Kata Mak Saya..saya suka bergaya dan melawa.... Mak awak kata apa pula ?

12:47 AM

Aku memang suka make up jadi sempat makeup kan Emak aku semalam

Masa zaman dahulu, emak memang jenis suka berleter, ops sorry mak.. Mana ada emak tak suka berleter, sebenarnya memang banyak nasihat yang keluar dari mulut emak walaupun emak sedang berleter. Sepanjang dibesarkan oleh emak yang tersayang. Banyak juga lah nasihat yang dapat ditangkap kadang-kadang sebagai orang muda biasalah, ada sahaja nasihat yang tak dengar, jadi kalau berlaku pada diri sendiri sebab tak dengar nasihat emak, memang banyak padahya !

Tapi semakin membesar emak masih belum berhenti memberi nasihat, bila dah ada anak sendiri pun emak masih memberi nasihat, sehingga hari ini, manusia yang bergelar sebagai emak ini masih belum berhenti nasihat dimana nasihatnya kini menjadi mudah untuk didengari oleh anak yang kini bergelar mama.

Nasihat emak kini makin mudah aku mendengar kerana kesemua nasihatnya kini memang amat berguna malahan memberi banyak manfaat. Emak kepada 4 orang anak termasuk aku ini selalu berkata anak-anaknya supaya bangun pagi, urus diri sendiri, kemas diri sendiri biar nampak seperti orang yang bersedia untuk keluar dari rumah dan juga solat. Pagi-pagi lagi emak selalu suruh kami menyediakan sarapan pagi walaupun dia yang menyediakan untuk kami.

Sebenarnya semenjak aku kecil lagi emak selalu berkata jangan keluar rumah sebab dia sangat takut jika apa-apa terjadi pada anak-anaknya kerana banyak berlaku kes rogol, kes kanak-kanak mati dan banyak sangat perkara yang berlaku di luar. Sebenarnya apa yang emak aku katakan memang banyak kes-kes menakutkan yang melibatkan kanak-kanak, semua pesanan dari kecil dahulu sehingga sekarang masih ada lagi kes kanak-kanak yan dibunuh. Kadang-kadang emak aku lebih suka kami tingal dirumah.

Antara kata emak aku lagi, dia suruh kami berkebun supaya apa yang kami kebunkan akan membuahkan hasil pada masa akan datang, tapi kebanyakan emak aku yang rajin bercucuk tanam, dan hasil buah-buahan yang terhasil dikebunnya sepanjang 5 tahun telah dapat kami adik - beradik menikmati, antaranya adalah Roselle, durian belanda dan juga buah mangga.

Selain itu, memang banyak sangat nasihat, pesanan dan kata-kata emak aku yang ingat :
selalu bangun awal, jangan tinggal solat..
jangan pakai baju seksi-seksi, pakai baju yang sopan..
jangan balik lewat malam..
belajar pandai-pandai...
tidur awal..
kalau boleh jaga rumah, jangan keluar rumah, jaga diri..
ketengahkan bakat yang ada..
jadi kreatif... buat seni dengan cantik...
suruh pandai menjahit, belajar mengait.. 

sehingga aku mempunyai anak-anak sendiri pun emak masih menasihati..
Kadang-kadang emak selalu memuji juga aku cantik, anak yang bijak walaupun degil.. hehe.. emak juga pernah cerita yang emak pernah potong rambut aku, aku minta emak pasang balik rambut aku.. haha..

jaga anak baik-baik..
jangan pukul anak kalau anak buat salah..
jaga suami baik-baik..
sayang anak baik-baik..
mandikan anak cepat-cepat..
ajar anak agama..
suruh anak belajar mengaji...
selalu peluk anak-anak..
bagi anak makan-makanan sihat..
mandikan anak awal pagi..
selalu puji anak-anak jika berkelakuaan baik..

..Kata Emak Saya..saya suka bergaya dan melawa..

Sebenarnya memang banyak nasihat dan pesanan kepada kami adik-beradik tapi kadang-kadang ada juga yang degil tak dengar kata. Tapi risiko tak dengar kata tu memang kena tanggung sendiri lah.

Aku dan emak ketika berada di bagan lalang
Bila sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri, aku kini semakin inginkan banyak nasihat dari emak supaya aku dapat titipkan semua nasihat itu kepada anak-anak aku, dah jadi mama baru aku tahu susah-senang nak menjadi seorang Ibu. Memang banyak rintangan dan ujian  harus di lalui sepanjang membesarkan anak-anak.

Aku bersama anak-anak aku Rayyan and Isabella

Dan sebagai Mama kepada 2 orang, seorang lelaki dan seorang perempuan.. Memang aku akan kerah anak-anak aku ni belajar tentang bakteria, virus supaya mereka ada ilmu untuk cipta penawar mujarab tanpa bahan sintentik, tanpa bahan kimia, tanpa kesan sampingan yang berbahaya untuk setiap insan di dunia.

Isabella dan Rayyan tengah mencipta rumah dari kayu dan lego
 Aku sangat menggalakkan anak-anak aku terutamanya yang sulung untuk menjadi seorang abang yang terbaik untuk adik perempuan, tunjukkan contoh yang baik supaya adik menjadi sayan dengan abang, dan aku paling pantang melihat anak-anak bergaduh kalau boleh aku inginkan mereka menjadi sahabat terbaik walaupun adik-beradik !

Sebagai Mama juga, yang paling aku inginkan anak-anak aku Gali Ilmu tentang agama, manusia, belajar kehidupan selepas di dunia, belajar tentang alam Ghaib, kenal tuhan, jadi manusia, kuatkan iman jauhi sifat mazmumah, jauhi mengumpat tentang orang, sebenarnya memang banyak juga lah nasihat aku untuk anak-anak aku ni. Tapi yang paling penting ingat tuhan, Allah yang maha satu. Doa ibu itu makbul, jadilah manusia yang berguna tak kisahlah apa pun pekerjaan kalian yan penting ianya bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

Pengalaman menjadi Mama telah menjadikan aku seorang emak yang macam Queen Control tapi berpada-pada jangan sampai mereka Stress. Boleh kawal tapi jangan sampai mengongkong.


Dalam mengecapi kejayaan, kanak-kanak perlu mempunyai pemakanan yang khusus untuk menggalakkan perkembangan badan, minda dan otak. Begitu banyak pemakanan yang sihat boleh diamalkan oleh ibubapa untuk anak-anak mereka. Selain daripada sayur-sayuran, buah-buahan, daging, susu juga boleh dijadikan sebagai nutrisi utama untuk anak-anak. Sebagai mama saya lebih menggalakkan anak-anak lebih mendapatkan nutrisi utama iaitu susu ibu. Susu ibu mempunyai pelbagai imunisasi lengkap iaitu sebagai imunisasi pasif yang sangat diperlukan oleh bayi sehingga kanak-kanak. SUsu ibu mengandungi anti-bodi yang jauh lebih baik dari ubat-ubatan dan ianya sangat natural tanpa pewarna tiruan serta bebas bahan sintetik. Namun pemberiaan susu adalah pilihan untuk ibu bapa. Jadikan susu ibu sebagai nutrisi yang wajib untuk anak-anak dan susu formula sebagai tambahan. Apa yang penting pilihlah jenama yang berkualiti dan tidak memudaratkan.

Dutch Lady telah memperkenalkan susu  mengikut 4 tahap dan telah memuatkan 5X lebih DHA.
  1. Curious ( bermula dari 1-2 tahun)
  2. Explore (2-4 tahun)
  3. Create(4-6tahun)
  4. Learn(6+ tahun ke atas)
Dalam pembesaran, kanak-kanak yang sihat dan normal memang cepat tangkap apa yang ada di hadapan mereka. Mereka cepat belajar dan fokus. Walaupun bukan dalam kertas peperiksaan, kanak-kanak yang menunjukkan kemahiran mereka melalui apa yang mereka cipta sama ada dengan permainan mahupun secara visual adalah kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri otak berkembang pesat.

Bagi saya pemakanan yang sihat dan pemilihan makanan yang bebas dari gula tambahan adalah pemakanan yang sangat membantu perkembangan otak dan badan anak-anak. Yang penting ibu bapa haruslah bijak memilih jenama yang terbaik !


JANGAN LUPA !
Dutch Lady juga sedang mengadakan PERADUAN  "Mak kata, Saya Anak Bijak" untuk para ibu bapa yang memberi susu dutch lady untuk anak-anak anda. Sebagai mama saya ingin memwar-warkan ibu bapa untuk menggilap bakat dan kreativiti anak-anak anda dengan menggalakkan anak-anak anda mengambil nutrisi yang lengkap dalam perkembangan kebijaksanaan mereka. Para ibu bapa boleh berkongsi pesanan yang menarik, lucu dan mempunyai nilai nasihat yang sangat sentimental dan memberi impak yang besar kepada diri masing-masing sama ada diri ibu bapa sediri dan juga anak-anak.

9 orang pemenang yang terpilih akan berpeluang untuk beramah mesra bersama Scha Alyahya di dalam 1 jamuan teh disamping dapat membawa pulang sebuah kamera Instan untuk merakam kenangan manis bersama-sama orang yang tercinta.

Manakala

250 penyertaan yang pertama akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM50 SETIAP PENYERTAAN dari 1 OGOS sehingga 30 September 2016

 CARA PENYERTAAN !
  1. Beli mana-mana pek susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady 4-Step Nutri Plan dengan 5X DHA (650g atau 900g)
  2. Layari laman web Smart Moment Dutch Lady Malaysia (https://www.smartmoments.com.my);
  3. Masukkan petikan "Mak Kata" dan ayat anda dan muat turun gambar anak anda yang bijaksana, dan 
  4. Tekan butang "HANTAR" ! 
Jangan Lupa Hantar tau untuk menangi pelbagai hadiah yang menarik !
SELAMAT BERJAYA, GOOD LUCK MOMMIES DADDIES !! 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen “Mak Kata, Saya Anak Bijak”
 dan butiran peraduan,
sila layari laman Smart Moment Dutch Lady Malaysia
https://www.smartmoments.com.my







You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸