PC Temporary Out Of Service - Pakai iPad mini 4 update blog (blogspot)?

11:06 AM

Hi semua, back again after several days tak hadap blog. Actually my PC that I always update my blog dah OUT. =( So agak payah untuk mengupdate blog, nangis tau. Last time I ada menang Ipad mini 4 dari Wacoal, Alhamdulillah. Jadi terpaksa lah mahir gunakan produk Apple, I Android user so memang agak mencabar juga la nak mencuba-cuba sesuatu yang agak lain dari yang lain. 

Bila PC dah out nak repair kena tunggu gaji bonus lah. Mahal juga la benda benda di zaman sekarang ni, aduhai nak pulak yang suruh tulis review produk depa tapi taknak bayar lagi lah pening kepala dok fikir, kita review produk based on honest tak best la kalau semua benda nak servis free je.

So back to title - Nak update Blog guna Ipad Mini 4, fuh mesti rungsing kan nak guna aplikasi apa, last time I guna chrome dalam Ipad mini 4 nak update blog tapi bila nak attach gambar, Allah sahaja lah tahu betapa seksanya nak mengupdate woo, tak boleh nak attach.

Encik husband juga yang bijak dia jumpa aplikasi untuk blogger update dalam Blogpost iaitu aplikasi +BlogPad Pro for WordPress blogging iPad app  yang ini pun ada access untuk blogspot. Nasib baik kalau tak pening serious.




So bagi yang nak suruh review produk ke apa, jangan lah minta servis free writing, dah la nak perah otak menulis, nak pulak aku agak awkward juga nak menaip guna aplikasi ngan ipad mini 4. Jadi tolonglah hargai usaha aku untuk menulis pasal produk korang, aku terpaksa guna waktu tidur aku untuk menaip di waktu malam, kemudian tolong pula promote produk korang kat kawan-kawan aku, members dan followers, so for win-win situation, RM50 pun dah kira cukup makan untuk aku dan anak-anak.

Yang aku perasan selalu company yang besar besar ni yang selalu masuk TV punya ad punyalah payah nak bayar walaupun aku hanya blogger cebisan, korang tahu tak dalam blog ni orang search tentang produk korang 5 tahun akan dating pun masih ada lagi tau. Bagi aku memang long-term servis lah. Sedangkan acik sebelah rumah aku kasi produk minta masuk blog aku pun dia bayar RM50 Juga la, Ayah aku pun bayar aku bila suruh promote dia dalam blog aku. Jadi it's a win situation.

Kalau korang bayar barulah aku rasa dihargai sikit menaip untuk korang. Sekarang ni aku dah suka membebel tau. So memang berjela-jela cerita nanti. Kalau aku berpuas hati dengan layanan korang barulah sedap nak menaip, walau terpaksa ambil masa tidur. =D

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸