MOTORINO : Restoran Piza Ikonik Yang Pertama di Malaysia

6:50 PM

MOTORINO
HIDANGAN PIZZA PELBAGAI RASA DAN SEDAP
Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman untuk mencuba menu makanan Pizza yang luar biasa, MOTORINO mungkin adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang jenis 'kaki kuat makan'. MOTORINO adalah salah satu tarikan yang terbaru di Resort World Hotel di pusat beli belah Sky Avenue.

MOTORINO dikatakan adalah salah satu restoran Pizza Itali Neopolitan terbaik di New York dan mendapat pujian daripada penulis kolum akhbar New York Times. MOTORINO yang utama terletak di Brooklyn dan East Village dan ianya merupakan salah satu pelaburan yang paling besar oleh pihak Resorts World Genting untuk mengisi ruang baru yang dibangunkan di Sky Avenue.

5 FAKTA MENGENAI PIZA NEAPOLITAN
Ianya dimiliki oleh lelaki kelahiran Belgium-Itali, Chef Mathieu Palombino membuat piza gaya Neapolitan  dalam ketuhar kayu yang diimport dari Itali. Motorino kini sudah mempunyai beberapa buah cawangan di New York, 2 Di Hong Kong dan Manila, 1 di Singapura dan restoran pertama berada di Sky Avenue, Malaysia.


MOTORINO PIZZA
'FRESHLY BAKED AND HANDMADE'
Motorino memberikan peluang kepada pengunjung dengan dedikasi mereka dalam pembikinan piza. Mereka menunakan style membakar pizza cara lama seperti pembakar dan menggunakan penyodok untuk mengangkat pizza, paling seronok mereka buat piza secara LIVE pada pelanggan, mesti tengok sendiri cara mereka menghasilkan piza.

MOTORINO PIZZERIA
YOUR MENUS PLEASURE
Antara menu makanan yang sangat menarik di Motorino semestinya PIZZA dan beberapa hidangan yang sangat sedap dan menyelerakan.  Motorino tetap menggunakan gaya restoran era 60-an bersama-sama bola bersinar Pantone dengan suasana sejuk bagi memastikan keselesaan pengunjung disamping dapat melihat keseluruhan proses pembuatan piza terkenal motorino sekali gus menjadikan Motorino sebagai kapsul dimana pizza diagungkan.

KEPAK AYAM PANGANG BERPERISA
LEMON, PUDINA DAN SERBUK CILI
Kepak ayam juga turut disediakan sementara menunggu piza siap. Motorino menawarkan kepak ayam berperisa lemon, pudina dan juga serbuk cili.

BEBOLA DAGING MOTORINO

Gabungan budaya masakan New York dan Itali telah memberikan pengunjung peluang untuk menikmati sendiri  bebola daging Motorino yang dimasak dengan sos tomato ditambah keju pecorino dan daun selasih.

ANTARA PIZZA YANG TERBAIK DI MOTORINO
Terdapat hampir 10 jenis piza yang berlainan 'TOPPING' yang diletakkan di atas doh pizza seperti keju kerbau mozzarella dengan tomato, bawang merah serta pasli, minyak cili, kentang, minyak zaitun dan daun basil segar akan menaikkan rasa dan aroma, manakala salad bresaola akan sentiasa memberikan rasa penuh keranggupan dan segar. Campuran bahan-bahan ini menjadikan Piza Motorino akan senantiasa di hati setiap yang sudah mencubainya sendiri.

Harga Piza bermula dari RM45 sehinga RM67.

Selain itu tiramisu, kek coklat dan gelato adalah pilihan pencuci mulut yang sedap dan Marvellous !

Bagi anda yang ingin merasai sendiri kesedapan dan keenakan piza Motorino ini anda boleh pergi sendiri ke Sky Avenue di aras 1 dari 10 pagi sehingga 12 tengah malam pada Ahad sehingga Khamis ( Jumaat, Sabtu, cuti umum dan hari sebelum cuti umum)

Sila dail 03-6101 1118 atau layari www.rwgenting.com


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸