Mee Tarik Warisan Asli - Sedap ke tidak ?

6:46 PM


Lepas I balik dari I punya event, and decided nak ambil pakaian di butik, tapi butik tu masih tak ada stok, mula-mula kecewa yer la datang dari Hulu Langat ke Bangi Sentral. Jauh jugak lah tu semata-mata nak ambil pakaian yang masih tiada stok. Dah kol suruh datang tapi bila datang tak ada stok, kau rasa? Masa berada di Bangi Sentral memang banyak butik pakaian yang cantik-cantik dan termasuklah pelbagai kedai makan yang mewah-meah di sini. Biasalah orang Bangi kan kaya kaya ? Haha.

Mula-mula, I dengan husband nak pergi ke Restoran Chef Norman yer lah dah alang-alang kat BANGI tapi tak pasti kat mana lokasi kedainya. Jalan punya jalan, terjumpa pula mee tarik warisan asli. Sebenarnya dah pernah cakap dekat husband tengok mee ni macam menyelerakan je sebab kak +Mama Darwiish  dok update dalam facebook dia, dia kata dekat Nu Sentral, so I pun tak expected pun ada Mee Tarik Warisan Asli ni dekat Bangi.

Sampai sahaja depan pintu Mee Tarik Warisan Asli cawangan Bangi ni, Kedai dia memang ala-ala Chinese style.

Oh rupanya memang pengasas dia Chinese Muslim, tak silap namnya Abang Hassan. Mee Tarik Warisan Asli ni sudah enstablished sejak 2012 lagi.. menawarkan hidangan ala-ala budaya cina islam.

Tapi paling best tak silap mee dia macam hand-made je? I ni kalau benda-benda hand-made ni memang I layan. Dan paling best harga dia mampu-mampu je. 

Kalau masuk kedai makan selalunya makanan macam ni pun dah RM10++.

I cuba signature mee dia la.. I ambil Mee soup with braised beef harga untuk semangkuk RM9.80.
Minuman pula I ambil Bao-Bao Tea harganya RM 4.50 segelas.


I ingat Mee soup with braised beed ni pedas rupanya jauh panggang dari api, memang tak pedas langsung cuma rasa mulut pijar-pijar lah tapi memang tak pedas... tak keluar air mata.. nak makan pun senang.. plus I rasa dia tawar but rasa dia macam ngam-ngam fit je. I cuba mee ni sebab buka je menu memang gambar ni yang keluar.

So far so good I mampu habiskan semangkuk mee ni.
Lepas tu Bao Bao Tea.. ada longan, laici, red dates.. paling meariknya I rasa dia dah peram laici tu, sebab bila nak makan isi... isi dia dah kecut... dia letak gula kristal, bila nak rasa manis just kacau je.. 
dalam tu juga ada daun stevia bunga crystamun and ada lah macam macam jenis bunga  dalam tu.

I suka makanan je sebab I rasa macam sedap dan sihat. Kan best kalau hari-hari dapat makan macam ni. Huhu. I bagi 8/10. Hehe.

 
Mee Tarik Warisan Asli Bahagian cawangan Bangi Sentral.

 
Ini antara menu yang boleh dikatakan sebagai signature mee tarik warisan asli.


I rasa okay lah I boleh masuk sebab rasa dia macam healthy-healthy cuma laki aku cakap not his taste la pulak.. Dah memang tekak belacan sekali makan makanan yang tawar memang tak lalu lah.

Lain orang lain rasanya, bagi aku siapa yang suka makan makanan sihat-sihat rasanya memang korang boleh cuba sendiri Mee Tarik Warisan Asli ni.

Untuk Maklumat lanjut :
http://www.meetarik.com/


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸