My pets Carnival 2017

3:10 AM

Karnival ini adalah salah satu industri platform transformasi untuk haiwan peliharaan untuk meningkatkan kesedaran bukan hanya kepada pemilik tetapi lebih kepada umum selain menggalakkan kita semua menjadi 'pet lover' dimana aktiviti seperti ini akan memberikan 'bonding time' yang lebih special antara pet owner dan haiwan peliharaan.



Selama 3 hari dari 29 September 2017 sehingga 1 Oktober 2017 My Pets Carnival akan berlangsung di One Central Park, One Utama yang diaturcarakan oleh 1 Tiara Production Sdn Bhd untuk memperkenalkan binatang peliharaan khas untuk 'pet lover.'

Hafiz Bahari bersama kucing kesayangannya

Petite Beauty Queen Miss Subashini Ravichandreni bersama her beloved pet

Irene Tan dengan furry kids

Aturcara MY PETS CARNIVAL 2017 telah ditaja oleh Taro Chats, Pets Lover Centre, 88 Pets Mart dan Baddogz Jin Studio yang tidak menolak jemputan untuk kerjasama bersama 1 Utama untuk menjayakan majlis berkaitan dengan kebajikan haiwan peliharaan.



My Pet Carnival 2017 melantik 2 orang selebriti Encik Hafiz Bahari dan Encik Johnson Law sebagai duta serta Petite Beauty Queen Miss Subashini Ravichandreni yang diberi kepercayaan untuk memberikan sumbangan kepada komuniti haiwan Kesayangan tambahan dengan adanya kerjasama dari duta dan selebriti akan mewujudkan kesedaran mengenai kebajikan untuk haiwan peliharaan.


Aktiviti menarik akan berlangsung di My Pets Carnival 2017 antaranya :

The 70 meters x 60 meters water slide.
Aktiviti ini adalah bertujuan khas untuk 'pet owner' dan furry kids dalam memberi keseronokan yang mencabar sebagai satu inovatif dalam mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Setiap 'sliding lane' dan 'landing spot' untuk anjing dan kucing akan diasingkan kerana ianya adalah untuk memberikan keselesaan untuk setiap hati pemilik haiwan kesayangan yang merasai perlu diberikan kemudahan yang terbaik walaupun kos pembinaan yang agak tinggi dan yang pertama di dalam Malaysia untuk pertunjukan haiwan kesayangan tambahan pula ianya selamat dan persekitaran yang terkawal.

Swimming Pool
Haiwan kesayangan anda berpeluang untuk dilatih di dalam kolam renang dimana jaket keselamatan tersedia untuk disewa. Anjing dan kucing akan diasingkan di dalam 2 kolam renang yang berbeza.

Costume Parade and Contest
Pemilik Haiwan Kesayangan digalakkan untuk memakai pakaian dan kostum yang sama tema,warna, dan bentuk bersama haiwan kesayangan dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik.

Catwalk Show by Miss Malaysia Petite SpokePerson
Bagi yang hadir, pentas akan dimeriahkan lagi dengan beautiful petite women dengan haiwan kesayangan dengan gaya catwalk mereka yang tersendiri.

Hammock Area !
Jika haiwan kesayangan jenis yang suka akan cabaran, ianya adalah peluang terbaik untuk anda 'spending time' bersama mereka di kawasan yang 'free to ride' persekitaran yang selamat.

Camp with your Pets
Di hujung minggu pada 30 September 2017 dan 1 Oktober 2017, keluarga yang mempunyai haiwan kesayangan boleh memilih untuk ber'camping' dibawah langit yang berbintang dan enjoy view yang menarik.

Adoption Drive
Penganjur juga berusaha untuk mewujudkan kesedaran mengenai haiwan yang terbiar dan menggalakkan lagi kasih sayang kepada haiwan-haiwan ini secara umum. Kumpulan 'non-profitable' yang terlibat di dalam kebajikan haiwan juga telah memainkan peranan yang besar dalam booth My Pet Carnival 2017 kali ini.

Selain itu terdapat juga aktiviti seperti LED Lighting, Magic shows, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan permainan, belon,backdrop untuk photo session dan welcome tent, flea market, food truck dan juga Gerai makanan !

Dengan adanya My Pets Carnival 2017 kali ini dapatlah kita semua diberi kesedaran betapa pentingnya kita membanteras isu pengabaian terhadap haiwan yang terbiar disamping memupuk jiwa yang penyayang dan belas kasihan melalui platform ini untuk haiwan ini dapat meneruskan habitat kehidupan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari,
www.mypetscarnival.com
www.facebook.com/MyPetsCarnival
#MyPetsCarnival

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸