Nikmati Majlis Berbuka PUasa di Bangi Golf Resort bermula dari 29 MEI 2017 sehingga 23 JUN 2017.

7:49 PM

Baru-baru ni I sempat singgah ke Bangi Golf Resort untuk menikmati beberapa hidangan yang disediakan oleh chef yang berpengalaman. Setiap hidangan disediakan telah dipilih dan disediakan secara baik dan teliti oleh chef supaya makanan yang terhidang terasa segar dan masih sedap walaupun sehingga 10 malam(hopefully).

The food made me looks sexy lol..
Sejak dari tahun 2019 lagi restoran Bangi Golf Resort adalah restoran yang merupakan salah satu restoran kelab golf telah mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM. Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menghidangkan para tetamu dengan Signature Buffet Ramadhan mereka bermula dari 29 MEI 2017 sehingga 23 JUN 2017.

I rasa dia terlupa huruf L. hehe.
Di sepanjang hidangan disediakan, ukiran kreatif seperti bentuk bunga-bungaan pada buah tembikai akan memenuhi ruangan juadah. Setiap ukiran mempunyai hasil seni yang amat menarik dan I lah salah seorang tak mampu nak makan buah tembikai yang mempunyai ukiran yang cantik-cantik.

Slurp.. Golden Sand Spaghetti Carbonara
Golden Sand Spaghetti Carbonara ni adalah pilihan yang sangat klasik dan ianya akan menjadi kegemaran keluarga di Restoran BGR.

Donuts ruining my diet, why you guys so cute O-O 
Kuih Tradisi & Sup Kambing Mamak
Pelbagai variasi kuih muih tradisional melayu, puding, agar-agar dan buah-buahan bagi memastikan setiap pengunjung berpuas hati dengan setiap kunjungan.

Assorted Swiss roll ( red velvet, orange jaffer & Matcha Chocolate)
Satay Ayam dan daging
 Pencuci mulut seperti assorted swiss rolls bukan kanak-kanak je suka orang tua, orang muda, bini orang, mak orang pun tetap suka makan benda gebu gebas macam swiss roll ni tau plus dengan gabungan satay ayam dan satay daging ni lagi la buat budak-budak terus duduk diam tak bising-bising dah bila nampak satay ni.

Seni Ukiran yang sangat kreatif pada buah tembikai
 Sayangnya lah hai nak makan tembikai ni sebab cantik sangat depa punya ukiran ni. kita mampu tengok je la kan.

Kambing Bakar
 Sajian menu-menu popular seperti kambing bakar juga aka disediakan oleh chef yang berpengalaman tapi masalahnya kambing bakar ni la paling cepat habis tau !

Nasi Lemak & "sous Vide Eggs with mushroom Espuma"
 Makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak pun ada, menu ini ditambahkan lagi dengan rendang daging taik minyak, sambal sotong kembang, ayam bercili masak ketumbar, ikan masak asam kari dan telur rebus goreng masak sambal tomato  manakala sentuhan gastonomik seperti 'sous vide eggs with mushroom espuma pun ada bagi mereka yang menggemari menu kegemaran ala Barat.

Nasi Ayam Hainese dan Lasagna Ayam
Dalam penyediaan menu Nasi Ayam Hainanese - Restoran BGR telah berjaya mengaplikasi teknik terbaik dimana ayam akan dimasak dengan peuh teliti sehingga empuk dan mencapai tekstur yang sempurna dalam penyediaan menu masakan oriental dengan menerapkan teknologi terkini. Untuk kepuasan maksima, Nasi Ayam Hainanese ini digandingkan dengan sos cili halia dan bawang putih yang pasti akan menambat selera dan setiap butir nasinya juga diperkaya dengan lemak ayam dan menjadikan ia sangat gebu dan enak. Lasagna ayam juga boleh dijadikan pilihan untuk anda menikmati bersama rakan-rakan atau keluarga anda.

Pencuci mulut Lyche Rose cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake,
Ivory Sesame Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise dan Banana-na.

Untuk memberikan kepuasan berganda pada pengunjung, pencuci mulut adalah salah satu hidangan yang tidak asing lagi di majlis bufet ramadham Restoran BGR. Banyak pilihan pencuci mulut yang boleh didapati seperti 'Spanish Churros' bersama sos coklat pekat.

Drumlets Chicken Fried on da proses...
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri menu terbaru tahun ini iaitu Peri-peri chicken Drumlets yang menjanjikan rasa yang luar biasa.

Magic Show tak berapa nak magic, hehe..
 Sepanjang majlis berbuka puasa, mungkin akan ada persembahan magic show, so kanak-kanak yang jenis suka berlari sana-sini boleh ditenangkan oleh pemuda untuk memastikan parent dapat menikmati makanan di BGR.

Durian yang menjadi tumpuan termasuk ais krim gelato..

Cuba tengok tu semua kemaruk durian, dipicit-picit..

Persembahan muzik secara 'live' dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap majlis iftar

I look sexy again with durian !

Antara Chef yang menjayakan BGR 

Chef bersama para bloggers

Pandai Chef bergurau bersama pengunjung..
Bangi Golf Resort yang sangat terkenal dengan sajian buffet gastronomi kali ini menawarkan variasi dan kualiti pada harga yang berpatutan, Restoran BGR sekali lagi akan menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular ala melayu, barat dan Timur. Harga baucar bermula dari :

RM58 untuk dewasa
RM28 untuk kanak kanak

Restoran BGR juga menawarkan lebih dari 800 ruangan parkir serta ruang solat untuk para tetamu,

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Bangi Golf Resort Restaurant
No 1 Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650,
Malaysia

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan : 1-700-81-8557
Email : sales@bgrrest.com
Website : http://www.bgrrest.com
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : @bangigolfresortofficial
Hashtag : #BGRbuffetramadhan17

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸