Syahadah Musim Ke 12 akan bermula pada 25 Mei 2017

11:40 AM

Bermula dari 25 Mei 2017, Syahadah Musim ke 12 sebanyak 30 episod kali ini memaparkan keindahan islam di negara Maghribi ( Morocco ) dan asimilasi budaya saudara ( mualaf ) di Malaysia yang telah diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari (UMD) RTM.

Barisan penaja program Syahadah

Kos Produksi serta hadiah kuiz mingguan dan utama Syahadah telah menerima tajaan berjumlah RM246,600.00 dari pihak EZ Group yang diwakili oleh Syarikat EZ Qurban, EZ Kembara, Ainon Kaman dan Asianic kepada RTM.

Tajaan Kos Produksi sebanyak RM200,000.00 Dari EZ Group & EZ Qurban manakala tajaan hadiah kuiz mingguan dan utama sebanyak RM 33,600.00 Oleh EZ Group (EZ Qurban, EZ Kembara, Ainon Kaman) dan Asianic sebanyak RM13,000.00.




Apa yang menarik dalam rancangan Syahadah kali ini ialah paparan mengenai umat Islam di Maghribi menjalani ibadat puasa yang memberi satu kelainan dan pembaharuan. Anda boleh merasai kelainan dalam rancangan ini yang akan memberi fokus pada keunikan budaya seperti seni bina masjid, bangunan lama, menara-kota, makanan, muzik dan persembahan tradisi.

Syahadah akan disiarkan di saluran TV1 dan TV2 
(Siaran di TV 1 :6.30petang, 9.30 malam dan 5.30 pagi/ TV 2 : 7 petang dan 10 malam)

Kisah Umat Islam yang kurang bernasib baik untuk meneruskan kehidupan seharian akan mendapat bantuan dari badan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat swasta dan dimuatkan dalam paparan dalam rancangan Syahadah.

Datuk Mustafa Kamal, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik)

Penasihat dari EZ Group memberikan ucapan

Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, Afrika dan beberapa negara lain telah diberi perhatian khusus untuk membuktikan konsep dakwah tidak mempunyai sempadan dimana ibadat Qurban telah dijalankan sebagai peranan penting bagi EZ Qurban. Disamping itu untuk membantu orang Islam yang di dalam kesusahan juga, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) dan Aman Palestin juga memainkan peranan penting dengan mempertaruhkan nyawa sendiri.

Majlis Dimeriahkan lagi dengan irama Gambus


Syahadah 15 Episod di Malaysia 
Kehidupan suka duka ikon dakwah :

  1. Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah
  2. Ustaz Firdaus Wong a.k.a Bro Firdaus
  3. Pelakon Lawak Antoganis Adam Corrie
  4. Muhamad Roger Arnold
Paparan Keunikan Seni bina Masjid :
  1. Masjid Zahir ( Alor Setar,Kedah )
  2. Masjid Cina di Melaka
  3. Masjid India di Kuala Lumpur
  4. Masjid Muhammadiah di Ipoh, Perak
Manakala 15 episod lagi Syahadah akan memberi tumpuan kehidupan di Masyarakat Maghribi yang kurang mendapat pendedahan dalam bentuk paparan dokumentari.

2 Kumpula penerbitan ditubuhkan bagi menerbitkan Syahadah Pada kali ini :

Produksi di Maghribi :
Diketuai : Rosli Mohd Nordin
Dibantu : Ikram Abdul Latif ( koordinator )
Jurukamera : Muhammad Saiem, Muhd Nuh Khairi Mohd Roslan
Editor : Badlyshah Amiruddin
Jurugambar : Mohammad Nur Ridzuan Abdullah

Penerbitan di Malaysia :
  • Mohd Ridzuan Mohd Anuar
  • Saliza Ibrahim
  • Amrina Ahmad
  • Mohd Nazree Mohamed
  • Mohamad Haikal Hamzah
  • Hanif Nordin
  • Hafizah Rosli
Dengan adanya program ilmu dan berinformasi seperti Syahadah kali ini, harapan agar penonton dapat melihat sendiri budaya kehidupan dan kesusahan Umat Islam di serata
dunia.

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸