Belajar Menari di THE PARENTHOOD seawal usia 2 tahun

1:36 PM

Yusuf belajar stretch kaki dia

Baru-baru ni I berpeluang mendedahkan kepada anak I yang sulung di dalam bidang tarian untuk menarik minat dia untuk bidang ni, personally I rasa agak sukar sedikit memandangkan dia sebenarnya seorang yang agak pemalu untuk menari. Awal-awal memang a bit awkward but when it comes to his fav part especially menari macam robot tu memang dia suka. Tapi the dance teacher I memang salute betul sebab masih dapat mengajar si Yusuf Rayyan walaupun ada throw tantrums a bit but I still nak dia berikan ruang untuk diri dia supaya belajar beberapa teknik tarian walaupun not really fully bagi komitmen, dalam masa sejam tu walaupun playing banyak I noticed dia macam ada juga bagi respons angkat tangan angkat kaki. I found that sebenarnya dance teacher banyak bagi galakan dekat dia and boleh nampak dia sebenarnya agak enjoy juga. Jadi this time I kena pupuk lagi minat Si Yusuf ni dalam menyertai aktiviti yang bermanfaat ini. Menari sambil Belajar memang bagus sebenarnya. Lepas ni I kena hantar dia ke kelas macam ni supaya dia dapat fokus dan enjoy ketika menimba ilmu melalui tarian.

The Parenthood Wellness Sunway Pyramid telah menganjurkan 'The Dance Project' aktiviti yang menarik ni sebenarnya memang sukar untuk dilepaskan cuma hari yang sepatutnya pergi I terpaksa postponed sebab Yusuf tak begitu sihat dan bila dia dah sihat I cuba pujuk dia untuk joined supaya dia tak ketinggalan dengan aktiviti yang menyeronokkan macam ni. Lagi pun kelas ni Ibu bapa pun boleh join supaya dapat ( A bonding time session ) dengan anak-anak ! Usually kalau benda tarian macam ni I noticed kanak-kanak perempuan lebih cepat pick-up mungkin sebab kanak-kanak perempuan sangat teruja untuk mencuba berbanding kanak-kanak lelaki tapi kalau ada cara pupuk minat mungkin kanak-kanak lelaki mencuba juga untuk menikmati keseronokan menari sambil belajar.


Belajar ayunkan tangan
 Melalui tarian, kanak-kanak sebenarnya dapat membina keyakinan diri dan banyak sifat positif melalui program yang direka khas dengan menggunakan tagline 'Fun, Fitness with Dance - Developing Healthy & Confident Kids.' 

3 Program ditawarkan Kinderdance di Parenthood ialah seperti :
  1. Kindertots ( 2 tahun sehingga 3 tahun ) khas untuk membangunkan kemahiran motor kanak-kanak melalui aktiviti yang menggunakan kreativiti, melakukan pergerakan tubuh badan semasa belajar mengenali warna,nombor,  bentuk dan lagu serta meningkatkan lagi pembangunan fizikal.
  2. Kinderdance ( Umur 3- 6 tahun ) yang lebih kepada pembangunan motor, tarian  dan program kecergasan melalui 3 tahap seperti asas ballet, akrobatik, pergerakan kreatif, tap dengan konsep pendidikan digabungkan.
  3. Dari umur (4- 7 tahun) pula Kinderdance telah mengajar kanak kanak ini melakukan aktiviti yoga yang direka khas  untuk memberi keselesaan terhadap bunyi muzik serta mencergaskan minda mereka dengan pergerakan yoga yang unik dan menggabungkan aktiviti berimaginasi.
Belajar Melompat
Bolly Shape juga terbuka kepada kanak-kanak yang lebih dewasa yang berumur 7 tahun ke atas yang dijalankan selama 60 minit, diikuti dengan kelas kecergasan kardio. Satu sesi senaman ini mampu membakar sehingga 800 kalori dengan pemilihan irama muzik yang energetik, menarik, ceria sekali gus menaikkan semangat sesiapa untuk menjadi lebih sihat dan aktif. Ianya mampu membebaskan segala tekanan fizikal dan juga mental.

Belajar Menari Seperti ROBOT

Stretching Body

Menari menggunakan Makaras

Kemasukan Sudah Bermula, cepat galakan anak menari sambil belajar !


Kinderdance telah memberikan peluang kepada ibubapa untuk menyertainya di The ParentHood dimana ianya telah ditubuhkan sejak dari tahun 1979 dengan rekod prestasinya terbukti selama 38 tahun di Amerika Syarikat dan kini berada pada tahun kelima di Malaysia. Program tarian ini telah diperkenalkan kepada kanak-kanak prasekolah dan pusat jagaan harian dan Kinderdance sangat popular di Amerika Syarikat. Ianya telah membantu kanak-kanak memperkembangkan perkembangan motor mereka serta menjadikan minda kanak-kanak lebih cergas dan cerdas !



Program Kinderdance diadakan setiap hari Sabtu.
10-10.45pagi ( 3 Tahun - 6 Tahun)
10.55- 11.25 pagi ( 2 Tahun-3 tahun)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
HP : 0162968939
Email : info@theparenthood.com.my
Trial Class : http://www.123contactform.com/form-2830308/My-Form-2

Lepas ni boleh hantar anak tiap hari Sabtu lagi pun ada kelas yang boleh dibayar secara sesi harian. :)

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸