Jika anda berniaga online, anda mungkin tertarik dengan EasyStore.

5:27 PM



Hi semua,
Syafiera again !

So baru-baru ni I baru saja diperkenalkan dengan satu platform khas untuk mereka yang berniaga secara online iaitu Easy Store. Macam you all boleh baca on the tittle above. Easy store adalah salah satu alat mudah bagi penjual mencipta kedai dan menjual produk secara 'online' atau secara langsung di internet.

Untuk mereka yang pertama kali ingin menjadi 'online seller.' Easy Store adalah pilihan yang terbaik untuk anda menubuhkan kedai 'online' anda sendiri dalam masa yang singkat, mudah untuk di di'setup' malahan anda dapat menggunakanya dengan harga yang berpatutan. Easy Store adalah permulaan yang bagus untuk usahawan baru dan muda yang masih cuba berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

I usually memang selalu jual produk melalui akaun Facebook but sometimes agak messy juga, where you need to PM(private message) and the customers kadang-kadang buat pembayaran secara lambat but mereka nak barang sampai secara cepat, like harini bayar tomorrow they will get the item tapi anda tahu mereka akan banyak bertanya and sometimes ended up they will not buy at all. 
-Online Seller

Apa yang anda perlu tahu mengenai Easy Store?
  1. Easy Store memudahkan urusan jual-beli anda di talian secara langsung.
  2. Susunan Produk anda nampak lebih kemas dengan Tema khas disediakan oleh Easy Store.
  3. Kedai Online nampak lebih profesional sekali gus membuatkan pelanggan yakin untuk membeli produk anda.
  4. Easy Store menawarkan usahawan baru untuk belajar berniaga secara online disamping mempunyai profile lebih kemas dan teratur sebagai langkah pertama di dalam industri ini.

Hanya 4 Langkah Mudah untuk anda memulakan perniagaan Online dengan Easy Store.
  1. Muat Naik Produk Anda.
    • Susun atur produk anda dengan memvariasikan produk anda dan tetapkan kategori serta butiran lanjut berkenaan produk yang anda hendak jual.
  2. Pilihan Pembayaran dan Servis Penghantaran.
    • Sediakan pelbagai kaedah pembayaran yang senang di akses oleh pelanggan anda contoh PayPal, Molpay, Maybank2u dan banyak lagi. Anda juga boleh menggunakan pelbagai servis penghantaran pilihan anda seperti Pos Laju, Gedex, City Link dan pelbagai lagi.
  3. Reka Bentuk yang ringkas serta 'Mobile Friendly'
    • Di dalam EasyStore telah disediakan tema yang menarik dan reka bentuk yang ringkas supaya pelanggan senang mengakses barangan produk yang anda jual serta ianya mesra mudah alih. Anda juga boleh memuat naik logo anda dan menyusun atur kedai online anda.
  4. Tambah Halaman Kandungan secara Mudah
    • Anda boleh menambah Kandungan di bahagian Editor seperti Hubungi Kami, soalan lazim ataupun maklumat lanjut.


Selain itu, dengan EasyStore - pengurusan produk jauh lebih senang dan tidak pening kepala, anda boleh mengemaskini barangan produk anda dengan mudah dan proses tempahan lebih cekap dan pantas dengan notifikasi yang anda akan terima dengan hanya di hujung jari sahaja.

EasyStore juga menyediakan EasyPlugin khas untuk peniaga Online yang menggunakan servis EasyStore untuk memudahkan penjual berkongsi produk mereka melalui Perkongsiaan Media sosial disamping mencipta kod voucher untuk menarik lebih ramai pembeli.

Kesimpulannya, EasyStore adalah salah satu medan terbaik untuk mereka yang ingin berniaga secara online pada masa yang sama produk yang ingin dijual nampak lebih kemas dengan susunan atur tema yang diberikan oleh EasyStore. Pada masa yang EasyStore mampu menarik lebih ramai pelanggan melalui perkongsiaan Medan media sosial.

I memang rekomen EasyStore untuk mereka yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan menggunakan EasyStore. 

https://www.easystore.co

Untuk Maklumat Lanjut

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸