Bibir merah dan cantik berseri dengan Lip Ice Sheer Color

12:16 AM


Hi semua !
macam mana raya uolls ?
Kita punya raya okay je, best sangat duduk kat rumah time syawal 1 dan 2.
Paling best time raya kita punya kulit bebas dari mekap lol ! Cuma pakai Lip Ice sheer color je dah buatkan wajah nampak berseri tau !

Sebenarnya rangkaian produk Lip Ice memang dari kita muda lagi dah pakai dari time remaja sehingga lah dah beranak 2, kita dah 26 tahun pun masih pakai lipice sheer color tau, yang ni lip balm favorite sangat 2 in 1, selain melembab ianya juga menjadikan bibir bewarna merah bak delima merekah tau.


Lip Ice sheer color terdapat beberapa bahan yang melembabkan bibir :
  • Shea Butter
  • Macadamia Ternifolia Seed Oil
  • Meadowfoam seed oil
  • Ekstrak Aloe
  • Vitamin E
Kesemua bahan yang digunakan adalah untuk menjadikan bibir lembab, lembut dah sihat. Ditambahkan pula dengan Vitamin E sebagai anti-oksidan yang melindungi bibir dari radikal berbahaya.


Jenama produk bibir Nombor 1, Lip Ice telah memperkenalkan LipIce sheer color yang telah di'upgrade' malahan direka khas untuk bertindak sebagai magik pada bibir dimana ianya akan berubah mata sekelip mata setelah disapu pada bibir. Ianya berubah ke warna merah jambu yang unik bergantung pada si pemakai untuk menyerlahkan warna bibir mungil yang terpesona.

Dengan bahan yang dikemaskini iaitu dengan formula Beewax serta Minyak Argan, Lip Ice sheer Color yang baru ini memberikan perlindungan dan melembabkan bibir selama 10 jam sekali gus membantu memperbaiki bibir kusam ke bibir yang sihat dan bewarna merah jambu.


Kini hanya satu sapuan lipice sheer color, anda semua boleh mendapatkan bibir yang seksi dan plumpy lip ! Selain itu Lip Ice sheer color juga mengandungi Ekstrak Commiphora Mukul Herb untuk melembutkan dan mengurangkan kedutan halus serta menjadikan bibir menawan !

Lip Ice Sheer color kini berada di pasaran dengan 3 jenis iaitu
  • Strawberry
  • Shimmer
  • Fragrance Free
Dijual dengan harga RM15.80 setiap satu di Malaysia dan berada di seluruh pasaran farmasi dan pasaraya berdekatan anda bermula March 2016. Jadikan dapatkan satu untuk bibir anda !


Muka baru model Lip Ice sheer color ni berasal dari Korea, beliau mempunyai bibir mungil yang cantik sesangat sehingakan Rohto-Mentolatum rasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan beliau sebagai duta Lip Ice Sheer Color iaitu Kim Jae-Kyung yang selalu berkongsi kecantikan beliau dengan jenama Lip Ice.

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸