Atasi kemalangan di rumah untuk anak-anak kecil ! | Lunavie | Baby Safety Products |

4:16 AM

Kemalangan yang selalu berlaku di rumah jika sudah mempunyai anak anak kecil. Selalunya ibu yang akan dipersalahkan jika ada kemalangan berlaku pada anak anak. Bayangkan ibu nak memasak, membasuh kain dan sebagainya Kadang-kadang terlepas pandang aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak kecil.

Jadi terpaksa lah tawakal dengan produk keselamatan yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengelakkan jari anak anak terkepit di pintu, bermain peralatan elektrik seperti cucuk benda tajam di dalam plag soket dan mengelakkan kecederaan yang selalu berlaku iaitu terhantuk pada bucu bucu tajam seperti di meja.

Dengan adanya produk keselamatan dari @lunavie_com. Ibu bapa sekarang boleh rasa selamat supaya anak-anak kecil masih boleh menerokai dunia mereka.


 PLAG SOKET HARUS DI TUTUP !

Plag Soket yang banyak memang sangat memudahkan untuk mendapatkan bekalan elektrik pada peranti yang ingin digunakan seperti TV, Komputer, peti ais dan sebagainya.

Tapi plag soket yang tidak digunakan perlulah ditutup rapi agar kanak-kanak kecil tidak memasukkan bahan bahan besi atau tajam ke dalam lubang plag soket yang masih ada konduktor elektrik berfungsi.

Lunavie mempunyai "Plug Cover"  untuk melindungi kanak-kanak dari terkena risiko bahaya kejutan elektrik. Ianya sangat senang dipasang tanpa peralatan lain. Hanya tekankan ke dalam plag soket untuk dilindungi.

BUCU MEJA PERLU DI DI LINDUNGI !

Meja ataupun apa-apa sahaja benda yang tinggi yang mempunyai bucu yang tajam seharusnya dilindungi untuk mengelakkan berlaku risiko kecederaan pada dahi kanak-kanak kecil, memang diakui ini lah kecederaan paling lazim berlaku di dalam rumah dimana kanak-kanak kecik yang aktif dan lasak amat gemar berlari dan berkeliaran di dalam rumah. Jika tidak diawasi memang inilah kecederaan yang paling mudah berlaku !

Lunavie mempunyai "V-Shape Corner Protector" bertujuaan menyelamatkan kanak-kanak kecil dari bahagian bucu yang tajam ! Ianya sangat sesuai pada meja, kaunter, dan rak yang rendah ! Sangat mudah dipasang tanpa menggunakan peralatan !

Cara Nak pasang "V-Shape Corner Protector" :

  • Tentukan bahagian lokasi bucu yang ingin dipasang.
  • Bersihkan bahagian permukaan dan pastikan kering, bebas dari habuk atau minyak.
  • Tarik kertas berpelekat yang disediakan dan pasangkan pada 4 sisi dalaman "V-Shape Corner Protector."
  • Sambungkan pada bucu dan tekan  "V-Shape Corner Protector" sehingga ketat.
  • Kekuatan pelekat akan tahan secara optimum selepas 24 jam.

    • p/s : cara nak cabut tarik pelekkat dengan air sabun ataupun simen getah.
 ELAKKAN JARI TERSEPIT DI PINTU !

Jari terkepit pada pintu ! Sesuatu yang sudah diangap perkara biasa tetapi ianya memudaratkan ! Ianya boleh membuatkan jari anak-anak cedera parah atau patah ! Jadi ibu bapa sekalian jangan ambil remeh tentang perkara ini. Jika anak-anak anda mempunyai perangai seperti Ahmad Albab ! Pastikan pintu anda mempunyai sesendal yang terbaik dan sukar untuk kanak-kanak kecil mencapai alat keselamatan itu !

Lunavie juga mempunyai "Safety Door Guard" yang sangat sesuai diletakkan pada pintu utama seperti pintu bilik-bilik.Ianya membantu jari kanak-kanak dari tersepit dan memastikan kanak- kanak terselamat dari terkunci dalam bilik !

Ianya boleh dipasang bahagian atas dan sisi pintu, pastikan tinggi supaya kanak-kanak tidak dapat mencapai !


Kesimpulannya, dah jadi ibubapa, memang banyak langkah keselamatan yang perlu diutamakan lebih-lebih kanak-kanak kecil yang ingin menerokai dunia mereka. Dengan adanya produk keselamatan dari LUNAVIE jadi ibu bapa boleh kurangkan kerisauan, risau dan awasi anak-anak perlu ada tapi boleh tarik nafas panjang untuk pastikan keselamatan anak-anak terjamin ! ;)

Untuk Maklumat lanjut, sila layari LUNAVIE :

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸