Kenali Rangkaian Produk Mamonde | Skincare | Makeup

12:12 AM

"My mamonde inspiration"

Woman loves beauty, flowers one of the important tools to make women look beautiful all the times.. mamonde inspired by the flowers will always make one of you the queen of flowers...



Mamonde di inspirasikan dengan pelbagai jenis bunga-bungaan sebagai salah satu simbol rahmat yang mempunyai kuasa magikal memberi keupayaan untuk meluahkan melalui jiwa yang tidak boleh  dinyatakan. Bunga yang mekar, warna dan haruman yang menenangkan dapat mengeluarkan daya hidup yang semulajadi dan tenaga yang mampu merubah mood dan keselesaan keluar dari hati. Tetapi banyak lagi boleh terungkai  dari tanaman yang luar biasa ini.

Bunga dan wanita memang tidak dapat dipisahkan, malahan bunga-bungaan telah dijadikan sebagai terapi rawatan kecantikan. Contohnya, bunga mawar, buna mawar mempunyai aura yang kuat untuk menjadikan wanita mempunyai senyuman yang menarik terukir di bibir.

 

Mamonde jenama yang masih baru dan tidak asing lagi kini sudah berada di Malaysia dan di perkenalkan oleh AmorePacific Malaysia. Mamonde adalah perkataan dari Perancis yang bermaksud My World ataupun dunia ku. Produk Mamonde 100% di import dari Korea Selatan dan sudah dilancarkan pada bulan Ogos 2016 ini  di kaunter kecantikan pertama di AEON Bandar Utama dan ura-ura mengatakan Mamonde akan dibuka di Cosmetic Floor, AEON Mid Valley Megamall.

Mamonde adalah produk kecantikan yan telah menerajui global premium yang akan mewarkan produknya secara meluas dari penjagaan kulit dan produk makeup yang akan melengkapi keperluaan setiap wanita. Harga yan ditawarkan di antara RM6 sehingga RM169.

FIRST ENERGY 
ESSENCE + SERUM
 

First Enery mengandungi "The Honey Suckle" dan juga "Evening Primerose" adalah salah satu bahan yang sangat menakjubkan untuk membantu kulit kekal sihat. "Honey Suckle" adalah tanaman yang menyerap nutrisi dari tanah yang gersang. The "Honey suckle" mempunyai nutrisi yang mampu menjadikan kulit lembut dan tegang manakala evening primerose mempunyai kepekatan asid lemak yang tinggi untuk meningkatkan struktur sel dan keanjalan kulit.

ROSE WATER 
BUBBLE FOAM + TONER + SOOTHING GEL
 

Buna ros tidak asing lagi dalam dunia kecantikan wanita. Mamonde telah menggunakan bunga mawar sebagai rangkaian kecantikan untuk menghidratkan dan melembutkan kulit.

 HIBISCUS MOISTURE CERAMIDE
DEEPING PEELING MASK +
LIGHT CREAM + INTENSE CREAM 

Hibiscus dikenali sebagai bunga kebangsaan Malaysia, dipanggil bunga raya. Bunga raya juga mempunyai kandungan "hydrators" dan "ceramide" untuk melembabkan kulit sehingga 24 jam.
 
FLORA HYDRO
MIST + SKIN SOFTENER + EMULSION


Narcissus juga adalah satu agen yang menenangkan kulit dan menyejukkan kulit yang bermasalah. Ianya bertindak melembabkan kulit sama seperti bunga raya. Kelembapan bertahan sehinga 24 jam.

AGE CONTROL
EMULSION +POWER CREAM
+ POWER SERUM + POWER EYE CREAM
 

Bagi wanita yang mempunyai masalah kedutan atau mahu mengelakkan kulit dari masalah penuaan, bunga camellia sangat bagus untukmenjadikan kulit anjal dan ianya sangat bertahan pada pelbagai jenis cuaca termasuk cuaca sejuk. Ianya membantu kulit bebas dari radikal berbahaya dan menjadikan kulit awet muda.

PORE CLEAN
TONER + BLACKHEAD STICK
 

Bagi wanita yang gemarkan penggunaan makeup, Pore Clean adalah salah satu penjagaan kulit membantu membersihkan pori yang tersumbat. Dengan menggunakan Bunga teratai ( Lotus Flower ) sebagai bahan aktif yang mampu membersihkan dan  menyucikan kulit wajah disamping memberikan perlindungan anti-oksidan. Mengandungi alpha-hydroxy acids yang akan kelupaskan kulit luar, dan menjadikan sel kulit menjadi muda untuk kelihatan awet muda senantiasa.

SKIN FIT MASK + FLOWER ESSENCE MASK
 
  
HAND CREAM


SUNCARE
ESSENCE SUN MILK +
EVERYDAY SUN CREAM
 

Berada di negara Malaysia, panas dan lembab, kulit amat memerlukan perlindungan dari cahaya matahari yang terik dan UV. Dengan SPF 50+PA+++ ianya sangat sesuai digunakan setiap hari. Ianya mengandungu bahan aktif calendula. Ianya membantu melindungi kulit dari radikal bebas.

PURE WHITE ULTRA ACTIVE
SKIN SOFTENER + EMULSION +
CREAM + ESSENCE
 

Bagi mereka yang inginkan kulit cerah dan berseri, boleh cuba bunga magnolia sebagai bahan aktif pencerahan kulit. Magnolia telah berada di dunia lebih dari 100 juta tahun. Ianya sangat bagus dalam pemutihan kulit. Selain memutihkan kulit ianya juga membantu meratakan kompleksi kulit dan menyejukkan kulit gatal.
LOTUS MICRO
CLEANSING FOAM  + CLEANSING OIL +
FACE & EYE REMOVER
 

Fungi bunga lotus tidak diragui dimana ianya mampu membersihkan kulit secara mendalam dan membersihkan liang pori yang tersumbat. Malahan Cleansing oil mampu menyingkir kotoran dalam kulit dari penggunaan makeup yang berlebihan.
 BASIC CLEANSING
Tripe Multi Foam
PORE DEEP CLEAN FOAM
SELF PEELING FOAM


Pembersihan kulit adalah sebagai salah satu asas untuk menjadikan kulit bebas dari kotoran, Mamonde menyediakan rangkaian "basic cleansing" mengikut kesesuaian kulit setiap wanita di Asia.

Selain daripada penjagaan kulit wajah, Mamonde juga telah menyediakan produk kecantikan seperti Makeup. Fuh this is what I like about Mamonde, perfecto memang jenama yang sangat memahami jiwa wanita dan mereka yan gemarkan makeup sebagai aura penaik seri.

Rangkaian set makeup dari Mamonde sangat lengkap, dari celak untuk mata, pembayang mata, pemerah pipi,maskara, bedak untuk bulu kening, bedak asas, BB cushion dan juga banyak lagi. Antara syafierayamin.com sempat ambil gambar.


Makeup untuk tatarias mata.


Bedak asas, Krimm BB, Concealor dan bedak wajah, memang tip top.


Lipsticks dan juga bedak tutup uban dan juga pemerah pipi.


Terdapat 14 warna pilihan untuk Crayon Lip Balm, I dah try satu warna yang sangat menarik. Warnanya merah merah gitu, I rasa meman sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan daring dan inginkan perhatiaan.


Warna yang diswatched kan. Which one do you think for me ? I rasa I suka semua dan ianya sangat sesuai untuk I.


Vivid Touch Eyeshadow ni sangat sesuai untuk Mereka yang ingin kelihatan natural dan  down-to-earth. Ianya juga boleh membentuk mata untuk jadi seperti smokey eyes. heh.


Pigmentasi Vivid Touch Eyeshadow ni sangat menarik dan pekat juga.


Yang ni untuk bulu kening, powder based untuk berikan kening nampak macam sin can, haha !


Antara maskara yang ada dari Mamonde, Melentikkan, memanjangkan dan melebatkan bulu mata.



Yang ini pula Super Longwear Auto Pencil Eyebrow dari Mamonde, warna yang pekat untuk menjadikan bulu kening kemas dan teratur.




Mamonde Eyeliner,  SESUAI utuk penggemar celak basah, ianya cepat kering dan senang disapu pada eyelids.



Eyeliner jenis gel. Ianya sangat pekat dan memberikan kesan maksima pada mata.


Yang ini khas untuk mereka yang ingin Cover rambut yang dah beruban.



Blusher terdapat dua jenis, satu yang jelly blusher satu lagi vivid touch blusher, i lebih suka vivid touch blusher sebab ianya tak melekit.



Terdapat 12 warna Gincu yang menarik disediakan oleh Mamonde.
 

BB cushion dari Mamonde, mempunyai coverage yang bagus dan menjadikan kulit nampak flawless, gebu, sihat dan berglowy.


Cuma warnanya agak cerah dari kulit kita, haha.


Bedak asas Mamonde, soft bloom fundation, selain menutupi kecelaan pada wajah ianya juga terdapat SPF 22/PA+ memang khas untuk mereka yang selalu buat outdoor.



Terdapat 2 warna yang disediakan Mamonde Skin covering + concealor.




Rangkaian produk kecantikan dari Mamonde sangat sesuai untuk mereka yang berkulit cerah dan putih kot. haha.

Anywhere. Mamonde boleh didapati di :


Dan bakal dibuka di :


Untuk jawapan dan maklumat lanjut Mamonde Malaysia, sila layari :


Dan jangan lupa, nantikan Mamonde Garden Yang kedua !


Jangan Lupa Tonton pembukaan Mamonde pada 
bulan May yang lalu.
 

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸