Original Sprout - Organic Hair Care & Body Care - Bebas Bahan Kimia Berbahaya dan selamat Untuk Newborn.

11:33 PM


Hari Sabtu lalu, I sempat singgah di Delicious untuk pengenalan produk penjagaan badan dan rambut yang selamat untuk seisi keluarga iaitu Original Sprout. Original Sprout adalah produk yang bebas dari Phthalates, Dioxanes 1, 4, Sulfates, Parabens, Formaldehyde, Propylene Glycol, Dipropylene Glycol, Acetaldehydes, Styrene, Toluene, Glycol Ethers, Ethylene Oxide, Musk, Lavender or Tea Tree Oils, Clove, Soy, Nonylphenol, Mineral or Petroleum Oils, Triclosan, Eurethane, 1-2 Propylene Oxide, Placenta, Synthetic Colors & Titanium Dioxide or Nanoparticles. Dan mempunyai haruman yang 'worry-free.'

Inga Tritt ( source : www.originalsprout.com.my 

Original Sprout diasaskan oleh Inga Tritt sejak dari tahun 2003 lagi. 'Sprout' diinspirasikan oleh kelahiran anak perempuan Inga Tritt, Maya pada tahun 2002. Inga berasal daripada Jerman dan membesar di Montecito, California.

Inga Tritt sangat mencintai dunia alam semulajadi, seni dan bidang arkitek sekaligus menjadikan beliau berkarier sebagai 'Master Stylist.' Disebabkan beliau ingin menjadi seorang ibu sepenuh masa, beliau telah membuka salon dan spa seterusnya berpindah ke di California. Beliau telah mengasaskan produk penjagaan rambut dan penjagaan badan yang selamat untuk seisi keluarga.

Sejarah Produk
Pengasas produk mempunyai seorang anak perempuan yang lahir dengan rambut yang agak lebat, hampir kesemua produk yang digunakan tidak sesuai untuk rambut anak beliau kerana masalah kulit dan rambut yang sensitif. Beliau telah menggunakan remedi alam semulajadi yang sangat lembut dan selamat untuk anak dan beliau. Beliau mempunyai kelebihan kerana telah mempunyai pengalaman di dalam bidang 'styling' sekali gus memberikan kepercayaan kepada orang ramai.




Produk untuk kegunaan orang dewasa sama ada untuk Ibu atau ayah original Sprout telah mencipta khas rangkaian produk Island Bliss, antaranya :

  • Face and body Sunscreen
    Ianya bertindak untuk mengurangkan jerawat pada wajah, merawat dan melembutkan kulit kering, sangat sesuai untuk ahli keluarga. Dan paling I suka ianya langsung tidak berminyak setiap kali pemakaian.
  • Island Bliss Shampoo
    Membantu melebat dan melembutkan rambut. Ianya juga mempunyai 'Anti-Frizz' yang menjadikan rambut mudah untuk diurus. Rambut sangat lembut apabila disentuh sekali gus menghasilkan 'volume' pada rambut. Kelembutan rambut dapat dirasai lebih daripada 24 jam. Paling best tiada kandungan SLS dan rambut menjadi lebih kuat dengan protein vegan. Mempunyai aroma yang menenangkan.
  • Luscious Island Conditioner
    Bagi yang mempunyai masalah rambut kering, Perapi rambut Luscious Island conditioner adalah pilihan yang terbaik. Ianay merawat masalah rambut kering dan menjadikan rambut  selembut sutera. Mengandungi minyak Mongogo yang amat dikenali sebagai bahan untuk merawat, memberikan tenaga dan menguatkan serta membentuk sturuktur rambut. Jika anda seorang yang mewarna rambut perapi rambut ini menjadikan warna rambut tahan lebih lama dengan pH 4.5-5.5. Ianya sesuai untuk semua jenis rambut.
  • Tahitian Hair Oil
    I paling suka Tahitian Hair Oil sebab dia bantu kurangkan frizzy hair dan paling best boleh pakai di sekitar lutut, siku dan juga rambut sekali gus menjadikan rambut dan kulit selembut sutera.


Original Sprout Worry-Free Luxury sangat sesuai untuk bayi dan orang dewasa.
Untuk Hair-Styling :

  • Natural Hair Gel
  • Natural Curl Calmer
  • Miracle Detangler
  • Natural Styling Balm
Manakala untuk badan pula :
  • Natural Shampoo
  • Deep Conditioner
  • Scrumption Baby Cream


I dah tested one by one product, hampir kesemua produk boleh dikatakan sangat efektif dan berkesan untuk merawat masalah kulit dan rambut. Paling best produk-produk ni based on vegan 100%, tiada bahan berbahaya.


Yang ini Rambut Shireen sebelum dah selepas menggunakan Natural Hair Gel. Mula-mula rambut nampak macam frizzy selepas beberapa minit gunakan produk original sprout dekat rambut dia.. terus rambut dia nampak lebih panjang dari sebelum.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari :
http://www.originalsprout.com.my/

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸