5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini

1:11 AM


Bagi pasangan yang bakal menempuh alam perkahwinan, banyak sebenarnya tugasan yang perlu dilaksanakan sebelum di ijab kabulkan. Bagi mereka yang menginginkan majlis perkahwinan yang ringkas, sederhana atau mewah ada sahaja pilihan untuk anda jika anda hadir melawati MEFA pada Disember kali ini. Kini anda boleh mempunyai acara majlis yang GRAND-GRAND gitu mengikut bajet pasangan masing-masing.

(MEFA) iaitu Malaysia Wedding Festival telah dianjurkan oleh QISTINA AVENUE EVENTS MANAGEMENT SDN BHD dan edisi yang ke- 15. Paling menarik upacara festival kali ini melibatkan hampir dari 100 tapak promosi dan penaja malahan banyak hadiah menarik ditawarkan bagi mereka yang hadir di MEFA kali ini. Jadi pasangan yang bakal berkahwin akan mempunyai banyak pilihan dan tak perlu pening dan rungsing lagi tentang tema perkahwinan mengikut bajet.

Bermula dari 23(Jumaat)-25(Ahad) Disember 2016 di SACC dari jam 10 Pagi hingga 9 Malam SACC (Shah Alam Convenction Centre) dengan kemasukan secara percuma, bakal pengantin berpeluang untuk menangi 3 Pakej Bulan Madu Istimewa.

5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia 
Wedding Festival (MEFA) Disember Ini.

1. Servis Photography Terbaik dan Pakej Album Lengkap Ditawarkan


Menempuh hari yang bahagia tidak sah jika tidak mempunyai album kenang-kenangan untuk tatapan ahli keluarga atau cucu akan datang, jangan kata tak nak lah ada photographer tak nak lah ada album, sebenarnya anda rugi, bukankah ianya hanya sekali dalam hidup tu pun kalau masih kekal lah ye tapi harap berkekalan, mana tahu gambar perkahwinan yang termerai akan menjadikan pasangan bertambah sayang setiap kali menatap album gambar perkahwinan. Jadi pemilihan photographer adalah sangat perlu jika anda menginginkan gambar yang menarik, cantik dan boleh dihargai bukan sahaja untuk pasangan malahan ahli keluarga yang lain.


I yang dah berkahwin pun masih teruja nak tangkap gambar kahwin lagi sekali, lihat servis wedding photography dari Kanta Kita Photography ni macam menarik. Baru sahaja terjah laman web servis ni, fuh para pengantin dah macam selebriti dah. Gambar yang dihasilkan sangat cantik dan sangat 'MEMORABLE.' Harga yang ditawarkan amat berpatutan. Bagi anda yang berminat bolehlah email mereka di : payunggambarphotography@gmail.com. FB : Kanta Kita Photography. Sila dail mereka : +60175913738 +60133201325.

Selain dari Kanta Kita Photography, terdapat banyak lagi servis Wedding Photography yang ditawarkan seperti EDM, Events & Photography, Sweet Pictures,  jangan lupa 'survey-survey' ye untuk Kenangan Majlis Perkahwinan yang menarik.

2. Servis Pelbagai Hidangan Makanan dan Minuman yang Sedap dari Vendors Catering


Setiap kali majlis perkahwinan memang tak sah lah kalau tak ada makanan dan minuman untuk para hadirin yang hadir untuk memeriahkan majlis. Banyak pilihan lauk-pauk yang boleh dijadikan sebagai juadah istimewa bagi mereka yang hadir contohnya ayam masak merah, kari daging dan kambing, nasi hujan panas, nasi beriyani, acal buah-buahan, bubur kacang merah dan sebagainya. Pilihan makanan mengikut bajet pasangan dan keluarga. Kalau saya lebih sukakan tempahan catering taknah dah orang kampung or mak ayah susah-susah di dapur. Dengan adanya servis catering ni, parents boleh greet&meet hadirin yang hadir.


Beberapa vendor yang terlibat ialah  CT3 Catering dan Canopy akan berada di MEFA dan juga Sri Laman Impian. Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan katering mereka di MEFA ye.

Selain daripada CT3 Catering & Canopy, banyak lagi vendors catering yang akan berada di MEFA. Pastikan anda hadir ye dan rebut peluang untuk memenangi hadiah yang menarik.

3. Pelamin yang bakal Memukau dan Mempersonakan Para Jemputan


Tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan jika tanpa pelamin. Ianya sudah menjadi adat zaman berzaman. Pelamin adalah tempat untuk kedua memperlai diraikan di depan khalayak umum dimana di persada pentas akan terdapat pertunjukan tarian dan persembahan silat yang akan dipersembahkan kepada 2 pengantin baharu. Pelamin juga adalah sesi persandingan yang unik dimana acara tepung tawar serta merenjis air mawar dilakukan oleh keluarga dan saudara-mara yang terdekat disamping mengeratkan lagi hubungan silatulrahim sesama keluarga.


Terdapat pelbagai konsep pelamin sama ada moden, tradisional, ala-ala barat atau seperti di taman mahupun seperti kayangan disediakan oleh servis pelamin yang akan berada di MEFA akan datang. Jadi apa tunggu lagi, jadikan perkahwinan anda sebagai majlis yang akan dikenang-kenang oleh hadirin yang hadir.

Servis pelamin yang bakal terlibat di MEFA akan datang seperti Megabridalcreation, MNZ Creative & Wedding Planner. Pastikan Pelamin anda bukan hanya untuk anda sahaja malahan saudara-mara dan para tetamu juga boleh jadikan pelamin anda sebagai PROPS untuk IG Live anda tau.

4. Tawaran Kad Kahwin Menarik dan Kreatif untuk menjemput para tetamu



Kad kahwin yang cantik, menarik dan kreatif pasti akan membuatkan para tetamu yang dijemput terasa seperti dihargai. Anda juga boleh mereka sendiri kad kahwin ataupun menggunakan servis para pereka untuk mereka kad kahwin anda. Banyak perkhidmatan percetakan menghasilkan kad kahwin yang sangat kreatif, pelbagai warna mengikut tema dan konsep untuk majlis perkahwinan anda.


Di MEFA, ramai vendors yang menyediakan servis Kad kahwin murah, kreatif dan harga mampu milik untuk anda. Contohnya seperti KadKahwinMu dan ramai lagi. 

5. Busana Pengantin yang Sangat Cantik dan Memikat Hati.


Busana Pengantin memang sangat Penting untuk setiap majlis perkahwinan. Ianya dipadankan mengikut tema, konsep dan majlis resepsi. Terdapat pelbagai pilihan busana mengikut resepsi seperti malam berianai, majlis nikah, majlis perkahwinan dan busana untuk sesi fotografi. Busana pengantin seperti Kebaya, Baju kurung moden, gaun yang dimewahkan lagi dengan batu-batuan permata dan berlian memewahkan lagi pakaian busana yang bakal dipakai oleh pasangan pengantin.


Di MEFA, pilihan busana pengantin sangat banyak dan boleh membuatkan anda rambang mata. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan busana yang menarik dan cantik mengikut bajet anda. Antara vendor yang menyediakan busana yang cantik dan gorgeous ialah MNZ Creative Weddings and Events dan pelbagai lagi. 

Selain itu di MEFA, mereka menawarkan lagi tawaran menarik untuk bakal memperlai iaitu 
FREE, PAKEJ BULAN MADU KE KRABI.



SILA DAFTAR DISINI : http://bit.ly/2fbswxr
Semuanya hanya di Malaysia Wedding Festival (MEFA) pada 23-25 Disember 2016 di SACC. Malaysia Wedding Festival (MEFA) tawarkan promosi pakej perkahwinan. Tempahan awal pada Jumaat & Sabtu Sahaja berpeluang memenangi hadiah iPhone 7, Pakej Bulan Madu ke Maldives & Krabi.
___________________________________
Event: 23-25 DISEMBER 2016
Masa: 10 pagi - 9 malam
Lokasi: Shah Alam Convention Centre
MASUK PERCUMA
1000 Goodies Percuma Pengunjung Terawal

💜100+ Booth💜
💜60+ Vendor💜
💜Guarantee Gift to All Visitor if Booking RM500 (Minimum)💜
💜Free iPhone Latest Edition💜
💜Free Honeymoon to Maldives💜

More Info: www.mefa.my
Facebook: www.facebook.com/mefaevent
Instagram: @mefapengantin
Email: mefaevent@gmail.com

Booking or Enquiry:
📱012-3871775
📧mefaevent@gmail.com 

MEFA dimeriahkan lagi dengan penaja hebat dari : 
| Wedding.com.my (Rakan Media) | Majalah Pengantin (Majalah Rasmi) | 
Bercinta Selepas Nikah (Kerjasama) | Wedding Ministry Kuala Lumpur (Pentas Utama) | Ainuddin Hata (Fotografi Rasmi) | Foto Santai (Photobooth Rasmi) | Honey Vacation | Mega Bridal Creations | Botol Kacang Easy |Yann Rifft | Laman Kayangan | Sweet Pictures | EDM Events & Photography | De Gemilang Catering | KAY Gifts | Shahmie Catering & Event | Kashfi Zulkufli | KRULMATRIC Photography & Videography | Wens | Nana Bridal Boutique & Beauty | Coffee Corner Faizal Azzuri | Maldives4u | Istana Putih By Gee Cantik | Elenore Studio | Tepak Estate Venues & Events |

*gambar digunakan dari FB : MEFA*

Jika anda melawat MEFA, jangan lupa #Hashatgs
#malaysiaweddingfestival #MEFA2016 #pameranpengantin #MEFAdis2016

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸