penggemar masakan bersantan dan berlemak - syafierayamin.com sangat rekomen anda semua mencuba sendiri kelazatan hidangan pucuk paku masak lemak ini sendiri, syafierayamin.com memang suka rasanya, kena cuba sendiri baru tahu.

Sirap Bandung

Teh O Limau Laici

Limau Panas

Milo Gunung Keriang

Air Cendol
Selain daripada hidangan makanan yang menarik - hidangan minuman juga boleh dikatakan lebih dasyat menariknya ! Tak dapat nak terucap dengan kata-kata, apa kata anda sendiri singgah Rasa Utara untuk merasai keenakan setiap makanan dan minuman di restoran ini.

Terdapat Tiga OutLets Rasa Utara di Malaysia.

Berjaya Times Square
Lot G-12 & G-13 , Ground Floor,
No. 1, Jalan Imbi, 55100
Kuala Lumpur
Telephone number : 03 – 2011 0884
Operation hours : 7.30am – 11.00pm

IOI City Mall
Lot LG-46 IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502
Putrajaya
Telephone number : 03 – 8328 0733
Operation hours : 10.00am – 10.00pm

Mid Valley Megamall
LG049-050, Lingkaran Syed Putra, 59200
Kuala Lumpur
Telephone number : 03 – 2201 3258 / 03 – 2282 0749
Operation hours : 10.00am – 10.00pm 



Untuk maklumat lanjut :
http://www.rasautara.com.my
http://www.instagram.com/rasautara
http://www.facebook.com/rasautara

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸