Selera Desa - Kembara Iftar di Kuala Lumpur

3:37 PM

Pelbagai Jenis Sambal Tradisi
Baru-baru ni I dan anak-anak sempat menyinggah untuk mengisi ruang udara di dalam Ancasa Hotel & Spa. Tak lama lagi sudah nak masuk bulan Ramadan, banyak persiapan telah dilakukan terutamanya untuk waktu beriftar. Dengan menggunakan konsep Selera Desa Kembara Iftar di Kuala Lumpur dengan hidangan lebih dari 100 juadah kampung dan masakan ibu tercinta bakal disediakan di Ancasa Hotel & Spa untuk mereka yang berpuasa pada bulan Ramadan akan datang.

Masakan kampung memang favorite family I  you alls bawalah mana pun kalau seminggu tu memang tak sah nak makan makanan kampung sendiri guys. Sambal belacan ? Gulai ? Rendang ? Pergh memang tak boleh tinggal, Mesti mencari juga. Jadi dengan konsep yang digunakan IANYA akan mengimbau kembali kenangan lama. Juadah popular yang pernah di tinggalkan satu masa lalu kini masih terpahat dalam memori.

Roti Canai Warna Warni pun ada.
Lebih dari 100 hidangan disediakan pada bulan ramadan seperti pembuka selera, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut akan dihidangkan secara bergilir-gilir dengan menu yang bakal disajikan.

Roti canai warna warni
Roti canai berwarna warni dahulunya Viral di dalam sosial media namun roti canai warna warni masih menjadi pilihan masyarakat setempat. Jadi bagi anda ingin menikmati kembali roti canai berwarna-warni ni boleh lah singgah sendiri ke Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur ye.

Hidangan Manisan penutup selera
Selepas anda menikmati makanan berat, akhiri santapan dengan pelbagai manisan dari coklat, kurma kek dan puding dari Pudoh Street Jalan Pudu.

Mee Laksa, Bihun Sup
Anda suka menikmati makanan bersup dan mee ? Di Ancasa mereka menghidangkan hampir berbagai jenis mee kot, Ada laksa, bakso, mee sup tak pun anda boleh campur semua dalam 1 mangkuk and letak kicap cili api pun sudah memadai.

Ikan Bakar
Ikan bakar adalah salah satu juadah yang jarang ditinggalkan ketika berbuka bahasa malahan ianya amat sesuai dinikmati ketika waktu santai dan waktu malam. Ikan bakar selalunya dibalut dengan daun pokok pisang sebelum dibakar. Paling best makan apabila bersama keluarga dan dicicah bersama kicap cili pedas atau pun sambal belacan untuk menaikkan lagi rasa pedas.

Aneka Steambot
Bagi penggemar seafood atau makanan di stim, Ancasa juga menyediakan makanan berstim-stim ni memang sangat perfect untuk waktu berbuka puasa. Cuma lepas ni kena sediakan mengikut permintaan supaya makanan dari seafood dapat kekal segar.

Makananan Tradisi

Warung Dorai Samy Aneka Sup

Nasi Tumpang Jawa Timur
Dutch Rustaffel

Ayam Golek dan Kambing Bakar
dari Pantai Dalam

Ayu Apam Balik

Aneka Kuih-Muih

Kek dan Donuts

Kuih-Muih Tradisional

Durian Gombak
Paling seronok, terdapat warung durian gombak yang menyajikan pemanis mulut seperti serawa durian, bubur durian, wajik durian, dodol lempok, kek durian cucur durian, talam durian, mousse durian dan puding durian, memang habis makan dari mulut sampai lah angin bau durian saja.

Makanan Tradisi
Kesemua hidangan yang disajikan telah diilhamkan oleh Chef Yohanis, Chef Mariam, Chef Syukri, Chef Alias, dan juga pasukan mereka yang berpengalaman dalam bidang kulinari dan masakan melayu.

Bagi I, waktu bulan puasa nanti bukan masa utuk kita jadi buas, memandangkan Ancasa sangat teliti dalam menyediakan selera ketika iftar jadi berpada-pada ye ketika mengambil makanan nanti.

Tawaran harga istimewa diberikan kepada anda yang mendapatkan baucar awal dengan harga serendah RM58/nett sah sehingga 15 Mei 2017.

RM 68/nett dewasa RM40/nett kanak-kanak pada 16 Mei dan seterusnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie di talian 03-2026 6060 sambungan 7703.

Untuk maklumat lanjut, sila layari,
www.ancasahotels.com

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸