Tingkatkan kualiti kesihatan selama 8 hari untuk nikmati gaya hidup lebih sihat

12:56 PM

Baru-baru ni I berpeluang untuk merasai sendiri urutan yang boleh dikatakan memuaskan di atas kerusi urut Gintell De Space UFO tu, actually that time I memang letih sebab dalam perjalanan jauh dari Kuantan-KL -- KL-Kuantan disebabkan ayah mentua jatuh kat pasar and patah tulang peha, jadi my husband apa lagi worried and rushed terus ke sana. At that time I pun memang kurang sihat batuk berpanjangan and nyeri bahagian dada. Pada masa yang sama ada pula Gintell's punya event dekat AEON Mall Shah Alam, dah alang-alang tu terus singgah event Gintell ni.

Pelancaran Gambit

Apa yang menarik dalam event ini adalah semua pengunjung dalam AEON Mall Shah Alam berpeluang untuk bertemu mesra bersama Pelakon Lelaki Veteran iaitu Dato' Jalaludin Hassan. Ya Allah time ni korang nak tahu tak, aku dapat bertemu dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan sangat humble and layan peminat dengan baik sekali. Paling impress Dato' Jalaludin Hassan ni aku boleh nampak yang beliau ni agak romantik juga la. hehe.

Sesi Tandatangan


Persembahan Tarian Tradisional

So far memang banyak acara yang diadakan dalam majlis ni selain para pengunjung dapat mencuba sendiri kerusi-kerusi urut Gintell di situ, antaranya :

  1. Ketibaan Dato' Jalaludin Hassan
  2. Aktiviti Tarian tradisional melayu
  3. Tandatangan 'renewal' oleh Duta Dato' Jalaludin Hassab da juga Dato' Goh
  4. Cerita tentang perkongsiaan Dato' Jalaludin Hassan mengenai Gintell
  5. Sesi Permainan Wechat
  6. Nyanyian Lagu dari Dato' Jalaludin Hassan

Time Teka Barangan Dalam Kotak

Bilalah Ada rezeki aku untuk memiliki Mesin Urut ni
Gintel De' Space U.F.O

Dengan menggunakan teknologi Aero V-Trek ianya berbeza dari kerusi urut yang biasa yang meliputi hampir 45% untuk memberikan urutan pada badan. Ianya mengikut lengkungan tubuh badan setiap individu tidak kira jika anda mempunyai ketinggian yang pendek atau pun tinggi kerana ianya akan memberikan keselesaan dari leher ke peha. Program 180° space stretch adalah konsep kiropraktik yang membantu melegekan tekanan dan ketegangan di tulang belakang dan badan. Urutan yang lebih presisi untuk bahagian kaki mengikut keperluaan setiap orang dalam liputan sebanyak 360°.

I sendiri dapat merasa Mesin Urut GINTELL De'Space U.F.O ni.
Need to kumpul duitlah nampaknya for myself.
Harga :
DéSpace UFO massage chair (NEW Arrival)
WM : RM 24,988.00
EM : RM 25,988.00

Tingkatkan kualiti kesihatan selama 8 hari untuk nikmati gaya hidup lebih sihat

Hari #1 :Pengaktifan
Kini Gintell Malaysia telah menyediakan pelan selama 8 hari untuk Rakyat Malaysia meningkatkan taraf kualiti kehidupan selama 8 hari dengan menawarkan kaedah pemulihan dalam program hari pertama iaitu pengaktifan dengan merangsang 26 titik akutekan pada bahagian kaki atau tulang belakang yang menyambungkan ke semua saraf organ utama di dalam tubuh.

Hari #2 : Detoksitifi tubuh
Kalau mengikut kajian toksin umpama racun di dalam tubuh dan boleh mengakibatkan penyakit kronik. Bila banyak sangat toksin dalam badan memang sukar proses utuk detoks nantu. Dlam kerusi urut gintell ni ada 3 roller balls yang boleh mengurut secara menyeluruh dan insentif untuk menghapuskan toksin dari badan, mengembalikan kesihatan dan melegakan organ-organ detoksifikasi.

Hari #3 : Memperbaiki Sistem Penghadaman
Dengan pengambilan pemakanan yang tidak teratur, makanan tak berkhasiat, minuman bergas boleh menjadikan perut tidak hadam dan masalah percernaan seperti cirit-birit, kembung, ulser peptik dan sebagainya. Dengan adanya QUAD 3 roller balls + Aero V-Track di dalam Gintell UFO ianya dapat mengurut di bahagian bawah abdomen iaitu bahagian yang paling penting untuk menjamin kesihatan usus.

Dalam masa 3 hari dengan pengunaan mesin urut Gintell De'space UFO anda akan dapat merasa kesan positif yang serta-merta.

Hari #4 : Meningkatkan Sistem Imun
Gintell UFO ni menggunakan Urutan Zen Shiatsu, perangsang terapi penyembuhan semula jadi pada tubuh. Urutan realistik menjadikan tubuh badan lebih sihat dan selesa.

Hari #5 : Memperbaiki Sistem pernafasan
Tai Ji Breath adalah program yang berfungsi meningkatkan sistem pernafasan disamping kerusi urut ini bertindak membebaskan ion negatif untuk membersihkan udara sekeliling, menambah lagi kelebihan yang ditawarkan oleh Tai Ji Breath.

Hari #6 : Mengurangkan Stress
Siapa sangka dengan adanya Kerusi Urut Gintell UFO ini dapat mengurangkan stress sebab objektifnya adalah untuk mengurangkan tekanan fikiran. Ianya seperti akupuntur yang boleh melegakan kesakitan bahu, kekejangan leher, sakit kepala dan migrain. Dan paling menarik kerusi ini pun ada muzik yang boleh memberikan ketenangan pada fikiran. Lepas ni tubiuh badan terasa lebih ringan !

Hari #7 : Hormon Seimbang ( wanita )
Hormon selalunya tidak seimbang sebab banyak sangat toksin dalam badan, apabila tidak seimbang itulah peyebab utama kepada haid yang tidak teratur, sakit kepala dan keputihan yang tidak normal malahan banyak lagi masalah kesihatan.
Dengan adanya program pinggang dan punggung ianya akan membantu mengembalikan keseimbangan hormon.

Hari #8 : Urutan penjagaan Tulang Belakang
Program 180 degree Space Stretch adalah objektif utama untuk membetulkan postur badan yang lemah. Program ini merangkumi regangan memanjang untuk meregang seluruh badan dengan fungsi beg udara titan dan regangan ke bawah untuk unjuran kaki sepenuhnya dengan fungsi Auto Footres. Dengan adanya program ini ianya boleh mengurangkan sakit tulang belakang, sakit kepala, tendonitis, sakit belakang dan sebagainya.


Jadi dengan program 8 hari ni, harap you all dapat hilangkan tekanan jiwa la ye..


Seram sejuk I tengok harga mesin urut GINTELL ni, macam harga gaji aku setahun haha. Tapi bagi korang yang nak sangat mesin urut ni tak silap boleh bayar secara ansuran.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dari GINTELL, Sila kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara.

Sila dail khidmat pelanggan GINTELL di : 1800-88-6332 atau layari,

Website : www.gintell.com
Facebook : Gintell Malaysia
Instagram : @GintellMalaysia #GintellMalaysia
Wechat : Gintell

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸