Parti Sambutan Tahun Baru di Citta Mall bersama Selebriti Popular dan peluang untuk anda menangi hadiah dari Harvey Norman.

5:18 PM

Masa sangat pantas berlalu, pejam celik pejam celik kita bakal menghampiri tahun 2017 di mana tahun 2016 bakal menutup tirai. Banyak perkara yang telah berlaku pada tahun 2016 dan pasti ramai diantara kita telah berjaya menghadapi cabaran dan juga halangan pada tahun ini. Parti akhir tahun ke tahun baru 'CountDown' yang bakal berlangsung di Citta Mall pasti akan membuatkan kita semua akan mula meng'set'kan minda masing-masing untuk menghadapi cabaran dengan lebih tenang dan bersedia pada tahun akan datang.


Dengan bertemakan "16 Going on 17" pada malam preview 22nd Disember, Khamis lalu. Satu majlis makan-and-mingle bersama rakan media dan artis telah diadakan di Mr.Dakgalbi. Antara artis yang bakal terlibat sama di Majlis lalu dan juga pada malam 'countdown' ialah Dina Nadzir, Shawn Lee dan juga band An Honest Mistake akan membuat persembahan pada malam akhir tahun-tahun baru.

Salah seorang hos yang terkenal dengan 'multi-languange' iaitu Baki Zainal turut hadur untuk memeriahkan lagi majlis.

Bersama Daily Vlogger, Shawn Lee akan bersama di Majlis Count Down Citta Mall.

Bersama DJ radio yang Meletop, Dina Nadzir yang akan bersama-sama rakan selebriti ketika Majlis CountDown nanti.

Makan malam kami ditaja oleh Mr Dakgalbi, nyum nyum.
Bagi mereka yang bercadang untuk membeli-belah di CITTA MALL pada 31st Disember 2016, banyak festival akan berlangsung pada 8 Malam, persembahan akan berlangsung pada 9 Malam. Mini Karnival akan di set di dalam Pusat membeli belah CITTA MALL, dan pada malam itu anda akan dapat menyaksikan sendiri kelibat ahli silap mata dan badut yang akan memberikan kejutan istimewa untuk para 'shoppers!' 

Para pengunjung juga berpeluang untuk menyertai sendiri Cabaran CITTA yang akan bermula dari 30 Disember 2016 sehingga 1 Januari 2017. Akan ada stesen game yang akan di set up dan para 'shoppers.' Anda dikehendaki menyelesaikan semua cabaran sebelum anda berpeluang untuk memusingkan roda dan memenangi hadiah besar termasuklah hadiah elektronik dari Harvey Norman.

Mengikut respons pada tahun lalu, pengunjung dinasihatkan untuk sampai pada 8 malam untuk mengelak trafik besar dan dapat cop parking kerana pre-persembahan akan bermula pada 9 malam, bahagian parkin luar mesti akan sesak jadi cari parking yang sesuai ye. Persembahan akan bermula pada 10 malam.

Untuk maklumat lanjut sila layari :
Citta Mall
No 1, Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +603- 7662 5000

Operations hours: Mon – Sun: 10am -10pm
Facebook : @CITTAMall
Instagram : @cittamall

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸