Malaysia Wedding Festival (MEFA) Kembali lagi Pada 12-14 MEI 2017

10:19 AM

(MEFA) MALAYSIA WEDDING FESTIVAL
12-14 MEI 2014
(SACC) SHAH ALAM CONVENTION CENTRE

Hi semua, info terbaru mengenai MEFA, yes ianya kembali lagi untuk menghantui anda-anda yang bakal menjadi pengantin 'of the year' yang menginginkan servis perkhidmatan dari pakar perunding untuk majlis perkahwinan anda. Kini anda boleh mempunyai acara majlis yang GRAND-GRAND gitu mengikut bajet pasangan masing-masing.

Busana pakaian perkahwinan yang bertahtakan batu permata
MEFA ni umpama ONESTOP CENTRE untuk bakal pengantin mencari idea untuk melakukan persiapan perkahwinan dan I rasa ianya sangat sempurna dan membantu para pengantin SUPAYA tidak sakit kepala memikirkan apa yang perlu ada pada majlis perkahwinan akan datang.

Goodies untuk para tetamu
 Masa majlis perkahwinan I yang lalu memang I banyak juga cari khidmat mak andam dan katering tapi sekarang I rasa beruntung sangat para pengantin zaman millenial ni sebab dalam 1 stop centre ni je anda dah boleh dapat servis seperti dewan kahwin, busana pengantin, pelamin dan katering hanya dalam satu festival yang telah digabungkan dari pelbagai kawasan seperti Shah Alam, Ampng, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh lembah Klang.

Masa di MEFA ni pasti korang lenguh kaki sebab hampir 100 tapak promosi yang menawarkan servis gila-gila untuk korang yang bakal jadi pengantin tau ! Penat tapi berbaloi dan majlis perkahwinan korang akan menjadi memori yang indah dikenang sampai tua, okay apa ! hehe.

Pintu Masuk MEFA
Jangan lupa lawat MEFA si SACC pada 12-14 Mei 2017. Ini ialah anjuran yang ke-16 oleh MEFA Events dan anda berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 70% pakej pengantin yang sangat terhad hanya untuk 3 hari sahaja bermula dari 10 pagi sehingga 9 malam.

Pelbagai pilihan Kad Kahwin

Pelamin seperti di Kayangan
Bakal-bakal pengantin yang berkesempatan melawat MEFA kali ini anda berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan pelbagai lagi. Paling menarik, setiap tempahan yang anda buat anda pasti akan menerima hadiah jika anda membuat tempahan lebih dari RM500 ke atas.

Walaupun I dah kahwin tapi I rasa macam nak pergi MEFA juga mana tahu in the future nak buat wedding anniversary macam Sarah and Shuib ke ? hehe..  Dapatlah I bergambar sekali lagi di Pelamin.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Website: www.mefa.my
Facebook: www.fb.com/mefaevent
Instagram: www.instagram.com/mefapengantin

Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi En Azahari di talian
012 – 387 1775.

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸