Asianic - Produk halal dari Wonderland berada di pasaraya berdekatan rumah anda

1:39 AM


Isnin lalu, I bersama anak-anak sempat berada di Donutes Petaling Jaya untuk merakamkan detik-detik manis pelancaran produk halal terbaru dari Wonderland iaitu Asianic di Donutes Petaling Jaya. Jenama Asianic adalah jenama yang mementingkan penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub mandian, losyen, syampu rambut, perapi rambut, mandian garam,krim halia, dan juga pencuci wanita.

Dalam usaha untuk memenuhi permintaan pengguna bagi pasaran luar negara Wonderland telah memperkenalkan jenamanya di dalam Malaysia terdahulu dengan memasarkan produknya di dalam  pasaraya-pasaraya besar, farmasi, kedai-kedai runcit dan juga toko jamu di seluruh Malaysia.

Paling menarik Wonderland telah berusaha untuk menghasilkan produk yang mempunyai status Halal dibawah jenama Asianic dan dikilangkan dibawah kumpulan berstatus ISO dan GMP supaya produk ini akan menjadi produk setaraf antarabangsa.


Produk Asianic diformulasikan dengan tumbuh-tumbuhan :

Krim Mandian : Bunga sakura, susu beras di campur dengan Akar kayu manis dan lidah buaya fungsinya adalah untuk membantu menangalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan.

Syampu rambut :  Dari Natural Ekstrak buahan dan teh hijau supaya rambut lebih sihat senantiasa.

Selain itu terdapat syampu yang merawat masalah kulit kepala , rambut gugur , rambut biasa dan juga rambut berminyak.

Produk Asianic dikatakan dengan hanya pengunaan produk mengikut kesesuaian rambut atau kulit - kesannya mampu dilihat selama 5 hari.


Pelakon Reen Rahim turut hadir ketika sesi majlis pelancaran. Beliau juga adalah sebagai selaku duta produk Asianic. Ketika sesi majlis, para peminat juga dapat beramah mesra dan bertangkap gambar dengan beliau.


Donutes menyediakan santapan makanan ringan seperti kek, roti, sandwich dan juga minuman panas karamel, kopi dan tea.


Gebu -gebas kan roti yang tembam tembam ni memang sedap dicicah dengan minuman panas.




Pengguna kini tidak perlu berasa ragu-ragu untuk menggunakan produk Halal yang pertama seumpanya di Malaysia iaitu Asianic. Asianic kini adalah produk jenama yang mampu milik dan berharga dari RM10.90 hingga ke RM17.90 setiap satu.

Dapatkan produk ini diseluruh pasaraya besar, farmasi dan kedai-kedai runcit di seluruh Malaysia. Anda juga boleh mendapatkan produk Asianic ini melalui talian sesawang www.wonderlandprimary.com

Sila layari Facebook & Instagram Asianic untuk maklumat dan aktiviti yang menarik !


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸