Akses MRT dari Taman Suntex ke Bandar Metropolitan

7:57 AM


Sorry lambat update, lepas dah melawat sendiri MRT fasa ke 2 yang terbaru ni, aku jatuh sakit pula, sekarang Alhamdulillah dah recovery almost 80%, nak tahu sakit apa korang cek la blog aku yang sebelum ni pasal Pneumonia, tapi sekarang dah sihat sikit masa untuk update. Yang ni aku paste sikit informasi pasal Pembukaan MRT fasa ke dua dari Berita Harian direport oleh Faris Fuad.

KUALA LUMPUR: Fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) laluan Muzium Negara-Kajang akan dibuka kepada orang ramai mulai jam 4 petang, pada Isnin ini. 
Orang ramai boleh mula menggunakan kemudahan itu selepas majlis pelancaran fasa itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Ir Zohari Sulaiman, berkata pengguna dari stesen Kajang ke stesen Muzium Negara boleh ke stesen KL Sentral melalui laluan pejalan kaki bawah tanah mulai jam 4 petang sehingga tamat waktu perkhidmatan MRT pada hari berkenaan.

"Hubungan ke fasa pertama laluan MRT Sungai Buloh-Semantan dan stesen integrasi laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, Sri Petaling serta Ampang hanya akan dibuka bermula jam 6 pagi keesokannya, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi fasa kedua MRT laluan Semantan-Kajang melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 kilometer (km). 
Jajaran keseluruhan 51km itu merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah, Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang berintegrasi dengan Laluan LRT di stesen Pasar Seni, Maluri, dan Merdeka, yang berintegrasi dengan stesen LRT Plaza Rakyat.

Jajaran itu turut mempunyai kemudahan sambungan dengan rangkaian LRT, monorel, KTM dan ERL di Stesen Muzium Negara, yang dihubungkan dengan stesen KL Sentral.

Stesen MRT Bukit Bintang juga disambungkan dengan stesen monorel Air Asia-Bukit Bintang.

Serentak dengan pembukaan fasa kedua laluan MRT itu, perkhidmatan bas perantara untuk stesen yang baharu dibuka turut dimulakan, sekali gus meluaskan liputan bas perantara yang disediakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd kepada 23 laluan tambahan merentasi 12 stesen MRT yang baharu.

Sebanyak 100 bas perantara tambahan disediakan untuk menghubungkan penduduk di kawasan perumahan dan komersial yang berhampiran dengan stesen MRT terpilih.

Fasa pertama membabitkan laluan Sungai Buloh-Semantan sepanjang 21km, mula beroperasi pada 16 Disember tahun lalu.
Jadi kalau korang baca artikel dari Berita Harian di atas ni, ada lah point info yang korang boleh dapat. Jadi aku sendiri terpengaruh untuk pergi naik sendiri MRT ni, tapi untuk update kali ni sebenarnya dah banyak kali dah aku naik nak ke bandar especially blogger yang selalu keluar ke event sana sini.

Jadinya aku tinggal di batu 14 area Hulu Langat tau, aku ada 2 options satu dekat MRT Taman Suntex satu lagi MRT Taman Sri Raya. Memandangkan aku ni bukan seorang yang bawa kereta jadinya aku kena lah naik bas dari rumah aku nak ke Taman Suntex atau Grab atau Uber kalau nak cepatlah.

Yang ni MAP kalau aku naik dekat Sri Raya

Yang ni pula MAP keseluruha MRT LRT dan Rapid KL punya routes.

Kitaorang malam-malam tu sanggup naik MRT sebab FREE

Yang ni routes MRT dari Sungai Buloh ke Kajang

Ada budak kepenatan tu

Muzium Negara ni boleh akses ke KL Sentral tau
Tu kena jalan sikit lah nak akses ke KL Sentral no wonder aku makin kurus


Peta Lokasi Muzium Negara


Akses ke Le Meredien pun boleh

Rakyat Malaysia yang mencuba sendiri MRT time FREE haritu

Kadar Tambang Tunai dengan Pembelian Token
Kawan aku cakap mahal juga tambang MRT kali ni.






Korang tengok gambar jer lah, aku malas lak nak cerita panjang-panjang, tapi yang penting nak pergi AEON MALURI SUNWAY VELOCITIY, IKEA CHERAS, MY TOWN mak aih bukan main senang, kalau nak lepak-lepak makan meat ball ikea cheras boleh lah naik MRT je hiks !

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸