Masakan Korea Asli di Hwa Ga Pork Free Damansara Empire

1:27 PM

Makan dekat Hwa Ga bawalah Family, baru Best ! taken by ADAM
Suasana hangat berubah menjadi sejuk pada waktu yang lenggang di kawasan Damansara Empire, Heritage Lane salah satu bangunan yang mempunyai deko yang klasik dan 'un-finished building' telah menjadi tempat tarikan fotografer untuk mengambil gambar-gambar yang menarik.

Dan di hujung bangunan di Level Dua F05 terdapat sebuah restoran Korea Asli yang 'probability' sangat tinggi dapat menambat citarasa anda yang mencari makanan Korea dan dimasak sendiri oleh orang Korea but don't worry 'food sources' termasuk bahan raw semuanya dari Malaysia Halal Food cuma tukang masak sahaja di imported dari Korea tau.

Maaf I personally kena bagitahu you all, selalu makan makanan Korea dekat food court tu kan ? Tapi bila dapat rasa masakan aunthetic Korea sendiri memang rasa macam banyak beza sebab dekat Hwa Ga ni diaorang gunakan bahan-bahan fresh instead of powder/ instant dalam sup kimchii semua tu. Yang ni makanan memang korang dapat rasa lah cili semua tu memang Fresh sangat-sangat, I siap bincang dengan husband I lagi nak 'tapau' kimchii dengan lobak putih heheheh.

Nurunji Cheese Buldak ( RM65 ) & 6 hidangan sampingan
Yang ini adalah menu yang terdapat di Hwa Ga, iaitu Nurungji Cheese Buldak, Ayam tu dimasak dengan nasi gaya tradisi Korea tau, dimasak dengan sticky rice, beras hitam, Biji Labu, barli, bawang putih, ginseng, Kacang Pine, jujube dan kacang gingko yang disumbat di dalam ayam. Lepas tu dimasak dalam ketuhar api menggunakan arang selama 1 jam setengah. Ayam tu masak bila minyak tu dah seimbang. Lepas dah masak ayam tu lepas tu dia letak atas kuali panggang sampai nasi dalam ayam tu jadi keras baru dapat dihidang dekat you all yang datang, tapi time tu I tengok macam keju je penuh, kena makan time panas-panas baru keju tu bila korang tarik-tarik nampak macma cheezy gitu, kalau dah keras dia macam pelik tapi apa pun memang tetap sedap ! Rekomended sangat lah !

Korang agak-agak ? Ni keju apa ? Kalau nak tahu korang kena tanya sendiri taukey kedai.
Dalam ni ada hampir 9 bahan semuanya bahan yang sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan then no wonder lah orang Korea banyak sihat dan cantik kan ?

Bufet Ayam tidak terhad dan 6 hidangan sampingan !
Promosi yang sangat menarik iaitu dada ayam panggang, dada ayam digoreng ranggup dan juga ayam panggang pedas adalah hidangan yang anda tak dapat nak elak sebab ada promosi - Korang boleh minta tambah ayam tanpa terhad ! Mengikut tempoh masa
( permintaan hanya 2 jam paling maksima ) :
Tengahari : 11pagi sehigga 3 petang
Makan Malam : 5 petang sehingga 11 malam

Ayam yang dibekalkan dari pembekal ayam Halal, 'no pork no lard,' ! Promosi ini hanya boleh didapati di Restoran Hwa Ga, Damansara Perdana. Promosi ini berlangsung dari hari Isnin ke Jumaat sehingga 31 Julai 2017. Anak kecil yang berumur dari 4-10 tahun dan  ketinggian dicaj sewajarnya dan 10% caj servis akan dimasukkan ke dalam bil.

Harga untuk bufet ayam ni :
Makanan tengahari : RM 28, kanak -kanak RM18
Makan Malam : RM30, kanak-kanak RM18


Dada Ayam Digoreng Ranggup ( Crispy Fried Chicken )

Ayam Panggang ( Grilled Chicken )

Spicy Grilled Chicken ( Ayam Panggang Pedas )

Korean Fried Chicken
I rasa orang Korea memang suka makan ayam, eleh orang Malaysia pun suka makan ayam, Ayam Goreng di Hwa Ga terdapat dua pilihan sama ada korang nak rasa original ataupun rasa pedas.

Deonjang Jiggae (RM15) dan 4 Jenis hidangan sampingan
 I <3 sangat this taste, I tengok dalam tu macam ada lala, and then ada cendawan, sayur daun bawang tak silap I and tak pedas, Anak I boleh makan.

Soon Dubu Jiggae dengan nasi (RM15) dan 4 Jenis hidangan sampingan

Chamchi Kimchi Jiggae (RM15) dan 4 Jenis hidangan sampingan
Hidangan sampingan ni korang boleh minta lagi if korang dah habis makan tau

Minuman yang jadi pilihan hati I, LOTTE Milkis, demisoda dan air beras haha

Sebenarnya banyak lagi hidangan kat sini, korang mesti cuba sendiri

Bahagian luar kedai, fe-feeling macam kat Korea gitu.

Kak Aiin ni memang peminat makanan Korea kot.

Bersama keluarga kak Ellie, Manager Khim ( yellow ) dan Chef Khim
Restoran ni masih dalam proses untuk mendapatkan sijil Halal, Hwa Ga ada 10 restoran tapi satu daripadanya memang masing-masing supaya dapat asingkan bahagian yang halal dan haram.

Bagi korang yang nak cuba sendiri masakan asli Korea, boleh pergi sini :

Hwa Ga Damansara Perdana (Pork Free)
Address: Lot F05 Empire Gallery Heritage Lane No2,
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor.

Contact: +603- 7732 6151
Business Hours: 11am- 11pm

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.facebook.com/HwaGaPorkFree/


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸