UNBOXING - Enchanteur Create Magical Moments Every Day

11:24 AM


ENCHANTEUR 'BOX FULL OF SURPRISE'
Hi semua, Dah lama Enchanteur Create Magical Moments Every Day Box ni, rasanya sebulan lalu baru hari ni I buka untuk tengok sendiri apa dalam box ni sebab I super busy recently. Mula-mula HAPPY sangat dapat Hadiah macam ni, besar tu.  Rasa seperti dihargai je. Once open the box ada several items dari Enchanteur dalam box ni.

Wangian Untuk Keseluruhan Badan

Rangkaian Produk Enchanteur Untuk Wanita Romantik

Enchanteur Shower Creme
 Shower Crème dari Enchanteur ni sangat harum dan menenangkan. Selain itu ia bertindak untuk mencerahkan kulit badan. Bagi I sabun mandian ini adalah satu keperluaan kalau boleh sehari 2-3 kali nak mandi dengan shower crème Enchanteur. Ianya membangkitkan rasa tenang dan membantu mengembalikan aura positif. So far Shower crème ni membantu untuk meremajakan kulit kembali.

Enchanteur Body Lotion Moisture Silk
Lepas dah mandi dengan Enchanteur shower crème, boleh teruskan dengan menyapu losyen Enchanteur pada kulit badan. Ianya membantu melembabkan serta memberi haruman romantik yang berpanjangan. Dengan bahan seperti aloe vera dan juga Olive Butter ianya menjadikan kulit sangat lembut seperti sutera. Haruman kekal berpanjangan sepanjang hari. Tidur pun sangat lena dengan haruman romantik dari losyen badan ni.

Enchanteur Charming Roll-On Deodorant
Hmm, bagi you all yang ada masalah bau ketiak macam I ni boleh lah try Enchanteur punya Roll-on deodorant ni, dia membantu menghilangkan bau ketiak kepam tu. Tapi I ni jenis tak suka sapu apa-apa kat ketiak, I usually sapu dekat baju celah ketiak tu. As long as dapat cover bau ketiak kepam tu pun jadilah. Kalau pakai kat ketiak tahan sampai 48 jam tau. Paling best tak melekit sebab ianya cepat kering. Korang boleh cuba sendiri.

Enchanteur Celebrate LOVE EDT
EDT Enchanteur Celebrate Love ni memang sangat harum. Bau yang sangat sweet dan romantik boleh buat orang lalu kat sebelah terpukau tau, doa lah laki korang je yang dapat bau haruman yang melekat kat badan korang ni. Jangan lelaki lain sudahlah, takut terikut balik je nanti. I paling suka bentuk botol EDT ni, sangat bling-blinglah dekat mata I, Cute dan Nampak macam high class je kan ? Yang penting dapat bau haruman ni pun okaylah. Boleh tidur dengan nyenyak ni kalau pakai minyak EDT ni.


So bagi korang nak cuba sendiri rangkaian haruman Ecnhanteur ni korang boleh beli dekat farmasi Watsons or Guardian atau pasaraya besar berhampiran rumah korang. So bawah ni list harga untuk setiap loose item.
  1. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Retails harga dari RM9.20 hingga RM13.65
  2. ENCHANTEUR Perfumed Lotion sapu selepas mandi. Dari harga RM7.50 - RM21.00
  3. ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist Harga RM4.90 to RM11.90
  4. ENCHANTEUR Eau de Toilette  Harga dari RM18.75 to RM33.50.


    Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur :
    www.enchanteur.com.my atau www.facebook.com/EnchanteurMY

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸