Siemens Siap Sedia untuk Melabur 100 Juta Euro untuk mempertingkatkan kemahiran semula dan memperkasakan pendigitalan dalam Malaysia

11:10 PM

Siemens Siap Sedia untuk Melabur  100 Juta Euro (467 Ringgit Malaysia)
untuk mempertingkatkan kemahiran semula dan memperkasakan pendigitalan dalam Malaysia.

Semalam I 'accidentally' terjoined satu press conference di Eastin Hotel sambil bawa Adelia, it's all Wendy's idea, thanks Wendy I missed my another events :( lol - dimana Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif  Siemens AG, Encik Joe Kaeser, bersama-sama dengan Siemens Malaysia Presiden & CEO Mr Prakash Chandran telah membuat pengumuman akan melabur sebanyak 100 Juta Euro ke Malaysia untuk geran perisian supaya universiti dan kolej dapat meningkatkan latihan dan keupayaan latihan sebagai persediaan untuk zaman perindustrian di dalam penempatan Malaysia. Perlaburan yang besar ini harap dapat memberi kebaikan pada Malaysia.

Siemens Siap Sedia untuk Melabur  100 Juta Euro (467 juta Ringgit Malaysia)
untuk mempertingkatkan kemahiran semula dan memperkasakan
pendigitalan dalam Malaysia.
Siemens, kuasa besar global pada kedudukan di sepanjang rantaian nilai bekalan elektrik telah bersetuju memberikan perisian yang telah mendapat permit kepada pelajar universiti dalam pendigitalan di Malaysia setelah diumumkan dalam mesyuarat peringkat tertinggi selepas kunjungan hormat  kepada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) II Datuk Seri Ong Ka Chuan dan  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 13 April 217 yang lalu.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif  Siemens AG,
Encik Joe Kaeser

Encik Kaeser telah menawarkan kepada Perdana Menteri bahawa Siemens mampu menyediakan bantuan kelas pertama untuk mewujudkan alat perisian untuk perindustrian internet dalam bidang pembuatan seperti Industrie 4.0 dan rela melabur hampir 100 juta euro dalam perisian untuk universiti dan kolej supaya generasi muda boleh belajar untuk meniru dalam dunia maya pembuatan.

Dengan ekonomi Malaysia yang turun naik, Siemens yakin bahawa ini adalah masa dan peluang yang terbaik untuk melabur di dalam Malaysia bagi mengembangkan lagi sumber dari mereka. Siemens juga telah berbincang dengan perdana menteri mengenai masa depan negara dan era digital bagaimana revolusi industri keseluruhan dan bagaimana ianya akan dilaksanakan di dalam Malaysia, kali ni I sebagai rakyat Malaysia harap agar idea projek ini sebenarnya dapat memberi manfaat dan dapat membantu para pelajar universiti dan kolej yang baru untuk perisian perindustrian. Siemens yakin bahawa mereka dapat hasil kembali sekitar 879 juta euro pada 2016 dengan harapan apa yang dilaburkan dapat meningkatkan lagi kemahiran perisian untuk melatih para pelajar generasi akan datang dalam ilmu kejuruteraan.

Presiden Siemens Malaysia & CEO Mr Prakash Chandran
Siemens melabur kira-kira 6% dalam penyelidikan dan pembangunan setiap tahun dan telah membawa teknologi 'state-of-the-art' sama ada dalam projek rel MRT LRT. Siemens telah bersiap sedia untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk melakukan banyak perubahan dan perbezaan yang mereka yakin boleh bawa masuk  dan percaya dengan pelaburan yang dilakukan mampu membantu Malaysia untuk mengaut kembali keuntungan dalam 2 angka. Siemens juga akan memberi tumpuan dalam membangunkan pergerakan massa lebih cekap serta peluang grid pintar untuk meningkatkan lagi liputan bekalan eletrik negara dengan kapasiti penjanaan baru melalui penyelesaian alternatif berkesan yang dibantu oleh perisikan digital.

Siemens juga selalu meninjau pasaran asas untuk mengetahui kompetitif terbaik untuk mereka dan sejak kehadiran mereka dalam Malaysia hampir 100 tahun telah memberikan Siemens sebagai sokongan kuat untuk menyediakan akses kepada pendidikan, 'state-of-the-art'  dan komuniti.

Siemens dalam kedudukan yang masih baik ingin mengorak langkah utuk menyediakan penyelesaian yang diperlukan dalam memenuhi keperluaan masa depan dalam selaras dengan pelan transformasi Nasional (TN50) iaitu untuk mengukuhkan hab ekonomi digital di negara ini dengan tiga spektrum penuh perkhidmatan dalam kecekapan teras/ portfolio elektrik, automasi dan Pendigitalan supaya mampu membawa negara ke rangkaian global inovasi dan keupayaan tempatan.

I 'accidentally' di sini, okay bye..
What I thought : Apa pun pelan dan perancangan semuanya perlukan keizinan dari Ilahi, bagi I jika sesuatu yang dibuat itu dapat mendapat pulang dan keuntungan pada negara ianya mampu menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Okay.

photo courtesy : Wendy Pua

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸