Berbuka puasa di Cafe Delicious One Utama dengan makanan yang sedap dan Kids friendly

4:27 PM

Waktu berbuka puasa hari ni sekitar 7.24pm, macam biasa syafierayamin.com, suami dan anak-anak memang dah siap bersedia di meja makan untuk menjamah juadah hidangan on the table gitu. Tapi harini agak menarik sebab kitaorang makan bersama-sama dengan rakan dalam bidang yang sama di Cafe Delicious, One Utama.


Memang ini bukan kali pertama aku pernah menikmati hidangan di Cafe Delicious, dulu-dulu pernah juga makan dan yang paling aku layan ialah menu pasta aglio olio gitu. Memang sedap yang tu, taste dia tak macam masakan I. Less oily gitu.

Memandangkan aku bawa anak-anak korang fahamlah sendiri kelasakan diaorang boleh membuatkan I ni jadi singa kot tapi tak jadi nak berubah jadi singa sebab staff di Cafe Delicious provided kertas dan lukisan which is these kids boleh duduk diam sementara menunggu hidangan.


Dari sini aku boleh bagi 4/5 stars bahagian persekitaran yang boleh dikatakan agak kids-friendly dan memang rasa seperti di rumah. Memang agak selesa sebab ada ruang untuk nerd, ruang untuk keluarga besar dan juga ruang untuk mereka yang ala-ala korporat untuk menikmati hidangan yang delish !


Aku yakin Cafe Delicious sudah mengkaji secara terperinci mengenai ragam setiap pelanggan yang hadir. Dan unbelievable sangat anak-anak aku walaupun berlari sana sini still the staff di Cafe Delicious dapat control kelasakan anak-anak aku walaupun masih dalam sesi bekerja.


Betullah aku memang suka restoran yang kids-friendly, jangan risau baby chair dan pinggan mangkuk plastik di sediakan. Dekorasi cafe yang agak menarik dimana tema nature ala-ala 'nest' digunakan walaupun aku berada dalam gaya hidup yang super busy.


Wow sangat cakap Pasal makanan, masuk je memang korang akan nampak macam-macam jenis kek di bahagian bar and those cakes betul-betul buat I tak mampu nak berdiet. Sob.

Simbol burung di Cafe Delicious adalah sangat bermakna dan ianya akan kekal di situ sebagai bukti yang persekitaran di Cafe Delicious adalah eco-friendly termasuklah hiasan flora dan sauna di setiap ruang yang ada.

Hidangan yang terdapat di dalam Cafe Delicious ni memang sangat asli sebab memang rasa yang sedap, lazat, enak, sangat fresh, dan semua rasa yang korang dapat nikmati setiap menu yang dihidangkan telah disediakan oleh mereka yang mempunyai citarasa yang terbaik malahan menyediakan hidangan dengan kualiti terbaik dan tambahan pula pengalaman dalam menyediakan hidangan yang datang dari hati adalah kepercayaan yang perlu ada.

Menu ringkas untuk berbuka puasa  : Kurma dan Movie date popcorn

Dengan 2 kombinasi makanan dan seni telah menjadikannya sebagai gabungan yang sangat unik dan berinspirasi. Legasi yang perlu dititikberatkan oleh Cafe Delicious yang akan dijadikan sebagai langkah untuk membawa Delicious kehadapan walaupun masa berlalu dengan sepantas kilat.

Antara Menu yang sempat aku rasa sendiri di Cafe Delicious bermula dengan starter plate, dengan menu yang ringkas namun rasa dan kulinari yang agak menarik di titik beratkan. Nama menu makanan pun sangat Trendy dan Hipster guys. Haha.

Salt & Pepper Squid
 Hidangan kegemaran aku iaitu sotong segar digoreng sehingga ranggup, dihidangkan bersama sehiris lemon, sos tartar dan juga sayuran hijau. Hidangan permulaan dah membuatkan aku dan rakan-rakan lain dapat menikmati rasa yang kriuk-kruk dengan setiap gigitan.

Muchacho Nacho Platter
 Menu permulaan untuk umpan anak-anak aku supaya diaorang dapat stay on the seat iaitu Muchacho Nacho Platter, yang ni permulaan yang kriuk-kruk juga di hidangkan dengan beef chili con carne, guacamole, sour cream, cheese dip, jalapenos dan juga pico de gallo.

Saved By the Bell-Acan
 Bagi korang yang penggemar ayam, aku suggested try saved by the bell-acan ni, Ada 4 ketul kpak ayam, rasa dia sweet-sweet je lepas tu setiap kali gigitan mesti korang dapat rasa ayam ni sangat tender. Sos cicah dia guna sos Thai.

Salmon Else
 Suami aku memang peminat tegar makanan Jepun terutamanya Sashimi tapi yang ni ala-ala Italian style, Slamon yang digunakan adalah segar dari Atlantik, Kemudian disiram dengan minyak zaitun dan lemon, lemon curd, sos horseradish, ikura, radish dan dill. Yang ni sekali suap je memang licin.

One In A melon
 Dalam starters pun kena makan uah-buahan dulu tau, One In A Melon korang boleh nampak banyak bahan diletakkan pada buah tembikai yang di potong secara bentuk kiub, Ada lemon dressing, rocket, feta cheese, olives, mint, basil, pine nuts, balsamic, pearls, basil oil, yoghurt ravioli, aku tak sangka dengan hasil gabungan buah tembikai dan bahan-bahan sayuran ni memang Kaw-kaw rasanya ! Aku suka-aku suka. Haha.

Sawa-duck-ka Salad
Hidangan permulaan yang agak menarik aku rasa sebab cara susunan mengingatkan aku macma makan Yee Sang tau, yang korang boleh nampak dalam photo tu ada pamelo ( limau barli), itik yang di shredded kan, ada timun, tomato julliene, mint, thai bassil, basil, spring onions, red chillies, sesame seeds dan juga sos thai. Cara nak makan korang tuang sos thai atas tu lepas tu gaul macam ala-ala tossing yee sang gitu, lepas tu baru enjoy bila nak makan.

Country Roast with the Most
 ang ni pula 1/2 Country Bird yang di perap, dilengkapi dengan kentang putar, colesloe, corn breah dan juga gravy au jus. Yang ni daging dua memang lembut dan lebih sedap lagi kalau korang cicah dengan gravy dia.

Mad as a Croque Madame
 Yang ni memang mad as a Croque Madame betullah, lengkap dengan sos keju, keju cheddar,turkey ham, telur suku masak atas roti bakar.

Go Cheesed Lightning
Ini burger memang ultimate punya, korang boleh nampak ada patty daging (180g)  yang dicincang halus dengan 100% Daging US Black Angus 80% daging yang lagi awesome lengkap dengan 2 keping keju cheddar, bawang, jerul, tomato, lettuce, onion rings.

Dibs on the Beef Ribs
Yang ni Australian Beef punya rusuk, lengkap dengan sweet potato crosscut fries, coleslow, corn bread dan juga onion rings.

Seashells by the seashore Aglio Olio
Seashells by the seashore Aglio Olio ni adalah pasta yang dimasak dengan seafood, korang akan nampak ada udang segar, sotong, mussels, tomato yang dikeringkan (ni masam masam rasanya) cili padi, cendawan butang, parsley, basil dan juga pangrattato.

Where's The Beef? Aglio Olio
 Mana daging nya Aglio Olio ? Pasta yang agak menarik, korang akan nampak daging tu dicelah-celah dan tersepit antara pasta tu, aku syak dia dimasak dengan olive oil, bawang daging yang macam ala-ala serunding, cili padi, daun parsle, basil dan juga pangrattato

Panna 'Kota' Kinabalu
 First time aku makan pencuci mulut macam ni, manis dan manis rasanya, haha, yang ni dikatakan menu pencuci mulut yang sangat tradisi di hiasi dengan bandung, di-served dengan aiskrim vanilla yang ada gelatin katanya.

Hi Tea Set
 Lepas tu last sekali ada Hi Tea, tapi tak sempat nak makan sebab perut dah kenyang. Yang atas tu macam ais krim vanilla dan kek coklat, Hi Tea ni aku rasa sesuai di-served waktu petang.

Bersama rakan Sama bidang berbuka puasa bersama-sama

Bersama orang kuat dari Delicious : Chef Timothy Sebastian
Disebabkan aku pernah pergi Delicious di cawangan lain, aku rasa yang ni lebih menarik sebab interior dia lebih luas dan menu makanan lebih banyak pilihan, tapi flora dan fauna masih dijadikan bahan utama dalam menghasilkan seni yang kreatif di dalam Cafe Delicious.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : www.thedeliciousgroup.com
Facebook : Delicious 1 Utama
Instagram : @DeliciousCafeMy

Lot G316, Ground Floor,
One Utama Shopping
Centre (New Wing), 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.
Tel: 603 7724 1086

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸