Baru Saspek Pneumonia pun dah Rasa macam nak mati kot.

4:44 PM

Baru-baru ni aku dikejarkan ke Wad Kecemasan sebab susah nak bernafas, before that aku dah alami batuk yang ketara waktu malam, kahak yang banyak and so on but so far tak de lagi lah sampai berdarah so I guessed tak teruk lah macam setengah orang. Tapi sakit tu Allah je tahu.

Walaupun batuk tetap p jenjalan memang tak ada etika sebagai seorang yang tengah sakit, hehe. Aku sempat pergi naik MRT fasa kedua yang terbaru hari Isnin lepas sebab PERCUMA la haritu dari Taman Suntex- Muzium Negara. Balik je rumah malam tu tiba-tiba batuk teruk and bahagian dada kiri sakit gila, bila pegang rasa macam baru lepas kena tumbuk, bengkak. Aku saspek paru-paru aku time tu dah kembang tunggu masa nak exploded je. Pergh gila lah time tu rasa nak mati sebab bila nak bernafas tak boleh buat deep breath hanya boleh buat nafas pendek je. faham-fahamlah bila tak boleh buat nafas panjang oksigen rasa macam masuk tak masuk je time tu badan dah start sejuk, aku rasa oksigen macam tak sampai kat otak. UU seksa... time tu aku dah terfikir mati kan yerlah sakit mencucuk seperti beberapa bilah pisau masuk ke badan. Aku tak tahu macam mana korang imagine lah time tu memang tak tahan, laki aku malas nak layan aku dia ngantuk, aku tahan je la sakit sampai Subuh tapi time tu memang aku dah menangis gila-gila lah, lepas tu laki aku bangun Subuh terus hantar ke wad kecemasan.

So once dah sampai ke wad kecemasan, like usual kena bagitahulah orang yang kat kaunter, I cakap I tak boleh bernafas terus dia cek and so on. Lepas tu time tu memang teruk gila lah sampai menangis-nangis cakap kat nurse laki tu yang tak leh bernafas bagai, uuu ingat tak seksa ke ? Sampai la nombor dipanggil. Masuk je terus bilik. Ceritalah kat doktor tu yang tak boleh bernafas bagai time tu melalak depan doktor tu. Sebenarnya sebelum aku pergi wad kecemasan aku dah pergi klinik biasa, doktor kat klinik biasa cakap batuk sebab ada infection je kat Trachea. so no need to worried la just ambil antibiotik, ubat batuk, ubat kahak, ubat selesema.. tapi tak jalan memang seminggu tu tetap bertambah teruk tu sebab aku terus ke wad kecemasan. tapi korang kalau tak sakit rasa macam tak mati lagi tak perlulah ke wad kecemasan ye.

Okay dalam bilik tu berbincang dengan doktor semua, XRAY dibuat tapi dia cek air kencing dulu takut pregnant memang tak boleh XRAY okay. Lepas dah cek aku tak pregnant, hehe, terus pergi ke bilik XRAY.

PARU-PARU KIRI MACAM DAH KENA MAKAN DEK HANTU
huhu, dah buat  xray, aku pun tanya lagi sama ada aku pneumonia or just tibi. dah berbincang dengan doktor bagai dia bagi antibiotik dan ubat tahan sakit la, doktor tu cakap aku susah nak bernafas sebab sakit dada huhuhu. uu. seksa wei. Lepas tu dia suruh ke KK pergi buat ujian untuk cek ada TIBI ke tak.

memang muka aku je la pergi KK dalam seminggu tu naik muak orang tengok muka aku wei hehe. Tibi tu 3x tau kau kena bagi sampel kahak tapi tu la. tapi batuk memang masih kaw-kaw la sampai terkencing juga la kalau tak tahan hehe.

Lepas tu, masa ujian tibi tu macam-macam lah ambil darah cucuk ape benda tah nak tengok skin allergy semua tu, tapi supposedly 3 hari berturut-turut tapi aku terskip sampai minggu depan sebab aku lambat bangun pagi yerlah malam-malam dok tahan sakit batuk-batuk, seksa kau. tapi Alhamdulillah result dah keluar bagai so far tak ada TIBI alhamdulillah just a mild pneumonia tapi tak mati lagi tak yah masuk wad, sekarang ni doktor yang ketiga aku jumpa dia cakap tak payah dah makan antibiotik sebab antibiotik yang aku dapat haritu aku dah habiskan dia cakap takut nanti resisten pula biotik jahat tu, sekarang ni dah nak dekat 2 minggu berlalu aku dah kurangkan pengambilan ubatan and on balik alfalfa, vitamin c, b complex, lepas tu madu cuka epal, batuk tu ada tapi tak seteruk yang rasa macam nak mati tu la.

Okay ni aku nak cerita. Pasal vaksin pneumococal tu, aku tak tahu la sama ada korang nak ambil atau tak sebab aku tak ambil vaksin ni tapi aku dah kena sikit lah benda tu so Insha Allah anti body aku dah boleh detect penyakit tu hhihihihih. aku harap tak kena lagilah sakit ni walaupun tak lama sakit tu sehari pun dah seksa. kroh kroh kroh.

Tapi entahlah Allah masih panjangkan umur aku dan memberi rasa sakit tu sebagai peringatan. Nikmat mana lagi aku nak dustakan ya ?

Silalah baca orang lain yang pernah kena pneumonia..

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸