Hang Tarik memperkenalkan Seni Membuat Teh Tarik

11:14 AM


Last week I berkesempatan melawat Mydin USJ Mall, tak sangka di situ ada acara Seni Membuat Teh Tarik dari Hang Tarik. Jadi apa lagi I pun mem'busy'kan body untuk melihat sendiri keindahan dalam seni tarik dianjurkan oleh F&N, Kalau korang nak tahu siapakah gerangan Hang Tarik ni, aku pun hampir tak kenal rupa-rupanya Encik Radhi Khalid. hehehehh. Tak sangka Encik Radhi Khalid ni mempunyai bakat untuk seni membuat teh tarik ni.

Raja Teh Tarik Raja Elias menggunakan berbagai budaya untuk
menghasilkan teh tarik paling Awesome
Teh Tarik sebenarnya memang dah favorite Rakyat Malaysia, oleh itu dengan adanya Acara majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara pelbagai budaya dan rata-rata hampir seluruh Rakyat Malaysia boleh menghasilkan teh tarik yang sedap dan berkhasiat dengan kahwinkan susu pekat manis F&N dan susu sejat F&N.

Chef Matt as known as Flying Chef ni siap bersilat-silat untuk menghasilkan Teh Tarik paling Hebat dengan tajuk Citarasa Pahlawan Berdansa


Husband & Wife buat teh tarik bersama-sama, ala romantiknya
Dengan adanya gabungan Susu pekat manis F&N dan susu sejat F&N ni, menjadikan minuman teh tarik bertambah manis dan enak jika diminum bersama-sama dengan insan tersayang tau.

Peserta pertandingan Teh Tarik siri permainan berhalangan simulasi
Para pengunjung Mydin telah diberikan peluang platform terbaik untuk mereka menyertai acara yang melibatkan orang ramai menerusi siri permainan berhalangan simulasi dalam tempoh yang perlu ditamatkan dengan masa yang dietetapkan.

Minuman Teh Tarik disediakan untuk Para pengunjung
F&N telah mengekalkan warisan Teh Tarik yang asli sambil menambah baik citarasa hebat sebenar yang memenuhi selera segeap lapisan masyarakat secara turun-temurun. I berharap agar F&N akan menyajikan lagi rakyat Malaysia dengan acara yang menarik macam ni lagi pada masa yang aka datang tau. Lagi ramai lagi meriah !

Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N sentiasa menjadi produk kegemaran dalam gaya hidup
rakyat Malaysia dan menjadi campuran tenusu pilihan untuk menghasilkan Teh Tarik yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N, sila layari www.fn.com.my.

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸