Pantang lepas bersalin macam Tak Berpantang langsung !

2:53 AM

Okay harini dah nak genap 30 hari syafierayamin.com boleh dikatakan dalam tempoh berpantang. Mentang-mentang pantang sendiri hentam je la labu ni untuk berpantang. Berani buat berani tanggunglah itu kata pepatahnya ye ha3.

Cerita nya macam ni la.
Masa time bersalin tu memang dah prepare dah barang-barang untuk berpantang sendiri
So boleh refer dekat sini : http://www.syafierayamin.com/2015/11/barangan-keperluaan-ibu-dan-baby-ketika.html
heh heh.

Hari pertama bersalin :
Balik rumah suami sediakan semua keperluaan dari makan sampai lah minuman, air mandian panas - rempah ratus beli yang dah siap je terus masuk dalam air panas tu sampai lah ke batu tungu, bertungku sendiri jer la, memandangkan suami cuti 2-3 hari untuk ibu lepas bersalin, jadi semuanya dia buat. Yang kita ni hanya duduk menahan sakit jahitan, dan menunggu rahim untuk kecut, emak pun ada hari pertama bersalin tu, dia masak macam macam hehe, makanan dia masak tak ada lah macam makanan orang pantang pun, ada gulai ada macam macam, macam macam makanan, haha. kalau kita tak boleh makan tu dia cakap tak payah makan biar orang lain yang makan, huhu. sampai nya makanan tu ad yang makan ada yang tak makan bila tak tahan lama terpaksa buang. =(

Hari kedua, masih sama tapi kerja kerja rumah banyak suami dan emak tolong buat sikit sikit, sapu sikit2 sebab sebelum bersalin dulu memang syafierayamin.com dah buat preparation rumah dalam keadaan bersih. So bila berpantang tak adalah pening kepala.

Memang bebetul lah jaga time ni - siap pakai pilis hampir seminggu dua minggu juga lah, memandangkan bulan 12 beranak suami nampaknya menghabiskan cuti yang dia ada, memang dia lah banyak membantu time pantang, emak datang sehari dua tiga kali je dalam 2 minggu pertama lepas bersalin, yang lain semua uruskan sendiri. Urusan masak masak suami yang ambil tempat.

Dalam 2 minggu pertama tu memang duduk tak diam lah lebih-lebih lagi anak ada kuning, walaupun bawah 12 hampir 4-5x juga lah keluar rumah untuk cek Adelia punya kuning, sabar jer lah kan, sudah tu bila cek kuning lapar terpaksa lah singgah kedai makan nak makan tapi bila keluar tu memang 3-4 helai baju lapis lah siap berkorset sampai 3 helai jenis, ha3 sudahlah kat Malaysia sekarang musim El Nino December 2015, ambil kau berpeluh-peluh jadi tak ada masalah kalau keluar tengah panas ni sebab ibu berpantang memang perlukan suhu panas kan? Lol. Cuaca panas tapi angin senang gak masuk tu, setakat ni tak ada lah meroyan bentan semua tu cuma ada rengat, kalau rengat memang terus tungku la rahim tu, kita tungku pakai batu sungai 3 jenis satu besar satu kecil dan saiz sederhana. Bila rasa macam nak tekan kuat pakai yang berat punya letak je atas perut bahagian rahim tu. Kalau yang panas tu la sedap.

Batu ni la penyelamat rahim kalau rengat huhu dengan izin Allah

Kalau cerita lagi kali yang ke 6 cek jaundis Adelia tak silap waktu tu dia dah nak masuk 2minggu  lebih waktu tu Lepas dah habis cek terus ke Nu Sentral nak bayar bil ptptn haha - tapi suami lah pergi bayarkan kita pergi food court - tersilap ambil makanan termakan mee kuning tapi dia buat sup lah mee sup kuning makan panas panas, haha. ada juga satu masa dalam kereta panas sangat suruh husband beli 100%. Bila dah kurang sejuknya baru minum. Sejuk sikitlah tapi Alhamdulillah makan mee kuning dan 100% tak ada apa apa berlaku.

Tak tahu lah rasanya memang banyak keluar rumah lepas Adelia berumur lebih 20 hari sebab badan hilang sakit lepas beranak around 2 minggu, sakit tu memang masih ada tapi tak seteruk lepas bersalin lah. Siap pergi IOI city Mall waktu Adelia 21 hari cari baju newborn baby dekat Uniqlo dan beli groceries sikit dekat Tesco IOI.

Hari ke 21 berpantang makan kenny rogers, ambil gravy black pepper banyak2

Kalau bab masakan bila dah sihat sikit, ada juga cuba-cuba masak dan kemas rumah sendiri, kalau tengok rumah bersepah lagi stress, baik kemas.

Selalu kalau masak sendiri memang salmon black pepper + halia + bawang putih + bawang merah sekali arus je campur sayur dalam tu hihi, kalau sayur - sayur sawi, brokoli, carrot tu lah selalu makan time pantang ni, kalau tak larat masak balik- balik sup ekor tak pun nasi goreng je. Kita tak macam orang zaman dulu pantang  - selagi makanan tu berkhasiat kita makan cuma kita elakkan makan sayur yang berangin macam ubi, kacang panjang semua tu hehe, percayalah time pantang ni kadang-kadang terbabas juga sikit sikit. Makanan sejok sejok memang sedaya upaya elak lah, Doktor pesan jangan selagi makanan tu berkhasiat boleh makan, Alhamdulilah tak de lah masalah luka jahitan terkoyak dan bernanah semua tu, Cuma bila berjalan kita jaga tak jalan laju-laju, jalan slow slow je.

Makanan masak sendiri macam ni je

Ni sekali masuk je hehe

Buah oren memang tak skip


Pantang macam orang tak berpantang la ni namanya : suami pun bukan jenis suka tengok pantang yang macam zaman dulu - dia mesti dok ikut orang putih minum jus oren relax je lepas beranak sihat je dia tengok katanya haha. cuma dia memang banyak membantu tapi bila dah tengok kita macam dah sihat ni la, dia macam Yahoo bini dah sihat, bolehlah dia dok relax relax sikit hua hua hua tapi kita pun mebebel juga lah suruh dia tolong kemas rumah juga, paksa juga hahah horror tu bini macam I ni kui kui kui.

Cuma time pantang ni dia banyak uruskan anak yang pertama, mandi semua tu.

Kalau malas nak masak tapi nak makan makanan berkhasiat boleh pergi :
www.shogun2u.com I suggested chasheew nut dia sedap ala banyak betul pilihan makanan sihat-sihat dekat dalam tu, delivery service okay ! Tengok tempat juga.

Kalau rasa cam tak sihat tu terus tidur tak de masa nak buat buat kerja, tapi berpantang dekat rumah sendiri memang best ! Sebab susukan anak tak ada masalah nak pam susu senang tak de orang pandang-pandang, nak bagi arahan suruh suami buat kerja rumah pun tak pe haha.Dan takkan ada orang sibuk halang kita buat tu buat ni sebab badan kita, kita lebih tahu dan tahu kemampuan badan sendiri. Kalau deNgar orang cakap lagi bikin stress, bila stress lagi trauma lagi tak sihat, ikut apa yang kita rasa sihat nak buat. Kalau tak sihat berehat je la jangan paksa diri.

Tapi syafierayamin.com tak skip makan Alfalfa shaklee, vitamin e dengan vitamin C, bila Adelia dah start kurang jaundis syafierayamin ambil Infinetree tak silap yang tu kandungan manjakani, kacip fatimah tak ambil sebab yang tu macam detox badan so tak berani ambil.

kalau tak masak beli je la makanan kat kedai, jus oren panas dan sup ekor panas


Bagi saya, berpantang tu memang bagus tapi jangan berpantang sampai kita stress melampau, bila stress sangat nanti susu tak banyak, cuma kena rajin bertungku, mandi air panas suam kalau badan tak selesa.

Kalau boleh ambil udara segar jangan terperap sangat nanti lagi tak sihat.

Hari ke 29 pergi Pavillion redeem hadiah dan tangkap gambar untuk contest

Diingatkan lagi sekali rajin kan diri bertungku + minum air panas suam banyak + basuh bahagian bawah tu dengan air suam + makan benda panas panas, tapi sekarang musim panas, malam malam tidur asyik berpeluh je- bila berpeluh badan mulalah naik gatal-gatal tak suka haha.

Cari tukang urut yang urut betul-betul lebih-lebih lagi bahagin urat, boleh refer sini ntuk tahu tukang urut yang urut syafierayamin masa pantang ni : http://www.syafierayamin.com/2015/12/sakit-tapi-sedap.html


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸