Lukisan Mural Bertemakan Kemerdekaan bersama Malaysian NAÏVE Artist Yusof Gajah dan Pelajar Sekolah Beaconhouse Sri Lethia

8:30 PM

Baru-baru ni I berpeluang untuk melawat sendiri Sekolah P'rivate' Beaconhouse, Sri Lethia di Klang untuk menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah dimana pelajar yang terlibat telah mendapatkan inspirasi dari artis Malaysia yang terkenal iaitu Tuan Yusof Gajah untuk mereka menghasilkan beberapa buah lukisan mural bertemakan kemerdekaan yang kini sudah dikecapi oleh Malaysia selama 60 tahun.

Pelajar Beaconhouse Sri Lethia bergambar bersama Tuan Yusof Gajah dan juga hasil lukisan mural mereka yang bakal digantung di kawasan sekolah.


Tuan Yusof Ismail atau lebih dikenali dengan nama Yusof Gajah telah membimbing seramai 80 orang pelajar sekolah dalam mencipta dan menghasilkan semula karya seni bertemakan Merdeka dari lukisan saiz A4 ke Kanvas yang lebih besar dan dengan bangganya lukisan mural itu telah dipamerkan duikawasan dinding sekolah tersebut sempena hari kemerdekaan yang ke-60 pada 25 Ogos yang lalu.

Pengetua Beaconhouse Sri Lethia, Puan Sanam menyampaikan ucapan pembukaan kepada para pelajar


"Our Wonderful Wildlife," Truly Traditional," "On land" dan "Under The Sea" termasuklah "Malaysian Culture" bertema kemerdekaan yang telah disertai oleh seramai 176 pelajar secara peribadi dipilih oleh Tuan Yusof Gajah untuk ditiru kembali ke atas kanvas akrilik bersaiz besar dengan lukisan mural.

Lukisan akrilik yang terpilih mempamerkan kehidupan mengenai masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, kaum dan agama termasuklah adat dan tarian seperti tarian singa, seorang lelaki Sabah Sumazau dan lelaki bersampin sedang bermain wau tradisi serta haiwan yang ada di dalam negara ini juga seperti gajah Borneo, badak Sumatra, Orang Utan, dan juga burung Kenyalang yang amat popular di Sarawak.

Tuan Yusof Gajah memberikan ucapan kepada para pelajar Beaconhouse Sri lethia, Klang

Dari 10.30 pagi sehinggalah 3.30 petang lebih kurang 8 lukisan mural di atas kanvas berukuran 10kaki x 5kaki persegi berjaya disiapkan yang telah disertai oleh pelajar secara berkumpulan dimana lukisan yang terpilih dari salah seorang pelajar menjadi pemimpin kepada pelajar lain yang berumur dalam lingkungan 10-17 tahun untuk menyiapkan 1 lukisan mural.

Tuan Yusof Gajah berpendapat bahawa kanak-kanak yang membawa karya seni ke dalam kehidupan menjadikan mereka lebih gembira dan memberikan mereka lebih bersemangat untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan cara tersendiri. Ingin menjadi pemangkin daripada menjadi seorang guru, Tuan Yusof Gajah ingin memupuk idea dan keberanian untuk disematkan ke dalam jiwa kanak-kanak dimana kreativiti adalah khusus dalam setiap kanak-kanak walaupun kita yang sudah dewasa pun masih bersifat keanak-anakan. Ianya datang dari hati dan fikiran.

Seorang guru sejikah bersama beberapa orang pelajar Beaconhouse Sri Lethia bersama-sama menyiapkan seni mereka

Tuan Yusof Gajah menyelia dan melukis bersama beberapa orang pelajar Beaconhouse Sri Lethia

Tuan Yusof Gajah menyelia dan melukis bersama beberapa orang pelajar Beaconhouse Sri Lethia


Tuan Yusof mendemostrasi gaya bebas kepada pelajar untuk melukis seekor gajah dan menggalakkan para pelajar menggunakan daya kreativiti mereka

Para pelajar bergaya dengan hasil lukisan mereka bersama Tuan Yusof Gajah

Para pelajar bergaya dengan hasil lukisan mereka bersama Tuan Yusof Gajah

Para pelajar bergaya dengan hasil lukisan mereka bersama Tuan Yusof Gajah serta beberapa orang kuat Beaconhouse Sri Lethia


Pengetua Beaconhouse Sri Lethia sangat menggalakkan lagi kreativiti di dalam kalangan pelajar melalui pertandingan seni sebegini kerana terdapat kepelbagaian di dalam Malaysia seperti budaya, tradisi, hidupan liar dan juga hidupan marin dan beliau berasa amat berbangga kerana dapat menyaksikan sendiri pelajar beliau bersemangat dan mempunyai nilai patriotisme yang tinggi dengan mempamerkannya ke dalam lukisan mural.

Tuan Yusof Gajah telah memulakan pergerakan 'Seni Naif' semenjak dari sedekad yang lalu dengan meulis dan melukis ilustrasi lebih daripada 40 buah tajuk buku kanak-kanak dimana sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan memenangi anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Satu-satunya agensi sastera di Malaysia yang mempromosikan buku
gambar kanak-kanak diperingkat antarabangsa dengan tujuan untuk menggalakkan anak-anak untuk memupuk cinta mereka untuk seni dan membaca adalah Agensi Sastera Yusof Gajah Lingard.

Encik Jahanzeb selaku Pengarah Kumpulan Serantau Beaconhouse menginginkan pelajar bukan sahaja mampu cemerlang malahan menjadi pemimpin yang berjaya di dalam dunia yang pantas berubah.

Dan I sebagai seorang yang pernah berada di dalam bidang seni berharap agar dapar menyertai bengkel Tuan Yusof Gajah untuk menimba ilmu, pengalaman dan inspirasi dari orang lama, pernah juga terjumpa sebuah buku dari Tuan Yusof Gajah di kedai buku, memang menarik dan ilustrasi yang sangat kreatif time tu nak beli sangat untuk Adelia tau. Dengan adanya aktiviti seperti ini I harap kanak-kanak diluar sana mempunyai daya imaginasi yang kreatif dan berseni.

Bersama Tuan Yusof Gajah


Sempat melihat sendiri para pelajar Beaconhouse Sri Lethia menghasilkan lukisan mural

Untuk maklumat lanjut mengenai Tuan Yusof Gajah, sila layari :
https://www.facebook.com/yusof.gajah.7

Untuk maklumat lanjut mengenai Beaconhouse Sri Lethia, sila layari :
https://www.facebook.com/beaconhousesrilethia/


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸