HADA LABO KIWAMIZU LOTION (400ml)

7:39 AM


Ada sesiapa yang dah cuba spray mist KIWAMIZU lotion ni ? I dah cuba sendiri, cuma seriously everytime I spray grr, dia macam masuk ke dalam lubang hidung ke jantung, bau dia kuat. :(
I guessed it's not for me but it really goods for my skin to stay hydrate. Whenever I spray it I'll make sure I tutup hidung I. Haha.

It's a new product from Hada Labo yang 100% oil-free, mengembalikan kelembapan secara pantas dan juga mengimbangkan kembali 're-balance, oil-water.'


Actually I memang a big fan of spray mist. Usually lepas I cuci muka I akan sembur spray mist on my face sebab dah macam rutin. Losyen Kiwamizu ni still new on my face I suka dia jadi macam toner tau. Cepat kering and langsung tak melekit. I lepas cuci muka memang taknak sentuh muka dah. I spray and then biar kering je terus kat muka.



Kalau tak nak pakai spray mist tu pun sebenarnya dia didatangi macam bentuk penutup botol atas ni ha. So korang boleh tuang atas cotton pad and sapu kat wajah, tapi untuk I, I rasa spray ni sangat ideal untuk I =D


Hada Labo Kiwamizu Lotion ni digabungkan dengan 6 minerals seperti kalsium, magnesium, zink, Copper, Potassium dan sodium, dan juga 2 amino asid, Arginie (Arg) dan Trimethylglycine (Tmg). Losyen ini membantu untuk melembabkan kulit luar dan dalam disamping mengimbangkan minyak dan air di dalam lapisan kulit. Minerals yang terdapat di dalam losyen ini membantu untuk menguatkan sel kulit pada masa yang sama menyejukkan dan menenangkan kulit yang mengalami iritisasi.

Losyen Kiwamizu dari Hada Labo ini sangat sesuai untuk dibawa 'travel' kemana-mana sahaja. Paling best ianya boleh dijadikan sebagai 'Makeup Setting Spray' untuk kesan solekan yang tahan lama.

Losyen Kiwamizu ini adalah pH Balance dan 100% bebas minyak. Ianya juga bebas daripada pewarna dan wangian.

Edisi terhad Losyen Kiwamizu dari Hada Labo (400ml) ini dijual dengan harga RM45.90 dan 180ml RM19.90. Boleh dibeli di Watsons secara ekslusif.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
https://hadalabo.com.my/

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸